adsense

31 May, 2007

Santapan Jiwa: Bagaimana Nak Membantu Orang yang sedang Nazak



Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu lepas ( 03 Sept 2005 ) Surau
Darussaadah di Keramat Permai telah
mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj
oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah
sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya
kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama
buat salah dalam 'membantu' seseorang
mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan,
kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak
dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan
bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam
(setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).
Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana
menurut ustaz sebelum datangnya kematian,
kita 'disibukkan' dengan segala gambaran
perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya
diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik
(dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin -
yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak
ataupun saudara terdekat yang mempunyai
perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum
surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas
kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin,
berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk
melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3
hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong
beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau
menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara
atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul
maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat
serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
dengan cara yang betul bukan semata2 melalui
ikutan adat. Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak
saudara utk kebaikan kita bersama.

Wassalam.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin