adsense

31 May, 2007

Isu Hangat: Sukar lafaz kalimah syahadah



KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan
al-Quran. Semua itu membuatkan tubuh saya panas!” Itu pengakuan seorang
wanita berusia lewat 20-an yang hampir dua tahun keluar daripada agama
Islam.
Cuma mahu dikenali sebagai Sarah, wanita itu kini berusaha untuk kembali
kepada Islam sejak dua bulan lalu selepas menghuni sebuah pusat
perlindungan di pinggir Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan eksklusif dengan Metro Ahad, Sarah bukan saja berkongsi
kisah bagaimana dia keluar daripada Islam, tetapi turut mendedahkan
ramai
orang Melayu beribadat di rumah ibadat agama lain yang dianutinya.

Ikuti temubual TUAN ASRI TUAN HUSSEIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN
MOHD SAMIRAN bersama Sarah.
Soalan (S): Kami diberitahu anda sudah keluar daripada agama Islam,
betul?
Jawapan (J): Ya.
S: Sejak bila?
J: Mula mendekatkan diri pada hujung 2005 tapi secara serius pada
pertengahan 2006.
S: Adakah anda kini ‘free thinker’ atau menganut agama lain?
J: Saya menganut agama lain, tapi sejak dua bulan lalu saya cuba kembali
kepada Islam.
S: Maksudnya, sekarang anda sudah kembali Islam?
J: Belum lagi, saya masih mencuba.
S: Bila dan bagaimana anda mula mendekati agama itu?
J: Saya bekerja di sebuah hotel dengan majoriti rakan sekerja warga
asing
yang menganut agama itu. Pada penghujung 2005, saya mula mengikut rakan
sekerja saya berkunjung ke rumah ibadat agama itu. Semua dilakukan untuk
suka-suka. Bagaimanapun, ketika itu saya hanya di luar.

S: Ketika itu anda masih Islam, tidakkah anda berasa janggal atau
bersalah
berbuat begitu?
J: Tidak, kerana seperti saya katakan, saya tiada apa-apa perasaan
mengikuti aktiviti ibadat mereka. Semua untuk tujuan berseronok saja.
S: Anda tidak dipengaruhi sesiapa?
J: Tidak.
S: Selepas itu apa berlaku?
J: Lama-kelamaan saya menjejakkan kaki ke dalam rumah ibadat agama itu.
Ia
berlaku pada pertengahan 2006. Saya rasa seronok dan selesa dengan agama
itu.
S: Mesti ada sebab kenapa anda tergamak membuat perubahan begitu berani
dengan meninggalkan Islam dan menganut agama lain. Adakah anda
menghadapi
apa-apa masalah seperti dengan keluarga atau teman lelaki?
J: Saya tidak berdepan masalah besar. Jika ada pun, cuma bebanan kerja,
tetapi tidak terlalu serius. Seperti saya katakan tadi, saya melakukan
ini
hanya kerana suka-suka.
S: Jadi anda menganggap soal agama ini seperti mainan, boleh keluar
agama
hanya kerana suka-suka?
J: Tak tahulah.

S: Ceritakan aktiviti anda seterusnya.
J: Selepas pertama kali memasuki rumah ibadat agama itu dan berasa
selesa
dengannya, saya semakin kerap ke sana. Sepatutnya, saya kena pergi
setiap
minggu tapi disebabkan masalah jadual kerja, saya hanya boleh pergi dua
kali dalam sebulan.
Saya juga mula mengikuti aktiviti ibadat mereka. Akibat perasaan ingin
tahu
yang semakin menebal, saya juga minum ‘air suci’ mereka.
S: Anda disuruh oleh sesiapa atau anda sendiri yang ingin minum?
J: Tak ada orang suruh atau paksa, saya sendiri yang nak minum.
S: Tak rasa takut atau bersalah ke?
J: Tak adalah, biasa saja.
S: Berapa kali anda meminum air itu?
J: Sekali saja.
S: Apa yang anda rasa selepas meminum air itu?
J: Ketika itu saya semakin pasti saya sudah meninggalkan Islam. Saya
tahu
ungkapan kalimah syahadah, tetapi entah mengapa saya tidak boleh
melafazkannya. Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan
al-Quran.

