ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
29 May, 2007
Macam-macam ada: Pesanan Isteri Kepada Suami Tercita
Pesanan seorang isteri
1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama
isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-
luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat
di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi
yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri
anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor
ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak
tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu
kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dsbnya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan
perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak
buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri
tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk
kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!
18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?
20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri
nak mampus pun tak perasan.
21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.Bukannya laku
bila dah mati nanti.
22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
(kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan
kepala batu).
24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak
juga yang rugi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment