adsense

30 November, 2007

Pasangan hantaran termahal RM444,444.44 bercerai



Oleh Shamsiah Zulkafli


Puteri Shahanaz dan Roslan Hashim.

KUANTAN 29 Nov. – Pasangan Datuk Roslan Hashim dengan Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan tahun lalu dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di sini hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan oleh Roslan, 50, yang juga kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort setelah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunos.

Puteri Shahanaz, 25, yang juga bekas model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang melalui peguamnya, Dzulkarnain Mohamad memfailkan permohonan cerai pada 4 Oktober lalu.

Sebelum melafazkan cerai, Abdul Rahman memberi kebenaran kepada pasangan tersebut untuk bersalam, namun Puteri Shahanaz dilihat menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbuat demikian.

Roslan yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, bersetuju menceraikan Puteri Shahanaz dengan bayaran mutaah RM100,000 termasuk nafkah idah RM5,000 sebulan.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 September tahun lalu dengan mas kahwin RM22.50 dengan tambahan RM22,222.22 sementara wang hantaran pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran termasuk sebuah kereta BMW 320i bernilai RM250,000, barang-barang kemas bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Kos keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.

3 comments:

Anonymous said...

Haha... kawin bagai nak rak! hantaran sampai berjuta guni duit tapi runtuh jugak rumah tangga! Bodoh punya melayu! kawin nak menunjuk yg dia tu lebih megah buat hantaran & majlis kawin... last-last setahun aje kawin... baik si miskin yg kawin tak sampai ribuan ringgit pun hantaran dpt kekal ke anak cuci... Alo pak cik! o punye hantaran kawin tu hanya tinggal rekod utk tatapan memalukan untuk anak cucu cicit kerabat ko aja!! haha BODOH!

Anonymous said...

perempuan 2 gile harta jer 2. dh dpt ape yg dia nk. dia mtk lh cerai. dunia zaman sekarang.

Anonymous said...

setiap rumah tangga yang dilanda musibah itu ada hikmahnya. mungkin itu adalah dugaan dari Allah S.W.T. Biarpun wang hantaran hanya beratus atau pun beribu ringgit jika tuhan itu sudah mentakdirkan mereka harus berpisah mereka ttp akan berpisah. jadi kepada mereka yang melihat perpisahan ini berlaku, keruntuhan rumahtangga ini terjadi, istighfarlah banyak-banyak agar tidak terjadi terhadap rumahtangga anda kelah.... Astaghfirulla........

Blog Widget by LinkWithin