Posted on Sunday, July 08 @ 18:30:24 MYT by greenboc
TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad menolak pelawaan pengarah popular Hollywood Oliver Stone yang berminat menghasilkan sebuah filem dokumentari mengenai pemimpin Islam berkenaan.
Tindakan Ahmadinejad itu terbukti mengejutkan Stone yang pernah menghasilkan filem JFK, Nixon dan Platoon, lapor akhbar The Guardian, semalam.
Ia membuktikan di sebalik kelantangan Ahmadinejad menyelar dasar dan pemimpin Barat serta keberaniannya melancarkan blog khas pelbagai bahasa, pemimpin Iran itu sebenarnya ‘pemalu’ dan amat keberatan untuk beraksi di depan kamera.
Malah, Ahmadinejad menolak mentah-mentah tawaran Stone yang disifatkannya sebahagian ‘Syaitan Besar’ - rujukannya kepada Amerika Syarikat biarpun pengarah itu diketahui mempunyai pendirian yang lantang terhadap kerajaan Amerika.
Penasihat Ahmadinejad, Javan Shamghadri berkata tawaran Stone itu akan hanya dipertimbangkan jika pengarah Amerika berkenaan boleh mendapatkan hak bagi pihak penerbit filem Iran membuat dokumentari mengenai Presiden George W Bush, tanpa gangguan Agensi Perisikan Pusat (CIA). – Agensi
No comments:
Post a Comment