adsense

06 May, 2007

Isu Hangat : Em-pay Lagi



maklumat yg saya dpt dari kawan saya, empay ni satu program kad loyalty + debit yg menggunakan kad yg dinamakan kad IPC Shopping tu. empay ni satu program, IPC Shopping tu nama kad dia. Sesapa yg nak join kena bayar RM168 utk 1 lot. Boleh beli 3 lot, 6 lot dan beberapa lot lagi yg saya x ingat.

Kalau beli 1 lot, dpt la 1 kad, beli 3 lot pun dpt 1 kad jugak, beli 6 lot pun dpt 1 kad jugak. Jadi, apa benda sebenarnay yg diperjualbelikan? jual beli lot? kat sini yg timbulnya unsur gharar (ketidaktentuan) di mana berapa banyak lot yg terpaksa dibayar oleh pembeli, dia tetap dpt 1 kad. Jadi, yg dijadikan 'produk' jual beli itu adalah sistem kaki/kedai/lot itu sendiri.

Lagi satu, kad IPC Shopping tu boleh guna jadikan dia sbg kad mata ganjaran & diskaun. Mengikut penerangan ustaz zaharuddin, apa2 kad diskaun dan mata ganjaran yg menghendaki ahlinya membayar yuran langganan/yuran tahunan hukumnya haram kerana ada unsur perjudian & pertaruhan. Unsur perjudian timbul apabila ahli wajib bayar sejumlah wang utk mendapatkan kad ganjaran itu dan apabila dia telah dpt mengumpulkan sejumlah mata yg layak utk dpt hadiah, baru dia boleh tebus hadiah itu. Wang yg dibayar itu digunakan oleh penganjur utk membeli hadiah & menawarkan hadiah HANYA kpd ahli yg layak mengumpul mata/point tertentu, baru dia boleh claim/tebus hadiah.

Ini berbeza dgn kad mata ganjaran yg percuma tiada yuran langganan tiada yuran tahunan, hukumnya harus kerana ahli tidak perlu bayar apa2 utk jadi ahli dan apabila nilai mata pointnya layak utk tebus hadiah, barulah dia boleh tebus hadiah dgn percuma. Hadiah itu ditaja oleh syarikat yg jadi ahli utk memberi hadiah kpd org ramai melalui penganjur. Tiada unsur pertaruhan di situ kerana ahli tidak membayar apa-apa. Harus juga kalau ahli nak tebus hadiah yg dia suka tapi mata point dia belum cukup layak utk tebus hadiah itu dan dia dikenakan bayaran sedikit utk mendapatkan hadiah itu. Itu dikira sbg diskaun dari harga asal yg diberi utk barang tertentu.

Point yg penting di sini, apa2 juga kad program mata ganjaran yg menghendaki sesapa yg nak jadi ahli mesti bayar yuran keahlian atau yuran tahunan, hukumnya haram. Manakala, apa juga kad program mata ganjaran yg tidak menghendaki ahlinya membayar yuran keahlian dan yuran tahunan, hukumnya harus. Ini disepakati ulama sedunia. Boleh rujuk website ustaz zaharuddin. Banyak hasil kajiannya yg bagus utk kita faham.

Lagi satu persoalannya, kad debit IPC Shopping. Apa yg kita tau, kad debit hanya boleh dikeluarkan oleh bank & institusi kewangan. Atau pun syarikat pusat membeli belah yg telah mendapat lesen (cthnya Pasaraya AEON yg dpt lesen keluarkan kad kredit AEON). Macamana sebijik kad-boleh jadi kad mata ganjaran dan pada masa yg sama boleh jadi kad debit dan pada masa yg sama jugak boleh jadi kad ATM?

Dan yg terakhir, mesti berita terkini ini yg korang nak tau kan. Status peserta empay skrg ni, TAKDE SORANG PUN yg bergelar jutawan empay dari Malaysia (setakat ini) dan lebih ramai yg merungut apabila tak dpt bonus, tak dpt downline, tak dpt duit RM60 ribu tu dan tak dpt pun kad IPC Shopping tu. Kawan aku yg join benda ni sampai beli 3 lot pun dah mcm putus asa sebab semuanya serba tak menjadi. Program ni sama je mcm program taja menaja org yg lain, tapi empay ni kata kalau tak taja org pun boleh, tapi dpt la RM30 ribu lebih. Bila dptnya, tak tau ler. Kawan aku ni dah bengang je, sblm ni bukan main lagi dia promote.

Tak kira la PM ke, Menteri ke yg rasmikan, semuanya atas diri kita dulu yg kena prihatin & teliti dgn benda2 mcm ni. Betul ke, adil ke sistemnya, pelannya, berbaloi ke. Kita tak boleh salahkan PM atau Menteri yg rasmikan empay ni sebab diorang memang tak diberikan penerangan yg sedalamnya mengenai program ni melainkan diberi penerangan secara luaran jer, dalamannya dia tak tau. Agenda tersembunyi, udang yg tersembunyi dia tak tau. Apa yg aku nampak skrg ni tak lain hanya cemuhan, kutukan dan ketidakpuasan hati dari org2 yg dah jadi ehli empay ni. Berikut cth yg aku dpt copy & paste dari satu website yahoo groups:


Quote:
Normahaiyan Kamaruddin
Thu, 22 Feb 2007 17:27:09 -0800

MAKLUMAN SEMUA
EM-PAY
SATU PENIPUAN.

SYARIKAT EMPAY TELAH MENIPU AHLI-AHLINYA.
APABILA AHLI MENGELUARKAN/MENG WITHDRAW. SYARIKAT TIDAK BANK IN/MEMASUKAN
DUIT TERSEBUT KE DALAM AKAUN AHLI MENGIKUT TARIKH MASA YANG TELAH DITETAPKAN.

MASA UNTUK MENG WITHDRAW PUN BEGITU LAMA, KENA TUNGGU SAMPAI 14 HARI MASA
BEKERJA.

LEBIH MENDUKACITAKAN LAGI ADA YANG MENG WITHDRAW SAMPAI DUA BULAN PUN MASIH
TIDAK DAPAT DUIT TERSEBUT.

E-TRADER YANG DILANTIK PUN TIDAK DAPAT MEMBANTU DAN TIDAK DAPAT BERBUAT
APA-APA.

APABILA KITA CALL. SYARIKAT TIDAK PERNAH MENJAWAB.

OLEH ITU WASPADA SEMUA DENGAN PROGRAM EMPAY YANG MENIPU NI.



Tempat lepas geram ahli2 empay yg tak puas hati dan yg rasa diri tu kena tipu: http://www.topix.net/forum/world/brunei/TT8F32KGCGOCOC079
__________________

1 comment:

JeJai said...

mmg penipu.. aku beli satu lot.. tp nasib baik aku dapat balik modal dan dapat untung rm90..(lebey kurang la..) kad debit IPC tu tipu jerk.. last2 syarikat antar kad debit dari AMbank.. ape la..

Blog Widget by LinkWithin