Khasiat Peluk Isteri |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


Related Posts by Categories



7 comments

  1. Anonymous  

    November 14, 2007 at 3:47 PM

    Perkara sebegini TIDAK BOLEH dipercayai kerana membuat kita kurafat dan syirik. Hanya Allah sahaja yang tahu bila kita akan mati. Ramai juga selepas peluk isteri semalam-malan mati keesokan harinya kemalangan.
    Mungkin ini di utarakan oleh oleh Pakar Motivasi terkenal, ingat Yahudi sentiasa berusaha memutadkan kita dalam berbagai cara yang halus.

  2. Raudhotul Jannah  

    November 14, 2007 at 4:03 PM

    Betul tu Anonymous, jangan mudah terperangkap dengan tektik dan teknik Yahudi memurtadkan kita - jodoh pertemuan, ajal maut dan rezki adalah hak hak mutalk Allah.

    Waspada perkara sebegini.

  3. Lisa Wan  

    November 15, 2007 at 10:13 AM

    memang benar, Allah SWT yang menentukan jodoh, pertemuan, ajal, maut buat setiap hamba2 nya di dunia ini, tetapi dari sudut pandangan saya, seorang daif ini, saya rasa ini hanyalah sebuah kajian yg secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan antara mereka yg sudah berumahtangga dan sedikit sebanyak memberi panduan bagi mereka yg bakal mendirikan rumahtangga... mungkin apa yg cuba diterapkan oleh dato dr. fadzilah kamsah ialah khasiatnya memeluk org2 yg kita sayangi terutama antara suami-isteri, ibu-anak dapat merapatkan lagi tali kekeluargaan dan sekurang-kurangnya dapat membendung genjala2 yg tidak diingini seperti bercerai-berai dan genjala sosial yg membelenggu hati & jiwa para remaja kita pada hari ini.
    pada saya, apa pun jua jawapan atau keputusan yg dapat mereka bongkar bagi sesuatu kajian, penyelidikkan, experimentasi yg dilakukan adalah dengan keizinan Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui. Subhanallah...

  4. Anonymous  

    November 15, 2007 at 8:17 PM

    kena pelok isteri sendiri aje ke? pelok isteri orang, boleeeeh?

  5. Anonymous  

    November 23, 2007 at 2:54 PM

    boleh gak peluk isteri orang kalau nak mampus..

  6. Anonymous  

    November 23, 2007 at 2:55 PM

    peluk isteri orang bukan panjang umor..cepat mampus ader la..

  7. khalifah alam maya  

    November 27, 2007 at 11:31 AM

    tepuk dada tanya selera...kalau kita fikir negetif..akan terus lah negetif...fikir positif..jgn sempitkan fikiran..apa kata dato' memang ada benarnya....untuk rapatkan hubungan...dan saya amat berbangga dapat mengetahui tip2 yang banyak manfaat dari dato'

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates