ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
30 November, 2007
Makruh tinggalkan korban jika ada kemampuan
KORBAN bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Hukum melakukan ibadah korban.
-Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim
yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji atau tidak, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum korban ini menjadi wajib jika seseorang itu bernazar untuk melakukannya atau membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan korban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging korban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang pemilik korban dan tanggungannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum,
Isu yang baik pada waktu yang tepat untuk berkorban, tapi dalam pengetahuan saya yang cetek ini daging korban boleh dimakan oleh sipembuat korban dan keluarganya sebanyak 1/3 dari jumlah korbannya. Selebihnya disedekah samada yang mentah atau telah dimasak. Orang bukan Islam sahaja yang haram memakan daging korban dan akikah. Kalau kenyataan saya ini salah harap dapat diperbetulkan. Wasallam.
Post a Comment