Monday, 02 July 2007 | |
Oleh: Faisal Mustaffa Penggemar filem Melayu banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur budaya Hindustan. Sejak 70an lagi (mungkin sebelum daripada itu) filem-filem Melayu banyak diselitkan dengan adegan-adegan nyanyian di taman bunga, tempat peranginan dengan penari-penari yang ramai mengiringi nyanyian tersebut. Suka atau pun tidak, itulah hakikatnya; aku dibesarkan dengan filem-filem seperti itu. Justeru, ramai dari kalangan pengeluar-pengeluar filem membawa masuk pengarah-pengarah Bollywood untuk datang membuat kerjasama dalam pembikinan filem. Pada tahun ini, Grand Brilliance menjemput Kabir Bhatia untuk mengarah filem CINTA. Dan yang terbaru, DIVA terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd bersetuju untuk mempelawa Sharad Sharan bertujuan untuk menarik peminat-peminat filem beratur membeli tiket wayang mereka. (Sharad memiliki Trantella). Penerbit filem Diva ialah sebuah syarikat produksi bergelar Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd . Sharad pernah mengeluarkan beberapa drama siri TV Indonesia seperti Janjiku, Bidadari dan Istri Pilihan. DIVA banyak dipengaruhi dengan ciri hindustan. Seluruh krewnya datang dari India seperti Mithoon Sharma Naresh (Pengarah Muzik), Vikram Sood (Penulis, Caesar Gonsalves (Pengarah Lagu/Koreografer), Renu Sharan (Produser/Pengarah Produksi/Penulis) Sahay Rupa Dilip (Pencipta Pakaian), Manas Choudhury (Juru Audio/Jurutera Bunyi), Chirantan Das (Pengarah Fotografi/Sinematografi), Sayed Salim Abdulla (Make-up Artist), Biwajit Roy (Pengarah Seni), Sharmila Sankar (Penerbit Eksekutif/India), Sushil Kumar Shrikant (Ketua Pembantu Pengarah) dan Suresh Pai (Penyunting Filem). Persembahan ala-ratu draq maknyah DIVA mengisahkan mengenai seorang diva yang menempah nama di luar negara,Kartika (lakonan Ning Baizura) yang pulang ke tanahair atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Dalam mencapai impiannya sebagai penyanyi, Kartika melarikan diri meninggalkan ibubapanya dan teman yang paling rapat, Arman. Pihak media cuba menyungkil hasrat sebenar Kartika untuk pulang dan tidak lagi berada di luar negara namun, Kartika berjaya menyembunyikannya sehingga timbullah spekulasi bahawa Kartika sudah tidak laku di negara luar. Pihak pengurusan Kartika menganjurkan konsert yang besar-besaran buat peminatnya di Malaysia dan persembahan dan sambutan peminat terhadap konsert tersebut amat luar biasa. Penari-penari yang mengiringi persembahan itu tidak kurang dari 10 orang. Kadang-kadang tidak adil juga apabila dikatakan persembahan Ning dalam filem Diva itu berunsurkan Hindustan apabila Noraniza Idris pernah membawa penari-penarinya seramai satu bas untuk mengiringi persembahananya di Anugerah Juara Lagu. Ning pada ketika itu dilihat seperti over-dressed; dengan bulu ayam di kepala dan diselang-seli pula dengan tiara. Bajunya pula melabuh menyapu lantai. Memang seperti ratu-draq! Nasib baik DIVA tidak diselitkan dengan adegan-adegan ganas tumbuk-menumbuk yang bunyinya tidak setimpal dengan hentakan. Skrip dan dialognya hasil daripada tenaga-tenagai dari Indonesia manakala plot dan koreografinya dari India. Arman, seorang lelaki dari kampung kelahiran Kartika bercakap dalam loghat Indonesia. (Arman lakonan Jeremy Thomas, 37 berasal dari Indonesia). Beliau meneruskan usaha bapa Kartika yang mengusahakan sebuah sekolah nyanyian. Kartika kembali ke pangkuan ibunya dan kepulangan tersebut tidak dinanti-nantikan oleh Ibu Niken (lakonan biduanita Fauziah Nawi). Bagi, Niken, keluarganya semua sudah mati. Suaminya mati dalam Keadaan kempunan kerana tidak dapat bersama anaknya di saat-saat akhir. Bagi menebus kembali kesalahannya, Kartika menurut kata nasihat Arman bagi meneruskan perjuangan bapanya dalam mendidik anak-anak muda dalam bidang seni suara. Maka, tertubuhlah JIWA yang terdiri daripada Jay (lakonan Awal Ashari), Idit (Adam AF). Mera (Jessica Iskandar) dan Eja (Balkisy). Tiada antara mereka yang menunjukkan lakonan bersahaja. Kesemua lakonan pelakon-pelakon baru itu kaku sungguhpun ada di antara mereka yang sudah pun muncul dalam beberapa buah filem sebelum ini. Adam pernah berlakon dalam filem Razak Mohideen seperti Cinta Fotokopi dan Main-main Cinta manakala.Balkisym pula pernah muncul dalam filem Cinta Fotokopi, Tak Ori Tapi OK dan Dukun (belum ditayangkan). Ibu Adalah Segalanya Rakan-rakan baik Kartika mula mengetahui perubahan dalam Kartika apabila sering jatuh pengsan. Rupa-rupanya Kartika mengidap leukimia di tahap ketiga. (Tahap ketiga ialah tahap kritikal dalam leukemia). Jiwa yang pada mulanya merancang untuk meninggalkan Kartika akhirnya kembali. Perasaan insaf timbul apabila mengetahui bahawa motif utama mereka dibawa sehingga ke tahap tersebut bukanlah untuk mengejar glamour tetapi bagi mendidik ana-anak muda tentang profesionalisme dalam bidnag nyanyian. Para wartawan yang sering membawa keburukan terhadap karier Kartika rasa berdosa selepas mengetahui sebab sebenar Kartika kembali ke Negara asal; untuk menebus dosa terhadap ibu dan mengetahui hayat beliau yang tidak lagi lama. Kartika juga ingin melakukan sesuatu kepada negaranya sebelum mati. Pada saat-saat akhir nafas Kartika, beliau tidak mahu ke hsopital bahkan minta dihantar ke kampung untuk menyedut udara nyaman di kampung. Ibu akhirnya memaafkan Kartika dan pada saat itulah, Kartika menghembuskan nafasnya. Filem ini cuba menyelitkan adega-adegan lucu AC Mizal. Tetapi,kelihatan usaha itu gagal kerana gurauan yang berulang-ulang membosankan penonton. |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
08 July, 2007
DIVA: Hindustan, Melayu atau Indon?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment