ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
15 May, 2007
Santapan Jiwa: Anak itu kupu-kupu Syurga.
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh
digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan
api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan
satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang
dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada
seorang pun yang pernah aku cium."
Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul
sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,
ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment