adsense

08 January, 2009

Jumpa makan at Corona Inn





Astagfirullah, saya terperanjat mendapat email dari seseorang yang
bernama zack razack dan bertajuk : "Jumpa makan at Corona Inn"

Seseorang yang bernama Zack dengan bangganya mengumumkan dia telah berjudi dan kononnya telah memenangi wang judi nombor ekor Sport Toto. Sudahlah mengaku berjudi lepas tu dengan bangganya mengaku membuat syirik iaitu meminta pertolongan dari Tok Guru. Tok Guru yang dimaksudkan Tok Guru Nik Aziz tetapi tok guru yang dimaksudkan ialah tok bomoh dipercayai seorang sami dari Thailand.

Ini kerana gambar yang dikepilkan bersama "jemputan makannya tu" sama dengan taktik yang "Ribuan Terima Kasih" dahulu..

Boleh lihat di :
http://isuhangat.blogspot.com/2008/11/ribuan-terima-kasih.html

Saya tidak berani nak mengatakan saudara Zack ini adalah sama dengan gambar di poster tersebut atau gambar ini telah disalahgunakan. Tetapi yang nyata jemputan melalui email dengan cara spam ini adalah jelas cuba menyesatkan akidah orang Islam. Rasanya ramai yang telah menerima email ini.

Di akhir zaman ini , musuh-musuh Islam sentiasa mencuba pelbagai tektik untuk menggoyang iman umat Islam. Cubaan dari Allah SWT adalah dengan cara kesenangan atau kesempitan. Di masa kesempitan mintalah hanya kepadaNya, begitu juga semasa kesenangan jangan lupa bersyukur kepadaNya.Semoga kita dan anak cucu kita mati dalam Islam...

Inilah poster jumpa makan yang dimaksudkan. Tajuk "jumpa makan at Corona Inn" tersebut jelas menggambarkan penulis email ini bukan Melayu. Kalau orang Melayu mesti menggunakan perkataan jemput atau jemputan


*Klik untuk besarkan


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin