adsense

08 July, 2007

Pelatih PLKN ketiga paling bermasalah



Lidah Penghunus
Sat | Jul 07, 07 | 07:47:17 AM


Assalamualaikum,
Dalam sebuah akhbar perdana semalam disiarkan rungutan daripada pengusaha kem PLKN yang menyifatkan pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem mereka.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan. “Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan.

“Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” Utusan Malaysia - 6 Julai 2007.

Jika sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa PLKN yang mereka anjurkan semakin baik, ini adalah satu lagi bukti bahawa PLKN semakin bermasalah dan ianya diakui sendiri oleh pengusaha kem latihan.

Sepatutnya PLKN ini mampu untuk mendidik anak-anak muda untuk berdisiplin, tetapi jika inilah yang berlaku baik dimansuh dan ditutup sahaja PLKN dan kem PLKN sama seperti kita menuntut untuk menutup kem tahanan ISA Kemunting. - mks.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin