Sunday, 08 July 2007 | |
Oleh Ibrahim Yahaya SAYA menerima panggilan telefon bertanyakan mengenai tindakan penghuni pangsapuri membawa motosikal dalam lif setiap hari ke rumahnya di tingkat atas. Teman saya itu merasakan amat pelik kerana tidak masuk akal memandangkan ia satu tugas yang membebankan. Saya memberitahunya bahawa inilah yang berlaku di Malaysia. Pemilik bimbang motosikalnya dicuri atau disabotaj jika diletakkan di tempat meletakkan motosikal. Macam-macam boleh jadi. Antaranya motosikal dicuri atau beberapa bahagian motosikal akan "hilang" jika ditinggalkan semalaman. Tidak kecuali tindakan mensabotaj atau perbuatan nakal termasuk membuang angin tayar motosikal. Inilah Malaysia, negara serba boleh. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Persatuan Penduduk Pangsapuri menyediakan tempat meletak motosikal yang selamat daripada gejala kecurian. Ada pengawal yang membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa. Mungkin boleh dipasang CCTV untuk melihat kegiatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Persatuan Penduduk boleh menyediakan tiang-tiang untuk membolehkan pemilik motosikal merantaikan kenderaan mereka. Mereka juga boleh membeli rantai secara pukal dan menjualnya kepada pemilik pada harga berpatutan atau mampu beli. Bersatu mencegah jenayah. Kreatif menentang jenayah. - motto yang boleh digunakan PDRM. |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
08 July, 2007
Kisah Benar: Bawa motor dalam lif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment