adsense

21 March, 2008

Ferrari Lantik Naza Sebagai Pengimport Tunggal Bagi Malaysia




Lepas ni adalah peluang melihat Ferrari F430 di atas jalanraya Malaysia. Tahniah NAZA.huhuhu

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Naza Italia Sdn Bhd, sebuah syarikat Kumpulan Naza, hari ini dilantik sebagai pengimport tunggal kereta Ferrari di Malaysia.

Syarikat itu dijadual memulakan operasi awal bulan depan.

Naza Italia, yang menandatangani perjanjian dengan Ferrari hari ini, dijangka melancarkan sebuah bilik pameran utamanya yang mempunyai pusat servis menjelang suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, S M Faisal S M Nasimuddin berkata sebagai wakil Ferrari, Naza Italia bermatlamat membuat sumbangan lebih besar kepada imej jenama itu.

"Pelaburan akan termasuk penyediaan bilik pameran diperlengkapkan dengan 4S -- jualan, servis, sistem dan alat ganti -- dan barangan Ferrari," kata Faisal, yang juga Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Naza.




"Sejumlah besar daripada pelaburan itu akan diperuntukkan bagi pengurusan perhubungan pelanggan, jualan dan perkhidmatan selepas jualan, aktiviti latihan, penjenamaan dan pemasaran," katanya pada sidang media di sini.

Naza Italia akan membawa kepada pelanggan tempatan keseluruhan barisan kereta Ferrari terdiri dari rangkaian kereta F430 hingga kepada kereta 599 GTB Fiorano dan model utamanya kereta 612 Scaglietti, kata Faisal.

"Perniagaan automotif sedia ada kami telah membolehkan kami membina perhubungan penting dengan pasaran khusus yang menghendaki akses kepada automobil berkualiti tinggi," katanya.

Ditanya mengenai jualan sasaran, Faisal berkata pasaran kereta mewah di pasaran Malaysia sedang mengalami pertumbuhan kukuh, sambil menyatakan akan sentiasa terdapat permintaan kukuh bagi membeli kereta khusus seumpama itu.

"Misi kami ialah menyediakan pengalaman kepada pasaran Malaysia. Kami merancang peningkatan selanjutnya dengan tambahan baru, kemudahan inovatif, dan perkhidmatan, kesemuanya yang menyumbang dengan besar kepada kejayaan Ferrari di Malaysia," katanya.

Mengulas mengenai perkongsian itu, Pengarah Komunikasi Ferrari Asia Pasifik Matteo Bonciani berkata syarikat itu memulakan perhubungan itu kerana Naza telah terbukti sebagai penyumbang utama di Malaysia.

Katanya Ferrari menjual 1,054 unit di Asia Pasifik pada tahun lepas dan syarikat itu menganggap Malaysia sebagai sebuah pasaran penting.

-- BERNAMA


No comments:

Blog Widget by LinkWithin