adsense

19 March, 2008

Perak batal saman letak kereta, Kedah beri tiket bola percuma



Kat Utusan semalam kata Datuk Khalid MB Selangor bagi 20m padu liter air percuma. Waaa ruginya duduk Johor!

" BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.

Mohammad Nizar berkata pembatalan notis saman dan denda itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum lalu hingga membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan campuran di Perak.

"Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga hari ini sahaja sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini, sebagaimana dilaporkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

Sementara itu Bernama melaporkan tawaran-tawaran lain yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Sementara itu di Kedah, Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Selain itu kerajaan Kedah juga akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", menurut laporan Bernama malam ini.

5 comments:

Anonymous said...

Setiap tindakan ada tindak balasnya. Tengok ajelah... hanya masa menentukan. Banyak orang tak faham... dalam pengurusan kerajaan ada benda rakyat perlu bayar agar tidak berlaku pembaziran dan keperluan bertanggung jawab. Sedang hidup ini ALLAH menyuruh kita berusaha untuk mendapat nikmat hidup. Allah tidak mengubah nasib manusia kecuali manusia mengubah nasibnya.

Dalam soal air, kita perlu bayar kerana membantu pengurusan air. Kalau pengguna tak bayar... kerajaan negeri perlu bayar kepada pengurusan air. Duit tu... datang dari mana... dari kewangan kerajaan Negeri yang boleh digunakan untuk benda lain yang lebih memerlukan... JANGAN SAMPAI KERAJAAN NEGERI BANGKRAP... KATA NAK JADI BANGSA YANG TIDAK MENGHARAPKAN SUBSIDI.... INI BUKAN SUBSIDI KE????

Anonymous said...

Ko tak baca ke ADUN PAS Selangor ke potong elaun 30% sorang? Kan ada kuar paper ignore ker?

Ini menunjukkan kalau ada penjimatan di sektor tertentu dan tiada pembaziran projek giga, tiada rasuah semua boleh bagi kat rakyat.

Tak de mana bankrapnya tak. Kita sama-sama tengok nantiu negeri mana yang paling banyak hutang 5 tahun akan datang.

Sekarang ni paling banyak hutang ialah negeri yg membangun katanya, negeri UMNO - Johor!

Anonymous said...

MB Selangor dah declare yg air percuma tu bukan datang dari mana-mana subsidi tapi hasil rundingan semula kadar air. mungkin juga untuk 20 cubic pertama percuma tapi untuk cubic seterusnya akan ada peningkatan kadar berbanding sebelum ini. kita tunggu dan lihat

Anonymous said...

tuhan 2 maha adil.klu ble manusi ni semua nk percuma.klu ble tempias penyakit satu dunia x ble kena kat dier.klu percuma la air 2,korang minum air je la lps ni.maner dtg untung 2 semua dr air yg korang bayar.klu berani mntk la benda lain percuma lg.sggp x mb br 2 tunaikn.dia pn kelakar.lahirnya dari suatu sistem yg membantu dia,diludahnya blk sistem 2.dia blela sng ckp skrg dia dh sng.korang mngkn sng,tp yg terkial2 2?bg duit free je la.bg 6000 selonggok.x yah kejer.mmg percuma air korang lps ni.dpt air kumbahan silap aribulan

Anonymous said...

Assalamualaikum, kepada kawan yang no.4, kalau nak komen pun tulislah dengan ejaan yang betul. Jika nak eja pun salah macam mana nak bagi komen? Dalam Islam air tidak boleh dijual beli untuk medapatkan keuntungan, tapi di bolehkan untuk mengambil upah pengendaliannya. Jika nak kira pembaziran, sebelum ini saya lihat lebih banyak pembaziran yang dilakukan tanpa menafaatnya kepada umum. Jika kita benar beriman masalah pembaziran tak akan berlaku. Solannya adakah adil jika golongan lain yang membazir dan golongan yang berpendapatan rendah yang terpaksa menanggungnya? Oleh itu 20 cubic ltr air itu adalah dikirakan bersesuaian untuk sebulan bagi sesebuah keluarga, dan jika penggunaannya lebih maka perlulah dibayar, dan bukannya percuma terus . Pasal apa pula air kumbahan akan diberikan pada rakyat? Jika anda fikir dgn sebanyak 20 cubic ltr air itu kerajaan boleh bangkrap, anda silap. Kerana banyak lagi sumber-sumber hasil hasil negeri yang selama ini dibazirkan saja. Contohnya buat Jambatan belanja berjuta-juta, tapi tak sampai pun 5 tahun jambatan dah nak runtuh. Panggil pula jurutera dari luar negara. Agak-agaknya kemana mengalirnya duit tu? Apakah itu bukan duit yang dibazirkan? Banyak lagi duit yang boleh digunakan untuk masyarakat umum, tapi akhirnya dibazirkan begitu saja. Lihat saja bagaimana kerajaan Negeri Sembilan yang hampir bangkrap sedikit hari lalu, adakah ia disebabkan oleh rancangan menolong rakyat atau rancangan masuk kocek sendiri? Jangan terus melulu kata kerajaan pembangkang itu teruk, berilah peluang dan lihat hasilnya nanti. Jika selama ini dah cukup BN pegang selama 50 tahun, apa salahnya bagi pada PKR pula selama 5 tahun dan lihat hasilnya! Insya'Allah, setiap benda di sertai niat yang ikhlas pasti akan berjaya.

Blog Widget by LinkWithin