ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
09 May, 2007
Resepi Hangat: Puding Karamel
Resepi Satu: Puding Karamel Express
Bahan-Bahan:
Bahan A:
2 cawan susu segar
3 butir telur
6 sudu gula
Bahan Karamel:
Gula 1 sudu
Air
Minyak masak
Cara Memasak:
1. Panaskan gula, sedikit air dan sedikit minyak masak di loyang - sehingga gula berubah warna menjadi cokelat
2. Kacau bahan A sehingga rata (pastikan tiada butiran gula tersisa)
3. Masukkan bahan A kedalam loyang berisi karamel(#1)
4. Tutup loyang, masukkan loyang ke loyang yang lebih besar, letak sedikit air
5. masukkan dalam ketuhar - 200c selama 40 minit
6. Biarkan puding dalam loyang sehingga dingin (about 3 hours)
Komen Tambahan:
Seelok2nya, masak puding di waktu malam dan setelah masak, biarkan puding di dalam loyang semalamam sebelum di masukkan ke dalam peti ais
Cadangan Hidangan:
Terbalikkan loyang dalam pinggan besar
Bubuh Ceri/Straberi, etc untuk hiasan
2.
Resepi: Puding Caramel Paling Simple
Bahan-Bahan:
Utk Puding:
5 Biji Telur Ayam Gred A
6 Sudu Makan Gula
1 Sudu Makan Esen Vanila
3/4 Tin Susu Cair
Utk Caramel :
Beberapa Sudu Gula
Loyang @ bekas besi
Cara Memasak:
-Panaskan loyang di atas dapur dgn api yg perlahan. Kemudian masukkan beberapa sudu gula,cairkan...apabila cair dan kemerah-merahan,tutup api dan alirkan cairan gula tadi supaya melitupi keseluruhan bahagian dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis.
-Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. Masukkan adunan ke dalam loyang
& kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti.
Komen Tambahan:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam loyang,pastikan cairan gula sudah betul2 keras terlebih dahulu.
Cadangan Hidangan:
Keluarkan dari peti & telangkupkan di atas pinggan. Boleh dihiaskan dgn krim putar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment