adsense

16 March, 2008

DEB: Pendirian PKR



Ternyata DEB disalah guna pemimpin, kroni BN
Dr Syed Husin Ali
Sat | Mar 15, 08 | 8:09:05 pm MYT


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20 halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk Manifesto Pilihan Raya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia.

Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-BN serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu.

Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum.

Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk:

(a) memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama;

(b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak serta projek dilakukan secara terbuka dan telus;

(c) meneruskan dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum;

(d) menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan sosial yang lebih baik terutama pendidikan, kesihatan dan perumahan untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira latar belakang kaum;

dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN dan media mereka kuasai yang menuduh kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat.

Kami menegaskan dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam kategori ini.

* Dr Syed Husin Ali ( husinsa23@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) ialah Timbalan Presiden keADILan


4 comments:

Anonymous said...

Kita kena tengok dulu apa yang berlaku dari sekarang..kalau betul,betul lah..kalau tak betul,jangan undi utk masa akan datang...tapi yang pentingnya,kaum melayu dah berpecah belah sebab politik..semua orang boleh berjanji,mulut manis untuk memancing undi...boleh terlaksana ke tidak...kita tengok nanti...

Anonymous said...

sokong pendapat saudara.. jgn kerana perjuangkan hak sama rata akhirnya kaum sendiri terpinggir... menang sorak kampung tergadai.. fikir2lah anak cucu kita kelak.. ingat2lah orang melayu.. jagn sampai jadi seperti orang melayu di negara jiran..jgn sampai satu masa hak keistimewaan kita ditolak kerana perjungan hak sama rata..

Anonymous said...

betul.. politik ni macam beniage.. kite tak leh menipu, tapi kene ader stategi.. bukan mudah nak conduct sebuah negare... u try lah, then u know how hard to handle.. kiter napak bn menindas kiter, tapi sekurang2 nyer melayu masih dipertahankan.. but, i wish all the best... biarlah malaysia aman, tiada rusuhan yang melampau... kekalahan ini membuke mata bn.. berusahalah untuk berubah,jangan dok sibuk nak jadi ketua, cakap tung tang tung tang...

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara sekalian...bagi saya politik bukanlah sama seperti perniagaan. Politik adalah amanah yang dipertangung jawabkan kepada pemimpin yang wajib dijalankan berlandaskan Agama Islam. Dalam Islam tiada masalah kaum kerana semua mendapat hak yang sama. Tak kiralah apa jua agama yang dianuti oleh orang itu, asalkan ia susah dan berkelayakan mendapat pertolongan maka ia wajib di tolong oleh pemimpin Islam, dan ini akan dipertanggung jawabkan kelak diakhirat. Ini bukanlah hanya bermakna dengan Slogan yang pemimpin akan menolong orang Bumiputera tapi pada hakikatnya hanya beberapa orang saja yang mendapat pertolongan, dan ramai lagi yang terpaksa mengikat perut untuk megimbangi ekonomi mereka. Apatah lagi jika wang yang didakwa untuk membangunkan masyarakat terpinggir itu disalah gunakan lalu disalurkan kepada kroninya sahaja. Buktinya cukup nyata apabila pemimpin-pemimpin ini mempuyai kemewahan yang melampaui batas, sedangkan rakyat hidup menderita. Seperti yang kita sedia maklum pada zaman Rasulullah S.A.W kekayaan negara adalah milik rakyat dan bukanya pemimpin dan bukan jua untuk sesuatu kaum sahaja. Hanya dengan Islamlah baru negara menjadi maju dan makmur. Kita tidak perlu risau tentang anak cucu kita kerana Islam membela semuanya. Ini bukan soal untuk memancing undi atau mengadaikan kampung. Ini adalah masalah akidah. Kenapa perlu percaya pada janji manusia tetapi tidak yakin pada janji ALLAH? Sekian dahulu semoga diberkatiNya...

Blog Widget by LinkWithin