adsense

08 July, 2007

DIVA: Hindustan, Melayu atau Indon?




PDF Print E-mail
Monday, 02 July 2007
Oleh: Faisal Mustaffa


Penggemar filem Melayu banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur budaya Hindustan. Sejak 70an lagi (mungkin sebelum daripada itu) filem-filem Melayu banyak diselitkan dengan adegan-adegan nyanyian di taman bunga, tempat peranginan dengan penari-penari yang ramai mengiringi nyanyian tersebut.


Suka atau pun tidak, itulah hakikatnya; aku dibesarkan dengan filem-filem seperti itu. Justeru, ramai dari kalangan pengeluar-pengeluar filem membawa masuk pengarah-pengarah Bollywood untuk datang membuat kerjasama dalam pembikinan filem.


Pada tahun ini, Grand Brilliance menjemput Kabir Bhatia untuk mengarah filem CINTA. Dan yang terbaru, DIVA terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd bersetuju untuk mempelawa Sharad Sharan bertujuan untuk menarik peminat-peminat filem beratur membeli tiket wayang mereka. (Sharad memiliki Trantella).


Penerbit filem Diva ialah sebuah syarikat produksi bergelar Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd .


Sharad pernah mengeluarkan beberapa drama siri TV Indonesia seperti Janjiku, Bidadari dan Istri Pilihan.


DIVA banyak dipengaruhi dengan ciri hindustan. Seluruh krewnya datang dari India seperti Mithoon Sharma Naresh (Pengarah Muzik), Vikram Sood (Penulis, Caesar Gonsalves (Pengarah Lagu/Koreografer), Renu Sharan (Produser/Pengarah Produksi/Penulis) Sahay Rupa Dilip (Pencipta Pakaian), Manas Choudhury (Juru Audio/Jurutera Bunyi), Chirantan Das (Pengarah Fotografi/Sinematografi), Sayed Salim Abdulla (Make-up Artist), Biwajit Roy (Pengarah Seni), Sharmila Sankar (Penerbit Eksekutif/India), Sushil Kumar Shrikant (Ketua Pembantu Pengarah) dan Suresh Pai (Penyunting Filem).


Persembahan ala-ratu draq maknyah

DIVA mengisahkan mengenai seorang diva yang menempah nama di luar negara,Kartika (lakonan Ning Baizura) yang pulang ke tanahair atas sebab-sebab yang tidak diketahui.


Dalam mencapai impiannya sebagai penyanyi, Kartika melarikan diri meninggalkan ibubapanya dan teman yang paling rapat, Arman.


Pihak media cuba menyungkil hasrat sebenar Kartika untuk pulang dan tidak lagi berada di luar negara namun, Kartika berjaya menyembunyikannya sehingga timbullah spekulasi bahawa Kartika sudah tidak laku di negara luar.


Pihak pengurusan Kartika menganjurkan konsert yang besar-besaran buat peminatnya di Malaysia dan persembahan dan sambutan peminat terhadap konsert tersebut amat luar biasa.


Penari-penari yang mengiringi persembahan itu tidak kurang dari 10 orang. Kadang-kadang tidak adil juga apabila dikatakan persembahan Ning dalam filem Diva itu berunsurkan Hindustan apabila Noraniza Idris pernah membawa penari-penarinya seramai satu bas untuk mengiringi persembahananya di Anugerah Juara Lagu.


Ning pada ketika itu dilihat seperti over-dressed; dengan bulu ayam di kepala dan diselang-seli pula dengan tiara. Bajunya pula melabuh menyapu lantai. Memang seperti ratu-draq!


Nasib baik DIVA tidak diselitkan dengan adegan-adegan ganas tumbuk-menumbuk yang bunyinya tidak setimpal dengan hentakan.


Skrip dan dialognya hasil daripada tenaga-tenagai dari Indonesia manakala plot dan koreografinya dari India.


Arman, seorang lelaki dari kampung kelahiran Kartika bercakap dalam loghat Indonesia. (Arman lakonan Jeremy Thomas, 37 berasal dari Indonesia). Beliau meneruskan usaha bapa Kartika yang mengusahakan sebuah sekolah nyanyian.


Kartika kembali ke pangkuan ibunya dan kepulangan tersebut tidak dinanti-nantikan oleh Ibu Niken (lakonan biduanita Fauziah Nawi). Bagi, Niken, keluarganya semua sudah mati. Suaminya mati dalam Keadaan kempunan kerana tidak dapat bersama anaknya di saat-saat akhir.


Bagi menebus kembali kesalahannya, Kartika menurut kata nasihat Arman bagi meneruskan perjuangan bapanya dalam mendidik anak-anak muda dalam bidang seni suara.


Maka, tertubuhlah JIWA yang terdiri daripada Jay (lakonan Awal Ashari), Idit (Adam AF). Mera (Jessica Iskandar) dan Eja (Balkisy). Tiada antara mereka yang menunjukkan lakonan bersahaja. Kesemua lakonan pelakon-pelakon baru itu kaku sungguhpun ada di antara mereka yang sudah pun muncul dalam beberapa buah filem sebelum ini.


Adam pernah berlakon dalam filem Razak Mohideen seperti Cinta Fotokopi dan Main-main Cinta manakala.Balkisym pula pernah muncul dalam filem Cinta Fotokopi, Tak Ori Tapi OK dan Dukun (belum ditayangkan).



Ibu Adalah Segalanya

Rakan-rakan baik Kartika mula mengetahui perubahan dalam Kartika apabila sering jatuh pengsan. Rupa-rupanya Kartika mengidap leukimia di tahap ketiga. (Tahap ketiga ialah tahap kritikal dalam leukemia).


Jiwa yang pada mulanya merancang untuk meninggalkan Kartika akhirnya kembali. Perasaan insaf timbul apabila mengetahui bahawa motif utama mereka dibawa sehingga ke tahap tersebut bukanlah untuk mengejar glamour tetapi bagi mendidik ana-anak muda tentang profesionalisme dalam bidnag nyanyian.


Para wartawan yang sering membawa keburukan terhadap karier Kartika rasa berdosa selepas mengetahui sebab sebenar Kartika kembali ke Negara asal; untuk menebus dosa terhadap ibu dan mengetahui hayat beliau yang tidak lagi lama. Kartika juga ingin melakukan sesuatu kepada negaranya sebelum mati.


Pada saat-saat akhir nafas Kartika, beliau tidak mahu ke hsopital bahkan minta dihantar ke kampung untuk menyedut udara nyaman di kampung.


Ibu akhirnya memaafkan Kartika dan pada saat itulah, Kartika menghembuskan nafasnya.


Filem ini cuba menyelitkan adega-adegan lucu AC Mizal. Tetapi,kelihatan usaha itu gagal kerana gurauan yang berulang-ulang membosankan penonton.

Paris Hilton's Garbage Sells Big on eBay




Trash An empty can of gourmet dog food taken from Paris Hilton's trash fetched $305 in an eBay auction. The sellers were from the Web site HollywoodStarTrash.com, which also listed several other Hilton items for sale on eBay.

A used toothbrush sold for $305; two envelopes sent to her while she was in jail sold for $510; and a Coke can pulled from her trash went for $51.

The organic gourmet dog food was produced by Party Animal Inc., and can be found in about 150 stores in Southern California and about 40 in New York. It can also be bought through the company's Web site.

Source: Forbes



Wacana: Minda Cina



Minda Cina PDF Print E-mail
Thursday, 05 July 2007
Oleh: Khalid Jaafar

SAYA dipelawa untuk menulis untuk surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.

Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?

Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.

Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.

"Orang Cina suka menipu"
Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”

Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.

Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.

Perpecahan selalu dilihat dengan negatif. Perpecahan kadang-kadang ada juga baiknya kerana memberikan kemungkin-kemungkin baru pada masyarakat membuat eksperimen dalam kehidupan sosial dan pemikiran. Ada bidalan Melayu yang berbunyi: “Kalau tidak dipecah ruyung mana akan dapat sagunya.” Dan ada juga pepatah Inggeris yang bermaksud: “Kalau tidak dipecahkan telur omelette tidak boleh dibuat.”

Benua Eropah suatu masa dulu bersaya di bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Holy Roman Empire. Tetapi perpaduan itu pecah maka lahirlah negera-negara Eropah seperti yang ada sekarang. Tidak ada orang Jerman, Perancis atau Italy hari ini yang mahu kembali kezaman seperti Holy Roman Empire.

Bahkan kita tidak boleh memikirkan Eropah dan Barat mencapai tahap sekarang, iaitu dari segi perkembangkan pemikiran, falsafah, sains dan kemajuan politik tanpa perpecahan. Apakah perpecahan itu syarat untuk mencapai kemajuan? Ini adalah satu tesis besar yang memerlukan kupasan panjang lebar dan
mendalam.

Saya perlu membaca lebih banyak buku tentang tamadun, kebudayaan dan falsafah Cina kerana selama ini saya tidak banyak membaca buku-buku tentang tamadun Cina berbanding dengan pembacaan saya tentang tamadun Islam dan Barat. Tetapi dalam penerokaan saya tentang minda Cina saya terserempak sesuatu yang unik.

Kesatuan Cina
Cina satu-satunya tamadun yang berjaya mengekalkan kesatuan geografinya. Tamadun Yunani dan Rom yang menjadi asas kepada tamadun Barat tidak dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya. Kotaraya-kotaraya yang menampilkan kekuatan ekonomi dan kreativiti tamadun Barat kini bukan Athen atau Rom. New York, Paris, London dan Munich – inilah jatung-jantung kebudayaan Barat hari ini.

Kotaraya Islam yang pertama adalah Madinah. Apabila kekuasaan politik berpindah kepada keluarga Bani Umayyah kota pentadbiran dipindahkan ke Damsyik (Damascus) di Syria. Apabila Bani Umayyah ditumbangkan oleh keluarga Bani Abbas dan membentuk dinasti Abassiah kota pemerintahan dipindahkan ke Baghdad.

Dinasti dan empayar Islam yang terakhir, dinasti Uthmaniah, dimansuhkan oleh pemimimpin Turki Moden Mustafa Kemal dalam tahun 1924, menjadikan Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Islam pernah memerintah Sepanyol selama 300 tahun. Tetapi wilayah tersebut tidak dapat dikekalkan sebagai sebahagian dari dunia Islam.

Nasib tamadun Islam sama lebih kurang dengan tamadun Barat. Wujud konsep kesatuan tamadun Barat dan kesatuan tamadun Islam. Bahkan wujud nostalgia terhadap kesatuan tersebut. Dan nostalgia ini lebih mendalam dikalangan orang Islam.

Nostalgia terhadap kesatuan tamadun dan dunia Islam ini menjadi beban kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka belum sepenuhnya berdamai dengan realiti Negara bangsa. Maka wujud gerakan, meskipun amat kecil, untuk menghidupkan kembali khalifah Islam global.

Nasib Tamadun Islam
Mengapakah tamadun Cina dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya? Tamadun Islam hari ini bertaburan dengan entiti-entiti bernama Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Iraq, Malaysia, Palestin, Turki dan lain-lain. Tamadun Barat hanya tinggal pada semangat dan nilai. Tetapi kekuatan politiknya berpecah-pecah kepada Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom, Italy, Poland dan lain-lain.

Tetapi sejak Qin Shi Huang menyatukan China dan menjadi maharaja pertama, dan dinasti Qin digantikan dengan dinasti Han Negara Cina mengekalkan kesatuan geografinya. Dinasti silih berganti namun Cina kekal kehari ini. Tidak ada negara baru yang muncul yang berpisah dari negara asal. Saiznya mungkin berubah-rubah. Tetapi wilayah utamanya kekal. Ini adalah satu misteri kepada saya.

Saya sering mengajak kawan-kawan Melayu saya untuk melihat ke Utara – Ke Cina. Tetapi kawan-kawan saya lebih berminat untuk melihat ke Timur Tengah – ke Palestin. Bolehkah umat Islam belajar tentang perpaduan dan kesatuan dari Palestin? Palestin adalah contoh bagi umat Islam bagimana untuk berpecah, bukan untuk bersatu. Dan perpecahan tersebut adalah perpecahan yang menghancurkan, bukan perpecahan yang kreatif.

Umat Islam perlu keluar dari kepompongnya dan melihat keluar. Mereka perlu bersedia untuk belajar dari orang kafir. Suatu ketika dulu umat Islam belajar flasafah dan sains dari orang Yunani, orang Parsi dan India. Umat Islam semasa telah banyak belajar dari Barat.

Sekarang Cina sedang bangkit semula. Cina sudah bangkit sebagai kekuatan ekonomi. Dan saya yakin Cina akan bangkit semua sebagai kekuatan politik, ketenteraan dan kebudayaan. Bagaimana umat Islam dan orang Melayu dapat berhadapan dengan kebangkitan ini tanpa mengetahui minda Cina? Dan umat Islam masih melupakan sabda nabi mereka: “Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.”

Penulis merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Rencana ini pertama kali disiarkan di dalam akhbar Orientel Daily-

Kisah Benar: Bawa motor dalam lif




PDF Print E-mail
Sunday, 08 July 2007
Oleh Ibrahim Yahaya

SAYA menerima panggilan telefon bertanyakan mengenai tindakan penghuni pangsapuri membawa motosikal dalam lif setiap hari ke rumahnya di tingkat atas. Teman saya itu merasakan amat pelik kerana tidak masuk akal memandangkan ia satu tugas yang membebankan. Saya memberitahunya bahawa inilah yang berlaku di Malaysia.

Pemilik bimbang motosikalnya dicuri atau disabotaj jika diletakkan di tempat meletakkan motosikal. Macam-macam boleh jadi. Antaranya motosikal dicuri atau beberapa bahagian motosikal akan "hilang" jika ditinggalkan semalaman. Tidak kecuali tindakan mensabotaj atau perbuatan nakal termasuk membuang angin tayar motosikal. Inilah Malaysia, negara serba boleh.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Persatuan Penduduk Pangsapuri menyediakan tempat meletak motosikal yang selamat daripada gejala kecurian. Ada pengawal yang membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa. Mungkin boleh dipasang CCTV untuk melihat kegiatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Persatuan Penduduk boleh menyediakan tiang-tiang untuk membolehkan pemilik motosikal merantaikan kenderaan mereka. Mereka juga boleh membeli rantai secara pukal dan menjualnya kepada pemilik pada harga berpatutan atau mampu beli.

Bersatu mencegah jenayah. Kreatif menentang jenayah. - motto yang boleh digunakan PDRM.

Michael Toyad sahkan peluk Islam



Mereka yang mencari kebenaran akan mendapat kebenaran,
mereka yang lari dari kebenaran akan kesesatan.

Berita Harian 7 Okt 2006
Michael Toyad sahkan peluk Islam

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr
Leo Michael Toyad , 56, mengesahkan beliau
sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati
agama itu sejak sekian lama.

Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad
mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana
hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama,
kini tertunai.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar
kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata:
“Ya Alhamdulillah. .. niat saya untuk menjadi seorang
Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam”.

Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama
Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat
semata-mata kerana Allah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar
negara.

Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari
Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan
dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak
kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan
daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
Februari lalu.

Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor
swasta serta pelbagai kerja kebajikan


Ahmadinejad tolak pelawaan Hollywood



Posted on Sunday, July 08 @ 18:30:24 MYT by greenboc

Berita anTEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad menolak pelawaan pengarah popular Hollywood Oliver Stone yang berminat menghasilkan sebuah filem dokumentari mengenai pemimpin Islam berkenaan.


Tindakan Ahmadinejad itu terbukti mengejutkan Stone yang pernah menghasilkan filem JFK, Nixon dan Platoon, lapor akhbar The Guardian, semalam.


Ia membuktikan di sebalik kelantangan Ahmadinejad menyelar dasar dan pemimpin Barat serta keberaniannya melancarkan blog khas pelbagai bahasa, pemimpin Iran itu sebenarnya ‘pemalu’ dan amat keberatan untuk beraksi di depan kamera.

Malah, Ahmadinejad menolak mentah-mentah tawaran Stone yang disifatkannya sebahagian ‘Syaitan Besar’ - rujukannya kepada Amerika Syarikat biarpun pengarah itu diketahui mempunyai pendirian yang lantang terhadap kerajaan Amerika.

Penasihat Ahmadinejad, Javan Shamghadri berkata tawaran Stone itu akan hanya dipertimbangkan jika pengarah Amerika berkenaan boleh mendapatkan hak bagi pihak penerbit filem Iran membuat dokumentari mengenai Presiden George W Bush, tanpa gangguan Agensi Perisikan Pusat (CIA). – Agensi

Bahaya homoseksual dan lesbian



Ibnu Wan Hussin
Tue | Jul 03, 07 | 03:49:40 PM
Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Di dalam kitab kanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37).

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi s.a.w.;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi s.a.w. ;
“Barang siapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

Amalan seks sejenis boleh membinasakan negara
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;
“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;
“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

Penutup
Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

Japanese Games



Pelatih PLKN ketiga paling bermasalah



Lidah Penghunus
Sat | Jul 07, 07 | 07:47:17 AM


Assalamualaikum,
Dalam sebuah akhbar perdana semalam disiarkan rungutan daripada pengusaha kem PLKN yang menyifatkan pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem mereka.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan. “Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan.

“Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” Utusan Malaysia - 6 Julai 2007.

Jika sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa PLKN yang mereka anjurkan semakin baik, ini adalah satu lagi bukti bahawa PLKN semakin bermasalah dan ianya diakui sendiri oleh pengusaha kem latihan.

Sepatutnya PLKN ini mampu untuk mendidik anak-anak muda untuk berdisiplin, tetapi jika inilah yang berlaku baik dimansuh dan ditutup sahaja PLKN dan kem PLKN sama seperti kita menuntut untuk menutup kem tahanan ISA Kemunting. - mks.

07 July, 2007

Say Tak Nak!!



Cigarette component

Still do you want to continue smoking??!!! !

Hokkien Kia


Bill Gates is no longer the richest man in the world



Bill Gates is no longer the richest man in the world. It really is the end of an era.

Carlos Slim, owner of a Mexican wireless telecommunications company America Movil, has been cited as the man that's taken Bill Gates top spot. America Movil has seen a 27% surge in stock price during the second quarter, pushing Slim's worth to a reported $67.8 billion. As the world's fifth largest wireless telecommunications provider, and Latin America's most prominent wireless telecommunications provider, the company has seen solid growth and its stock has been considered to be a good bet for some time now. The fast growing wireless market in Latin America has a lot to do with America Movil's ability to sustain such growth and a healthy stock price.

As much press as Bill Gates received for being the world's richest man for the past 13 years, he'll undoubtedly get just as much press, at least for a little while, for falling to the number two spot.


Perihal restoran Mamak vs Melayu dan pembantu rumah vs majikan



Anis Nazri
Thu | Jul 05, 07 | 11:16:57 PM

I. Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang 'menggelikan', khususnya kaum perempuan.

Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak.

Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu.

Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel 'first class', dan ada juga kedai melayu yang 'hampeh'.

ImageSoalnya di sini, saya tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada 'service' kedua-dua pemilik kedai makan tersebut. Saya sendiri bukan lah penggemar kedai mamak, namun selalu juga mengikuti suami yang gemar 'mengeteh' di kedai mamak.

Satu malam, di sebuah kedai Melayu, pelayan restoran mengambil masa hampir setengah jam untuk mengambil pesanan kami. Tidak cukup dengan itu, hampir lena anak lelaki saya yang berusia 3 tahun menunggu makanan.

Seusai menghabiskan hidangan, kami terpaksa menunggu pengusaha kedai mencari wang kecil untuk memulangkan baki.

Aduhai...sudahlah mengambil order lambat, terima makanan lambat, timbul pula masalah wang kecil, yang begitu jarang-jarang berlaku di kedai mamak!

Saya perhati pula di kedai mamak. Jika kepada pelayan A kita order, pelayan yang sama juga menghantar pesanan kita. Jadi jarang berlaku kesilapan apa yang diminta. Malah, jika sudah selalu di kedai itu, mereka sudah tahu apa yang kita inginkan.

Teringat saya kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus perkahwinan empat tahun lalu..."Kadang-kadang isteri yang bertahun-tahun berkahwin masih bertanya suami, air apa yang dikehendaki. Sedangkan mamak di kedai, nampak kelibat pelanggan tetapnya, sudah tahu apa yang dicari!"

Adakalanya, bila melihat situasi seperti itu, kita akan sedar mengapa kedai-kedai mamak ini boleh 'hidup' lama, berbanding kedai-kedai melayu. Bukan tidak mahu menolong Melayu, tetapi...bagaimana ya?

II. Isu keganasan terhadap pembantu rumah asing, khususnya dari Indonesia kembali menjadi topik hangat di media massa negara. Dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat. Kini, kisah pembantu rumah yang nekad melarikan diri melalui tingkat apartment majikannya kerana didera.

Jarang kita lihat negara luar memaparkan kisah-kisah sebegini. Kenapa? Adakah perkara seumpama itu tidak berlaku? Atau media mereka tidak meng'highlight'kan kisah-kisah begitu?

Saya tidak tahu punca mengapa kes-kes ini berlaku. Kemungkinan ia berlaku disebabkan kedua-dua belah pihak. Pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mempunyai pembantu rumah atau 'maid' ini turut. membuka mata dan fikiran saya, mengapa perkara ini berlaku.

Ada ketikanya, sikap pembantu itu sendiri menyusahkan atau memualkan. Semua kerja perlu disuruh dan diberitahu bagaimana, bila, dan sebagainya.

Malah, lebih teruk lagi ada yang sengaja tidak mengendahkan permintaan majikan tanpa sebarang sebab, sambil bermalas-malasan di hadapan televisyen. Jika sudah begitu, majikan mana yang boleh tahan? Berniat menukar pembantu, berapa ribu pula diperlukan untuk tujuan itu?

ImageNamun, tidak dinafikan ada pembantu yang cukup baik, dan rajin serta menyenangkan hati. Ada di antara mereka yang begitu cekap menguruskan rumah dan anak-anak yang diamanahkan kepadanya. Tetapi, masalah terletak pula pada majikan itu sendiri.

Perbezaan budaya, adat resam dan bahasa serba sedikit menyumbang kepada salah faham yang berlaku. Lain yang diminta, lain yang diberi. Perkara seumpama itu lazim berlaku apabila membabitkan perbezaan dua buah negara.

Usah kata dua negara, jika berbeza dua negeri di Malaysia inipun boleh menimbulkan salah faham di antara keduanya. Ada ketikanya, kesilapan kecil menjadi begitu besar di mata majikan.

Di sinilah terletaknya tolak ansur antara majikan dan pembantu. Tidak ada manusia yang sempurna. Semua pihak memiliki kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Pembantu perlu sedar mereka dibayar upah untuk apa. Tanggungjawab mereka untuk menguruskan rumah dan anak-anak majikan terletak di bahu mereka. Perlu berbesar hati menerima teguran majikan dan sentiasa sedia untuk belajar dan memohon maaf jika melakukan kesilapan.

Dalam masa yang sama, jika mereka cekap menguruskan kerja, sudah tentu majikan tidak mengalami masalah untuk berkongsi segala masalah mereka dan memberi ruang rehat yang secukupnya kepada mereka.

Begitupun majikan juga perlu sedar, pembantu mereka juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukannya robot yang boleh dikerah setiap masa tanpa henti. Kesilapan kecil mereka tidak wajar diperbesarkan.

Kepada pembantu rumah...cuba renungkan, tujuan anda meninggalkan kampung halaman adalah untuk mencari rezeki dan berusahalah sebaiknya untuk mendapatkan rezeki yang diredhai. Mungkin jika di kampung, anda tidak beroleh pendapatan begini, begitu juga sebaliknya.

