ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
30 November, 2007
Suami Yang Ideal
Seorang suami harus dihayati dengan beberapa kualiti yang teguh kerana merekalah yang akan memuliakan ahli keluarganya. Suami harus senantiasa berlaku baik dan adil serta tidak pernah jemu mencurahkan kasih dan saying terhadap keluarganya.
Walaupun mereka harus mempunyai sikap tegas dan berani, mereka juga harus memiliki sifat pelembut dan sopan, lebih-lebih lagi semasa pergaulan dengan kanak-anak mahupun semasa bersatu bersama isterinya.
Tabah dan sabar adalah kunci yang terbesar bagi seorang suami untuk membentuk sebuah keluarga yang ideal. Mereka harus bersiap sedia memberikan pertolongan dari segi apapun, terutama ketika isterinya berada di dalam keadaan yang uzur.
Mereka yang telah digelar suami harus menjauhi diri mereka dari berpelisiran di tempat-tempat maksiat dan tidak mempunyai sifat mata keranjang. Suami yang salih senantiasa melakukan kebaikan dan menjauhi pada kejahatan. Beberapa contoh yang dapat dihayati bagi mereka yang bergelar suami adalah:-
* NABI ADAM A.S - Selaku seorang pemimpin yang berwibawa.
* NABI DAUD A.S - Mempunyai sifat keberanian yang semulajadi dan luar biasa.
* NABI YUSUF A.S - Kehebatan mampu menahan nafsu diri daripada godaan sebarang wanita.
* RASULULLAH S.A.W - Mampu mengawal marah. Sifat penuh sabar dan taqwa yang sungguh menakjubkan. Selaku seorang ayah contoh yang harus diikuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment