adsense

22 May, 2007

Santapan Jiwa: Menghina Orang Lain



Hadith :

Rasulullah s. a. w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak

kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah

menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian

i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh,

memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan

kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah
perbuatan

yang sangat dilarang oleh Allah.


ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya

sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling

hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru,
apabila

mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan

tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan

sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah
bertaubat

dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat

demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Blog Widget by LinkWithin