adsense

21 May, 2007

Isu Hangat: Kerajaan kata kes murtad tak membimbangkan?

Tranungkite.net
Posted on Monday, May 21 @ 09:34:51 MYT by din-cryptos
Analisis Isu Oleh keraskekong

"Harian Metro keluaran 20/05/2007 mendedahkan dan membongkar betapa kronik dan kritikal nya isu murtad ini. Tetapi, menteri yang menjaga agama masih nak menyembunyikan hakikat betapa ramainya orang-orang melayu telah menjadi murtad. Sehingga apabila mufti mendedahkan akan meningkatnya gejala murtad ini, dia pulak yang dipantau dan disiasat. Kenapa?

http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070520110752/Article/indexm_html
http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070520110727/Article/indexm_html
http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070520110653/Article/indexm_html

Sukar lafaz kalimah syahadah: Penangan air sihir

KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran. Semua itu membuatkan tubuh saya panas!” Itu pengakuan seorang wanita berusia lewat 20-an yang hampir dua tahun keluar daripada agama Islam.

Cuma mahu dikenali sebagai Sarah, wanita itu kini berusaha untuk kembali kepada Islam sejak dua bulan lalu selepas menghuni sebuah pusat perlindungan di pinggir Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Metro Ahad, Sarah bukan saja berkongsi kisah bagaimana dia keluar daripada Islam, tetapi turut mendedahkan ramai orang Melayu beribadat di rumah ibadat agama lain yang dianutinya.

Ikuti temubual TUAN ASRI TUAN HUSSEIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN bersama Sarah.

Soalan (S): Kami diberitahu anda sudah keluar daripada agama Islam, betul?

Jawapan (J): Ya.

S: Sejak bila?

J: Mula mendekatkan diri pada hujung 2005 tapi secara serius pada pertengahan 2006.

S: Adakah anda kini ‘free thinker’ atau menganut agama lain?

J: Saya menganut agama lain, tapi sejak dua bulan lalu saya cuba kembali kepada Islam.

S: Maksudnya, sekarang anda sudah kembali Islam?

J: Belum lagi, saya masih mencuba.

S: Bila dan bagaimana anda mula mendekati agama itu?

J: Saya bekerja di sebuah hotel dengan majoriti rakan sekerja warga asing yang menganut agama itu. Pada penghujung 2005, saya mula mengikut rakan sekerja saya berkunjung ke rumah ibadat agama itu. Semua dilakukan untuk suka-suka. Bagaimanapun, ketika itu saya hanya di luar.

S: Ketika itu anda masih Islam, tidakkah anda berasa janggal atau bersalah berbuat begitu?

J: Tidak, kerana seperti saya katakan, saya tiada apa-apa perasaan mengikuti aktiviti ibadat mereka. Semua untuk tujuan berseronok saja.

S: Anda tidak dipengaruhi sesiapa?

J: Tidak.

S: Selepas itu apa berlaku?

J: Lama-kelamaan saya menjejakkan kaki ke dalam rumah ibadat agama itu. Ia berlaku pada pertengahan 2006. Saya rasa seronok dan selesa dengan agama itu.

S: Mesti ada sebab kenapa anda tergamak membuat perubahan begitu berani dengan meninggalkan Islam dan menganut agama lain. Adakah anda menghadapi apa-apa masalah seperti dengan keluarga atau teman lelaki?

J: Saya tidak berdepan masalah besar. Jika ada pun, cuma bebanan kerja, tetapi tidak terlalu serius. Seperti saya katakan tadi, saya melakukan ini hanya kerana suka-suka.

S: Jadi anda menganggap soal agama ini seperti mainan, boleh keluar agama hanya kerana suka-suka?

J: Tak tahulah.

S: Ceritakan aktiviti anda seterusnya.

J: Selepas pertama kali memasuki rumah ibadat agama itu dan berasa selesa dengannya, saya semakin kerap ke sana. Sepatutnya, saya kena pergi setiap minggu tapi disebabkan masalah jadual kerja, saya hanya boleh pergi dua kali dalam sebulan.

Saya juga mula mengikuti aktiviti ibadat mereka. Akibat perasaan ingin tahu yang semakin menebal, saya juga minum ‘air suci’ mereka.

S: Anda disuruh oleh sesiapa atau anda sendiri yang ingin minum?

J: Tak ada orang suruh atau paksa, saya sendiri yang nak minum.

S: Tak rasa takut atau bersalah ke?

J: Tak adalah, biasa saja.

S: Berapa kali anda meminum air itu?

J: Sekali saja.

S: Apa yang anda rasa selepas meminum air itu?

J: Ketika itu saya semakin pasti saya sudah meninggalkan Islam. Saya tahu ungkapan kalimah syahadah, tetapi entah mengapa saya tidak boleh melafazkannya. Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran.

Semua itu membuatkan tubuh saya panas. Bila dengar azan di televisyen, saya cepat-cepat matikan televisyen. Kalau dengar azan dari masjid atau surau, saya lari masuk ke dalam tandas.

S: Kenapa?

J: Saya tak boleh dengar, kepala saya rasa sakit dan badan rasa panas. Sejak itu juga saya meninggalkan semua ajaran Islam. Tidak sembahyang... tidak puasa.

S: Selepas keluar daripada Islam, apa perbezaan yang anda rasakan?

J: Tidak ada apa-apa. Sama saja.

S: Sepanjang menganut Islam sebelum itu, adakah anda tidak merasai kenikmatan dan keindahan Islam?

J: Ada.

S: Jadi, kenapa pilih untuk mendekati agama lain?

J: Suka-suka saja.

S: Setuju jika kami katakan, sebab utama anda keluar Islam dan menganut agama itu ialah disebabkan anda berkawan rapat dengan rakan yang menganut agama itu?

J: Ya, saya setuju.

S: Selepas keluar Islam, bagaimana kehidupan anda?

J: Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Saya rahsiakan apa yang saya lakukan daripada ibu bapa dan keluarga. Saya juga berkunjung ke rumah ibadat agama itu sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

S: Sepanjang berkunjung ke rumah ibadat itu, anda ada melihat orang Melayu lain di situ?

J: Ada. Saya tidak pasti jumlahnya, tetapi ramailah juga. Saya yakin mereka baru bertukar agama kerana mereka kelihatan kekok melakukan ritual agama itu.

S: Apa menyebabkan anda ada di rumah perlindungan ini? Adakah disebabkan anda ingin kembali kepada Islam?

J: Saya di sini atas sebab lain, biarlah ia saya rahsiakan. Namun, selepas ada di sini, semua aktivitinya berteraskan ajaran Islam. Pada mulanya saya cuba mengelak dan merahsiakan status agama saya.

Apabila penghuni lain menunaikan solat beramai-ramai, saya berasa sangat rimas dan tubuh menjadi panas. Saya sanggup berkurung di dalam tandas untuk mengelak berdepan situasi itu.

Jadi, lama-kelamaan pihak pengurusan berjaya mengesannya. Nak tak nak, saya terpaksa berterus terang. Mereka terkejut, tapi tidak terus memaksa saya bersembahyang, baca Yasin dan sebagainya kerana mereka tahu saya tidak boleh berbuat demikian. Selepas beberapa sesi kaunseling, hati saya kembali terbuka untuk kembali kepada Islam dan mereka membantu saya.

S: Bagaimana sekarang?

J: Sedikit demi sedikit saya beroleh kesedaran. Saya sudah boleh mengucap dan sembahyang, tapi belum pulih sepenuhnya. Ada kalanya masih mengingati agama itu. Bukan senang nak lupakan.

Apa yang diucapkan oleh menteri terbabit sangatlah tidak bertanggung jawab akan kedudukannya sebagai menteri yang menjaga agama. Perkara ni telah berlaku dan sedang berlaku dengan perancangan yang tersusun rapi oleh mereka yang ingin menjatuhkan Islam itu. Tetapi, mereka lupa


No comments:

Blog Widget by LinkWithin