Kepada majikan pula, bayangkan diri anda yang sebelum ini terpaksa membuat semua kerja-kerja rumah setelah seharian bekerja ketika tiada pembantu. Sedikit sebanyak, kehadiran pembantu cukup membantu anda dari segi ekonomi, tenaga dan sebagainya. Jika mahu bertukar pembantu, hanya kerana kesilapan kecil, yakinkah anda akan memperolehi pembantu yang lebih baik dari sedia ada? Fikir-fikirkanlah...- mr


Surat Cinta




"
Boleh dikatakan hampir saban hari kita membaca bermacam2 jenis surat...tak kiralah samada surat yg diundang atau pun tidak diundang....senarainya begitu banyak sekali.......


surat khabar....
surat awek....
surat telegram...
surat saman....
surat offer kerja/masuk U...
surat jemputan kahwin...
surat layang....
surat cukai...
...etc....etc....etc...


Tetapi....'SURAT CINTA' yang satu nie....berapa kalikah sudah kita baca?
Klik :


http://www.youtube.com/watch?v=AWpChbAY2xs

sambungan....

http://www.youtube.com/watch?v=7TR0ebZyizM

sambungan....

http://www.youtube.com/watch?v=TtnOUsYWNdM


Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..."

Malaysia Hampir "Kiamat"



Malaysia Hampir "Kiamat"
Posted on Friday, July 06 @ 15:44:55 MYT by greenboc
Komentar Oleh drfikrah


saKes rogol meningkat - Utusan Malaysia 5 Julai 2007


KUCHING 4 Julai – Kes rogol dan jenayah berkaitan keganasan seksual dikenal pasti antara yang mengalami peningkatan mendadak dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, kes rogol di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak 28 peratus sejak direkodkan pada awal tahun hingga Mei lalu, diikuti dengan peningkatan kes pencabulan.


‘‘Ia merupakan pertambahan kes antara yang tertinggi pernah dicatatkan.

‘‘Selain itu, indeks jenayah dalam negara secara keseluruhannya juga menunjukkan peningkatan pada tempoh yang sama berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mesyuarat dua hari yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Polis Daerah (KPD) akan mengenal pasti punca peningkatan kes dan mencari jalan untuk mengatasinya.

‘‘Mesyuarat yang diadakan tiga kali setahun ini akan melihat apakah bentuk tindakan yang akan menyusul dalam usaha membendung dan menguatkan kaedah pembasmian jenayah," tambahnya.

Menurut Christopher, salah satu daripada matlamat polis sekarang adalah untuk menguatkan hubungan antara jabatan dan unit di seluruh negara seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengulas kegiatan gangsterisme di Sarawak, jelas beliau, pemantauan dan siasatan polis melalui pasukan khas Ops Cantas Kenyalang masih diteruskan selepas penangkapan lebih 1,300 penjenayah dan ahli kumpulan gengster di negeri ini.

Ulasanku
Sebenarnya, kita tidak perlu hairan dengan berita yang disajikan seperti ini, mungkin disebabkan sudah jemu dengan "hidangan" yang sama setiap hari atau ia sudah menjadi suatu yang tidak pelik. Mungkin anda juga terfikir, kenapakah masalah ini tidak menemui penyelesaian? Setiap kes rogol, sudah pasti dibicarakan, tetapi kes rogol masih berterusan, malah semakin meruncing hari demi hari.

Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam masalah ini? Atau, siapakah yang bersalah? Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membuat pemerhatian di dalam banyak skop, contohnya, sebab, tempat, cara dan bila berlakunya kebobrokan ini.

Sebab
Apakah sebab berlakunya kes rogol di Malaysia? Apakah sebab peningkatan kes tersebut? Cuba kita perhatikan di sekeliling anda yang dipenuhi dengan masalah sosial. Dari manakah mereka boleh mendapat "idea" untuk melakukan ROGOL? Sudah pasti ia didedahkan secara umum. Bukankah anda boleh lihat sendiri di seluruh pelusuk negara "yang tercinta" ini, anda akan mendapati bahawa "idea-idea" untuk mendorong seseorang melakukan ROGOL, tersebar dengan meluas dan mudah didapati.

Mana tidaknya, pergi ke kedai kopi, di hadapan kedai sudah terpampang gambar perempuan yang berbogel mengempen kopi. Apabila televisyen dibuka, model-model yang menjadi pemberita atau pengulas. Apabila membaca akhbar, "pelacur-pelacur" menjadi bahan pengiklanan. Apabila melayari internet, gambar-gambar pelakon seksi memenuhi ruang web.

maj

Cuba perhatikan sendiri, di sekeliling anda penuh dengan galakan kepada peningkatan kes rogol. Bilakah ia mampu diselesaikan sekiranya "senjata-senjata" ini masih dibiarkan bertebaran di media massa dan akhbar! Adakah mereka menjadi duta untuk merosakkan rakyat sendiri?!! Bayangkan sendiri, tidak mustahil satu hari nanti pemberita pula akan berpakaian seksi! BODOHNYA!!

Tempat
Di manakah tempat-tempat yang menyebabkan peningkatan kes-kes rogol? Saya pasti anda akan mengatakan Lorong Haji Taib, Chow Kit dan sebagainya. Mengapa perlu berfikiran sempit? Adakah anda dan keluarga anda sudah terselamat daripada kes rogol sekiranya jauh dari lorong-lorong tadi? Tengoklah sendiri kes bapa merogol anak sendiri.

Bodohnya kalau hanya mengatakan bahawa disko, kelab pelacuran dan sebagainya sebagai tempat pemangkin kes-kes pelacuran. Mengapa tidak dilihat dari sudut yang lebih meluas? Adakah bapa yang merogol anak sendiri, melakukannya di Lorong Haji Taib? Kes ini sangat berkait rapat dengan sebab.

Anak mendedahkan aurat "yang tidak boleh dilihat" oleh si bapa dengan "selamba" sahaja. Sudahlah si bapa jenis tidak boleh pakai, dilihat anaknya pula seksi tak tentu pasal, sudah pasti Haruan membaham anak sendiri!!

Perkara ini tidak perlu dibincangkan dengan labih mendalam kerana tempat-tempat yang menjadi tumpuan "kes-kes rogol" semakin dikembangpesatkan di seluruh Malaysia. Di sinilah "pusat-pusat latihan" bagi seseorang untuk menjalani beberapa latihan untuk menjadi PEROGOL PROFESSIONAL!!!

Kesimpulan
Pada hakikatnya, manusia tak mampu untuk membendung gejala yang dihadapi. Tetapi "mereka" angkuh dan sombong dengan mengatakan "kami berkuasa dengan undang-undang yang ada pada kami". Bertambah teruk, mereka menghina pula undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT yang mencipta mereka daripada AIR MANI.

Tidak terasa hinakah wahai pengkritik undang-undang Allah?!! Sungguh melampau kata-kata kesat mereka menghina hukum Allah seolah-olah ia dipandang jijik dan kejam. "Kalau orang yang berzina direjam, habislah batu di Malaysia. Bagaimana hendak baiki jalan?" Inilah kata-kata mereka yang bakal direndam di dalam timah cari di neraka!!
FIKIRLAH WAHAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL!!
!

Nasihat-menasihati



Assalamualaikum,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan .

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Roda Chariot Firaun ditemui di laut merah



Sekadar untuk TAFAKUR tentang kekuasaan , kebesaran ALLAH S.w.t. di jagad ini


Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara anda
menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt
(lihat di http://www.wyattmuseum.com/ron-wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.



Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.

Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.

Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan ( gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan,setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa,Allah Maha Besar.

Catatan : Mengenai penemuan Wyatt ini, bisa dilihat dalam situs : http://www.wyattmuseum.com/red-sea-crossing-04.htm

Red Panda




Red Panda
In China the Red Panda is also sometimes known as Fire Fox", a familiar name to everyone who uses the internet.







Blog Widget by LinkWithin