Semua itu membuatkan tubuh saya panas. Bila dengar azan di televisyen,
saya
cepat-cepat matikan televisyen. Kalau dengar azan dari masjid atau
surau,
saya lari masuk ke dalam tandas.
S: Kenapa?
J: Saya tak boleh dengar, kepala saya rasa sakit dan badan rasa panas.
Sejak itu juga saya meninggalkan semua ajaran Islam. Tidak sembahyang...
tidak puasa.
S: Selepas keluar daripada Islam, apa perbezaan yang anda rasakan?
J: Tidak ada apa-apa. Sama saja.
S: Sepanjang menganut Islam sebelum itu, adakah anda tidak merasai
kenikmatan dan keindahan Islam?
J: Ada.
S: Jadi, kenapa pilih untuk mendekati agama lain?
J: Suka-suka saja.
S: Setuju jika kami katakan, sebab utama anda keluar Islam dan menganut
agama itu ialah disebabkan anda berkawan rapat dengan rakan yang
menganut
agama itu?
J: Ya, saya setuju.
S: Selepas keluar Islam, bagaimana kehidupan anda?
J: Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Saya rahsiakan apa yang saya
lakukan daripada ibu bapa dan keluarga. Saya juga berkunjung ke rumah
ibadat agama itu sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

S: Sepanjang berkunjung ke rumah ibadat itu, anda ada melihat orang
Melayu
lain di situ?
J: Ada. Saya tidak pasti jumlahnya, tetapi ramailah juga. Saya yakin
mereka
baru bertukar agama kerana mereka kelihatan kekok melakukan ritual agama
itu.
S: Apa menyebabkan anda ada di rumah perlindungan ini? Adakah disebabkan
anda ingin kembali kepada Islam?
J: Saya di sini atas sebab lain, biarlah ia saya rahsiakan. Namun,
selepas
ada di sini, semua aktivitinya berteraskan ajaran Islam. Pada mulanya
saya
cuba mengelak dan merahsiakan status agama saya.

Apabila penghuni lain menunaikan solat beramai-ramai, saya berasa sangat
rimas dan tubuh menjadi panas. Saya sanggup berkurung di dalam tandas
untuk
mengelak berdepan situasi itu.
Jadi, lama-kelamaan pihak pengurusan berjaya mengesannya. Nak tak nak,
saya
terpaksa berterus terang. Mereka terkejut, tapi tidak terus memaksa saya
bersembahyang, baca Yasin dan sebagainya kerana mereka tahu saya tidak
boleh berbuat demikian. Selepas beberapa sesi kaunseling, hati saya
kembali
terbuka untuk kembali kepada Islam dan mereka membantu saya.
S: Bagaimana sekarang?
J: Sedikit demi sedikit saya beroleh kesedaran. Saya sudah boleh
mengucap
dan sembahyang, tapi belum pulih sepenuhnya. Ada kalanya masih
mengingati
agama itu. Bukan senang nak lupakan.

Taktik murtadkan umat Islam

>Mendekati sasaran dengan berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang kononnya menjalankan aktiviti kebajikan dan
kemasyarakatan.

> Sangat mudah menghulurkan bantuan, termasuk kewangan dalam jumlah
tinggi.

> Mempelawa sasaran untuk terbabit sama dalam aktiviti kebajikan yang
dianjurkan seperti membantu orang miskin. Biasanya program terbabit
dijalankan di rumah ibadat dan selepas selesai tugas diberi upah.

> Selepas menabur wang yang banyak dan penerimanya mula terasa terhutang
budi, mereka mula mempertikaikan Islam dengan menggunakan hujah akal dan
mengelirukan.

> Apabila berjaya dipengaruhi, umat Islam yang murtad diberi tugas
mempengaruhi lebih ramai umat Islam supaya murtad. Antara tugas ialah
mengedarkan risalah mengenai agama berkenaan.

> Risalah yang dicetak memaparkan tajuk santai seperti ‘Need A Real
Friend?’ (Perlukan Kawan yang Sebenar?) dan memaparkan gambar
melambangkan
keharmonian.

> Risalah diedar di lokasi tumpuan orang ramai dan turut diselitkan
secara
haram di dalam buku di perpustakaan institusi pengajian tinggi.

Mengunakan jejaka kacak untuk menggoda wanita Islam.

> Berpura-pura mahu mendalami Islam.

> Menjanjikan cinta sehingga ‘terlanjur’.



Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Firman Allah bermaksud: “Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang
telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya
kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah An-Nahl, ayat 114)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin