Source:Tranungkite
"Bicara kali ini tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.
Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa
Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.
T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.
Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.
Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan
Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,
Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
dihumban ke neraka cukup malang.
Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.
1 comment:
"assalammualaikum,sajak nie mmg patut pon dikenakan kpd muslimat yang berpakaian sebegitu,tak sume muslimat mcm tu..harap sesiape yang berpakaian mcm tu tolong lah ubah..ubahlah demi maruah seorang muslimat dan demi ISLAM!!!!
Post a Comment