ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
30 April, 2007
Isu Hangat: Bangkai cicak dalam bubur
Oleh RAVALE SAVARINATHAN
TELUK INTAN: Seorang pemandu lori yang leka menikmati bubur kacang bersama isteri dan adik iparnya di sebuah gerai di sini, kelmarin, muntah apabila terkunyah bangkai cicak di dalam bubur berkenaan.
N Ruban, 23, dari Johor Bahru, datang ke bandar ini untuk menyambut perayaan Sithraparuvom, Selasa ini, dan kesempatan itu digunakan untuk mengunjungi gerai bubur kacang yang dikatakan antara paling enak di daerah ini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
“Kami memesan tiga mangkuk bubur kacang. Ketika makan, saya terasa sesuatu dalam mulut dan apabila mengeluarkannya, saya terkejut mendapati benda yang saya kunyah itu ialah kepala cicak, menyebabkan kami termuntah,” katanya.
Ruban mendakwa, dia menunjukkan bangkai cicak kepada peniaga terbabit, namun dia kesal apabila peniaga berkenaan enggan melayan aduannya.
“Saya segera membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan. Saya juga bercadang membuat laporan di Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment