adsense

22 March, 2008

Malam yang dingin



Di suatu malam yang dingin, di dalam

sebuah bilik yang sederhana besar,

di atas katil...... sepasang suami isteri

yang telah lanjut usia baru masuk tidur.



Suaminya telah mula mengantuk tapi

isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya

bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan

isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya

dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar

selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"


Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin