adsense

08 July, 2007

Wacana: Minda Cina



Minda Cina PDF Print E-mail
Thursday, 05 July 2007
Oleh: Khalid Jaafar

SAYA dipelawa untuk menulis untuk surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.

Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?

Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.

Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.

"Orang Cina suka menipu"
Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”

Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.

Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.

Perpecahan selalu dilihat dengan negatif. Perpecahan kadang-kadang ada juga baiknya kerana memberikan kemungkin-kemungkin baru pada masyarakat membuat eksperimen dalam kehidupan sosial dan pemikiran. Ada bidalan Melayu yang berbunyi: “Kalau tidak dipecah ruyung mana akan dapat sagunya.” Dan ada juga pepatah Inggeris yang bermaksud: “Kalau tidak dipecahkan telur omelette tidak boleh dibuat.”

Benua Eropah suatu masa dulu bersaya di bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Holy Roman Empire. Tetapi perpaduan itu pecah maka lahirlah negera-negara Eropah seperti yang ada sekarang. Tidak ada orang Jerman, Perancis atau Italy hari ini yang mahu kembali kezaman seperti Holy Roman Empire.

Bahkan kita tidak boleh memikirkan Eropah dan Barat mencapai tahap sekarang, iaitu dari segi perkembangkan pemikiran, falsafah, sains dan kemajuan politik tanpa perpecahan. Apakah perpecahan itu syarat untuk mencapai kemajuan? Ini adalah satu tesis besar yang memerlukan kupasan panjang lebar dan
mendalam.

Saya perlu membaca lebih banyak buku tentang tamadun, kebudayaan dan falsafah Cina kerana selama ini saya tidak banyak membaca buku-buku tentang tamadun Cina berbanding dengan pembacaan saya tentang tamadun Islam dan Barat. Tetapi dalam penerokaan saya tentang minda Cina saya terserempak sesuatu yang unik.

Kesatuan Cina
Cina satu-satunya tamadun yang berjaya mengekalkan kesatuan geografinya. Tamadun Yunani dan Rom yang menjadi asas kepada tamadun Barat tidak dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya. Kotaraya-kotaraya yang menampilkan kekuatan ekonomi dan kreativiti tamadun Barat kini bukan Athen atau Rom. New York, Paris, London dan Munich – inilah jatung-jantung kebudayaan Barat hari ini.

Kotaraya Islam yang pertama adalah Madinah. Apabila kekuasaan politik berpindah kepada keluarga Bani Umayyah kota pentadbiran dipindahkan ke Damsyik (Damascus) di Syria. Apabila Bani Umayyah ditumbangkan oleh keluarga Bani Abbas dan membentuk dinasti Abassiah kota pemerintahan dipindahkan ke Baghdad.

Dinasti dan empayar Islam yang terakhir, dinasti Uthmaniah, dimansuhkan oleh pemimimpin Turki Moden Mustafa Kemal dalam tahun 1924, menjadikan Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Islam pernah memerintah Sepanyol selama 300 tahun. Tetapi wilayah tersebut tidak dapat dikekalkan sebagai sebahagian dari dunia Islam.

Nasib tamadun Islam sama lebih kurang dengan tamadun Barat. Wujud konsep kesatuan tamadun Barat dan kesatuan tamadun Islam. Bahkan wujud nostalgia terhadap kesatuan tersebut. Dan nostalgia ini lebih mendalam dikalangan orang Islam.

Nostalgia terhadap kesatuan tamadun dan dunia Islam ini menjadi beban kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka belum sepenuhnya berdamai dengan realiti Negara bangsa. Maka wujud gerakan, meskipun amat kecil, untuk menghidupkan kembali khalifah Islam global.

Nasib Tamadun Islam
Mengapakah tamadun Cina dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya? Tamadun Islam hari ini bertaburan dengan entiti-entiti bernama Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Iraq, Malaysia, Palestin, Turki dan lain-lain. Tamadun Barat hanya tinggal pada semangat dan nilai. Tetapi kekuatan politiknya berpecah-pecah kepada Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom, Italy, Poland dan lain-lain.

Tetapi sejak Qin Shi Huang menyatukan China dan menjadi maharaja pertama, dan dinasti Qin digantikan dengan dinasti Han Negara Cina mengekalkan kesatuan geografinya. Dinasti silih berganti namun Cina kekal kehari ini. Tidak ada negara baru yang muncul yang berpisah dari negara asal. Saiznya mungkin berubah-rubah. Tetapi wilayah utamanya kekal. Ini adalah satu misteri kepada saya.

Saya sering mengajak kawan-kawan Melayu saya untuk melihat ke Utara – Ke Cina. Tetapi kawan-kawan saya lebih berminat untuk melihat ke Timur Tengah – ke Palestin. Bolehkah umat Islam belajar tentang perpaduan dan kesatuan dari Palestin? Palestin adalah contoh bagi umat Islam bagimana untuk berpecah, bukan untuk bersatu. Dan perpecahan tersebut adalah perpecahan yang menghancurkan, bukan perpecahan yang kreatif.

Umat Islam perlu keluar dari kepompongnya dan melihat keluar. Mereka perlu bersedia untuk belajar dari orang kafir. Suatu ketika dulu umat Islam belajar flasafah dan sains dari orang Yunani, orang Parsi dan India. Umat Islam semasa telah banyak belajar dari Barat.

Sekarang Cina sedang bangkit semula. Cina sudah bangkit sebagai kekuatan ekonomi. Dan saya yakin Cina akan bangkit semua sebagai kekuatan politik, ketenteraan dan kebudayaan. Bagaimana umat Islam dan orang Melayu dapat berhadapan dengan kebangkitan ini tanpa mengetahui minda Cina? Dan umat Islam masih melupakan sabda nabi mereka: “Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.”

Penulis merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Rencana ini pertama kali disiarkan di dalam akhbar Orientel Daily-

1 comment:

uncle jeb said...

salah satu masalah di sini aku boleh rungkaikan hanya 40% bagus..yang selebihnya tidak digalakan...seperti yg aku nak katakan di sini yg Masyarakat Cina China pon sudah berpecah..sepeti contoh Disnati2 mereka pon dah lame pupus sebelum Zaman Khalifah dimansuhkan..bermakna mereka sudah lama pupus..dan boleh dikatakan Keturunan2 Diraja(Disnati) mereka semua terbuang di Taiwan..itu pun mereka menharapkan dari Jepun..ideologi mereka sekarang pon bukan lagi pengaruh Disnati2..tapi semua pemahaman komunisme dan tidak lagi harus dipuji..mereka pon meniru bekas pucuk pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad di bawa masuk ke China..apa lagi nak di puji di china tue..tapi yg aku rasa betul adalah Bangsa cina adalah penipu..dan juga jgn tekejut bangsa jepun juga penipu..mereka ni sama sahaja dengan bangsa Yahudi.. Mereka sanggup mengunakan apa sahaja janji membawa keuntungan keluarga mereka...

Blog Widget by LinkWithin