>> Kasih MAMA
>>
>>
>> Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
>> itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
>> jururawat.
>>
>> Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
>> Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
>> wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
>> dipangkuan.
>>
>> Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
>> sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
>> bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
>>
>> Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
>> sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
>> mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
>> mengembirakan si ibu.
>>
>> Masa terus berlalu...
>>
>> Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
>> itu yang kini telah memasuki a! lam persekolahan menangis memberitahu
>> bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
>> kepada si ibu.
>>
>> Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
>> Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
>> pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
>> anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
>> kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
>> penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
>> penderma yang sanggup berkorban.
>>
>> Setahun berlalu...
>>
>> "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
>> mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,
>> si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
>> manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
>> rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
>>
>> Rakan! -rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
>> bagaimana pun
>> dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
>> menjawat
>> jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
>>
>> "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
>> telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
>> "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
>> itu
>> masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
>>
>> "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
>> mengangguk-angguk.
>> Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
>>
>> Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
>> ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
>>
>> Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
>> telinga
>> ibunya tiada.
>>
>> "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
>> telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
>> tetap! cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
>> pernah
>> ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
>>
>>
>>
>> Ps :
>>
>> Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
>> sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
>> pengorbanan tanpa diketahui.
>>
>> Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
>> minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
>> bermasam
>> muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
>> KAKI
>> IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
>> curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'
No comments:
Post a Comment