adsense

12 April, 2007

Sengal: Kisah Si Tanggang Makcik Temah



Kisah teladan yang dipetik dari majalah Mastikar.

Penulis telah bertemu dengan seorang makcik tua yang hanya menggelarkan dirinya sebagai Makcik Temah. Beliau menceritakan bahawa cerita si Tanggang adalah kisah hidupnya yang mana ia bukanlah cerita dongeng ataupun tahyul semata-mata. Namun adalah kisah realiti yang ada kena mengena dengan hidup beliau. Mari kita ikuti temuramah penulis bersama dengan Makcik Temah.

Makcik Temah.
Makcik dahulu hidup susah, maklumlah hidup sebagai nelayan. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Tapi makcik walaupun mengais untuk mencari makan, makcik tetap seekor kucing bukannya ayam. Suami makcik telah lama meninggal akibat sakit kanser prostat. Makcik hanya tinggal berdua dengan anak makcik yang bernama Si Tanggang.

Penulis
Begitu, Mana Tanggang sekarang Makcik?

Makcik Temah
Panjang ceritanya. Makcik pendekkan sajelah ye.

Teringat makcik dulu ketika Si Tanggang baru dilahirkan. Comel sangat-sangat. Sampaikan ada manusia yang ingin mengambil Si Tanggang ni sebagai anak angkat. Tapi makcik tak benarkan. Walaupun hidup makcik susah, tapi makcik akan besarkannya dengan titik peluh makcik sendiri.


Makcik jaga Si Tanggang ni penuh dengan kasih sayang. Walaupun makcik miskin, namun kasih sayang makcik tetap utamakan. Makcik tau, makcik tidak dapat memberikan kemewahan kepadanya. Makcik tiada wang ringgit nak dilimpahi kepada si Tanggang.

Penulis.
Oh Begitu.

Makcik Temah.
Bila Tanggang telah meningkat remaja, beliau katakan pada makcik. "Mak, Tanggang nak merantau la mak. Tanggang nak cari duit untuk menjamin masa depan kita la mak. Tanggang tak mau mak hidup susah lagi. Benarkan tanggang merantau ya mak? Tanggang berjanji, Tanggang akan sentiasa kirimkan wang pada mak setiap bulan. " Pada mulanya, makcik tidak membenarkannya, namun setelah didesak beberapa kali, makcik izinkan juga.


Gambar tanggang merantau.

Maka Tanggang pun merantaulah keluar dari daerah ini. Makcik tidak tau kemana beliau telah pergi. Yang makcik tau, Tanggang telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai kelasi kapal di Pelabuhan Kelang. Makcik bersyukur. Dia telah berjaya. Makcik dengar dia telah menjadi kaya dan telah berkahwin dengan Si Comel iaitu model iklan frieskis yang merupakan kucing peliharaan kapten kapal tempat dia bekerja tu.


Tanggang Kaya

Hidupnya telah dilimpahi dengan segala-galanya. Dari wang ringgit sehinggalah isteri yang cantik. Namun, Si Tanggang tidak pernah menjenguk makcik disini. Mungkin dia sibuk.

Penulis
Dia tidak pernah kirim surat ke makcik?

Makcik Temah.
Tidak. Jangankan kirim surat, kirim duit yang die penah janjikan pun tidak pernah dikirimkan. Makcik amat merindunya ketika itu. Setiap hari makcik tunggu kepulangannya. Oh rindunya makcik.

Suatu haru, makcik mendengar yang kapal yang dia bekerja telah singgah di pantai kuala terengganu. Alangkah gembiranya makcik. Makcik bersiap sedia menanti kepulangan Si Tanggang. Namun, dia tak datang pun ke rumah buruk makcik ni. Lalu makcik ambil keputusan untuk bertemu sendiri Si Tanggang di kapalnya.


Makcik temah menunggu Tanggang pulang.

Makcik dengan bersusah payah menyewa sampan dari kawan makcik dan mengayuh ke kapal itu. Lalu makcik bertemulah dengannya. Terubat rindu makcik. Makcik melihat disebelah tanggang ada seekor kucing yang amat cantik. Mungkin itu isterinya.


Makcik Temah mendayung sampan ke Kapal Tanggang.

Apabila makcik pergi kepadanya, tak disangka dia bercakap. "Siapa kau? Berani kau menjejak kaki ke kapal cantikku ini wahai pengemis." Alangkah tergurisnya hati makcik. "Ini makmu tanggang. Ini makmu yang amat merinduimu sayang. Tidakkah kau mengingatiku Tanggang?"

Gambar Si Comel Model Friskies, isteri Tanggang.

"Mak? Makku telah mati tertelan tulang ikan 5 tahun yang lalu. Lagipun, makku kucing kaya. Bukannya seperti kau. Busuk hamis dan miskin kedana. Nyah kau dari sini."


Tanggang dengan bengisnya mengkalau Makcik Temah.

Dihalaunya makcik dari kapalnya itu. Lebih teruk lagi Si Tanggang telah menendang makcik lalu jatuh ke dalam laut. Bayangkanlah ketika itu, bagaimana sakitnya hati makcik. Makcik rasa sungguh menyesal melahirkan Si Tanggang lalu berdoa kepada tuhan semoga Tanggang menjadi batu."


Gambar ilustrasi ketika makcik temah dilautan.


Makcik Temah dengan berdoa kehadrat Ilahi semoga Tanggang dibalas setimpal.

Dengan tak disangka-sangka, doa makcik memang betul-betul makbul. Maka Si tanggang, isterinya dan segala anak kapal itu bertukar menjadi batu. Namun, sebagai mak yang menyayangi anaknya, makcik simpan batu anak makcik itu bersama dengan baru menantu makcik. Makcik ingin mereka sentiasa berada disamping makcik. Ini batu-batu itu. Lihatlah, serupa kucingkan? Inilah Tanggang anak makcik.

Ini batu yang diceritakan Makcik Temah.

Makcik nak tanya Kamu satu soalan boleh?

Penulis.
Boleh. Apa dia makcik?

Makcik Temah.
Kamu suka bermain batu seremban tak? Jom lawan ngan makcik. Makcik juara batu seremban kuala trengganu kalau kamu nak tau. Jom main. Ni makcik ada batu si tanggang ngan batu isterinya. Bolehlah main batu seremban dengan makcik.


Makcik Temah menontonkan aksi bermain batu serembannya.

Penulis.
Makcik ni betul ke tak ni? Takmau le makcik. Itukan Tanggang anak makcik.

Makcik Temah.
Ala... boleh la. Makcik boring la. Jom Jom...

Penulis.
Takmau. Makcik ni tak betul la...

Makcik Temah.
Ala... Jom la main batu seremban. Jom jom.. kalau tak makcik gigit peler kau.

Penulis.
Tak mau... Tolong! Tolong! ada kucing gila disini!


Penulis dikejar oleh Makcik Temah.

Akhirnya penulis cuba melarikan diri dari makcik temah. Namun dia tetap mengejar penulis sehinggalah satu pasukan dari wad taman bahagia tampoi menangkap makcik temah itu. Maka terselamatlah penulis dari menjadi mangsa kucing sewel itu.

Dengan rasa menyesal, penulis terus mengoyak buku nota penulis yang mengandungi temubual dengan makcik temah itu. Cis, buang masa aku je

No comments:

Blog Widget by LinkWithin