1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan
menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali
karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman
dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang
sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh
Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi
Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi
sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada
Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada
suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9) Siti Zubaidah
semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah
s.w.t.
No comments:
Post a Comment