adsense

03 October, 2007

Cerita terlatest ,terhangat & terhangit ttg angkasawan Malaysia



KISAH CIK YAM DAN CIK PAH TENTANG ORANG NAIK LANGIT !

Alkisahnya pada suatu hari duduk lah Cik Yam dan Cik Pah dibawah pokok asam gelugor sambil menjamu selera dengan jeruk mempelam..( kok ia x pose - uzor kot !, mkn tu sembunyilah ooi !)

Cik Yam: Cik Pah! Dengaq tak semalam Pak Lah habaq, Si Muszaphar anak Cik Shukor confirm akan pi naik langit! Jadi Angkasawan.

Cik Pah: Eleh! tu benda basi. Saya tau lagi awai.... Saya sebenarnya tau dari bulan Julai lagi. Tapi saja tak nak habaq. Takut nanti Pak Lah marah... Maklum lah suara saya ni satu Malaya boleh dengaq.

Cik Yam: (dengan muka nyampah) Yea lah. Dah suara 'tertelan microphone' memang lah satu Malaya boleh dengaq.

Cik Pah: Anak lelaki saya yang kerja degan NASA kat USA, yang kahwin dengan MAt Salleh, duduk kat rumah besar dan pakai kerta Mercedes bagitau kat saya pasal anak Cik Shukor ni lebih kurang 2 bulan sudah.

Cik Yam: Lah.....macam tu kah....Pasai apa tak bagitau seluar dalam apa anak Cik Pah pakai.

Cik Pah: Jeles lah tu....

Cik Yam: Tak pun (sambil mencemik bibir)

Cik Pah: Lepaih tu kan, anak saya cakap.... Dia pi naik lengit, bukan sebagai angkasawan.

Cik Yam: Abis tu....kalau bukan sebagai angkasawan, dia naik langit sebagai apa? Mat Cemerlang Gemilang Terbilang?

Cik Pah: Anak saya cakap, NASA cuma kategorikan budak tu sebagai Peserta Penerbangan Angkasa (Space Flight Participant).

Cik Yam: Peserta Penerbangan Antarabangsa tu macam mana? Macam peserta pameran LIMA ka?

Cik Pah: Anak pompuan yang jadi bini nombor 4 jutawan Arab cakap, budak ni NASA tak iktiraf sebagai angkasawan, tapi kategorikan dia sebagai Space Tourist!

Cik Yam: Space Tourist tu macam mana? Dia macam Spacebar ka?

Cik Pah: Kepala hotak hang! Space tourist tu macam pelancong angkasa lah.

Cik Yam: Ouih! La ni boleh pi melancong kat langit? Pi nak tengok apa? Bukannya ada orang pakai bikini pun.

Cik Pah: Pi tengok bulan bintang!

Cik Yam: Kalau nak tengok bulan bintang, kat belakang reban ayam saya pun boleh tengok, buat apa pi naik langit.

Cik Pah: Kalau pi naik atas, dia tak payah melangut tengok bulan bintang. Tak lah sakit tengkok! Bongok!

Cik Yam: Jadi selama ni kerajaan perabis duit berpuluh juta untuk hantar orang pi melancong lah?

Cik Pah: Tau tak pe.

Cik Yam: Tapi kan, Pak Lah cakap, dia pi naik langit untuk buat eksperimen.

Cik Pah: Hek eleh! Space tourist yang pi sebelum ni pun buat eksperimen jugak tapi diorang tetap dipanggil Space Tourist.

Cik Yam: Pasai apa pulak?

Cik Pah: Sebab angkasawan yang betul, diorang akan dilatih kaw-kaw. Berapa tahun punya practice. Diorang ni pulak, carier diorang memang 'angkasawan'. Bukan jenis naik langit sekali, lepas tu pi jaga restoran.

Cik Ya! m: Macam mana Cik Pah tau carier diorang ni angkasawan?

Cik Pah: Anak pompuan saya yang satu lagi, yang jadi cukgu besar kat sekolah rendah di Amerika cakap....dia nampak dalam borang permohonan buku teks anak angkasawan ni, dia tulis 'astronaut' dalam kategori 'pekerjaan'.

Cik Yam: Kalau macam tu saya nak suruh anak saya belajar rajin-rajin supaya boleh jadi Space Flight Participant. Lepas tu kalau dia dapat pi naik langit....boleh ajak saya sekali..... (sambil termenung seketika) Eh! dia boleh ajak mak pak naik sekali kan?

Cik Pah: Kalau kapal angkasa tu hang punya.... hang nak bawak naik ayam serama kesayangan laki hang pun boleh.

Credit

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$========================================================================================================??????????????????


Kerajaan mesti terus terang benarkah wujud angkasawan Malaysia ?

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Sep 28, 07 | 6:58:59 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Sept - Memandangkan perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan dengan menggunakan wang rakyat, kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berterus terang adakah benar Malaysia menghantar angkasawan?

Ketika media-media utama begitu heboh dengan apa yang didakwa sebagai angkasawan negara, semakin ramai yang mempersoalkan adakah Malaysia menghantar angkasawan atau pelancong angkasa?

Semalam, dalam laman web berita ini, seorang wartawan veteran, Ahmad Tajdid turut mempertikaikan perkara tersebut.

Sambil mengucapkan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya, beliau mempertikaikan adakah apa yang dibanggakan itu merupakan projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa?

Beliau bimbang "program angkasawan negara" akhirnya hanya menjadi modal politik pilihan raya dan tidak jauh bezanya dengan pelayaran solo kapal layar mengelilingi dunia.

Setakat yang dikesan, orang yang pertama mempersoalkan perkara itu ialah seorang blogger yang menamakan dirinya sebagai Aisehman.

Dalam postingnya yang bertajuk "Astro, Not!", beliau menyiarkan gambar yang dipetik dari laman web Nasa yang menyatakan secara jelas bahawa apa yang didakwa sebagai angkasawan Malaysia hanya disebut sebagai "spaceflight participant".

Peserta dari Malaysia itu tidak disebut sebagai angkasawan (astronaut atau cosmonaut) dalam gambar tersebut.

Menurut Wikipedia, spaceflight participant ialah gelaran yang diberikan oleh Nasa kepada pelancong angkasa.

Isnin lalu, majlis pengumuman "angka sawan pertama negara" yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dilaporkan berkata, kerajaan bersedia meneruskan program penghantaran angkasawan negara ke angkasa lepas yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM103.2 bilion sekiranya rakyat mahu ia dilaksanakan.( ooomakk ooiiiiiiiiiiiii…Jgn membazir lah….!!!!!)

Kapal angkasa yang akan membawa apa yang disebut sebagai angkasawan pertama negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.

"Angkasawan negara" bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada di ISS.

Di ISS, "angkasawan negara" akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Penghantaran "angkasawan negara" merupakan program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi

Kalian fikiaq lah sendiri siapa yang untung dan siapa yag kena kelentung ??!!

7 comments:

Anonymous said...

nampaknye tak suka betul anda program ni ek, dgn adanya golongan seperti anda la malaysia takkan maju. sekurangnya kita mulakan langkah pertama utk berjaya, kata org better late than never, jgn malu utk belajar kalau nak berjaya.. tp terpulang la, kalau anda rasa ini satu pembaziran, rasanya takde pulak kerajaan ckp nak tarik subsidi minyak ke, nak tangguhkan dulu smua projek ke, semata2 nak bayar program ni.. hang sorang je dok merungut sorang2 haha.. anyway, thanks to Celcom as a main sponsor of this great historical event, that all malaysia will not forget it forever. Semoga beliau selamat pergi dan selamat pulang, sentiasa dilindungi Allah, amin.

Anonymous said...

hang tau tak apsal nasa keluarkan kenyataan mcm tu kat website dia (yg hang duk sokong sgt2 tu).. nasa sebenarnya kurang berpuas hati dgn tindakan rusia yang membenarkan angkasawan malaysia menyertai program tersebut. rusia menjemput malaysia menyertai program tersebut sebagai tanda persahabatan dan terima kasih kerana malaysia membeli beberapa jet pejuang buatan rusia. maka, nasa memperkecilkan angkasawan malaysia (diakui sendiri oleh bekas angkasawan nasa), tp ni normal la.. org takkan puas hati bila tgk org lain nak berjaya. kalau anda rakyat malaysia sendiri memperkecilkan dan menyokong tindakan nasa/amerika yang bencikan malaysia terpulang lah.

Anonymous said...

kerajaan dh belanje mcm2 utk naikkan name m'sia..itu pon ade m'sian yg tak bangge..die naik langit tu jdik astronaut..bukan plancong..kerajaan byr..bukan die byr..x bersyukur btol la org m'sia zmn skang.. cam mane kite nk maju...ish3..

Anonymous said...

This guy says what I want to say...


Maybe you are not aware but this is the normal practice for Astronaut from countries who do not have space launch capabilities to go up to space with NASA or Russia. For example, Hungary sent it's Astronaut Bertalan Farkas into space for 7 days, who conducted experiments in material science while in space. Mexico sent it's Astronaut Arnaldo Tamayo Méndez to space to conduct experiments in an attempt to find what caused space adaptation syndrome. Arnaldo was in space for 7 days. India sent it's Astronaut Rakesh Sharma to space for 8 days to conducted multi-spectral photography of northern India in anticipation of the construction of hydroelectric power stations in the Himalayas. So Malaysia's decision to send their own Astronaut to space for 10 days to conduct experiements is similar with other countries who has sent their Astronauts to space in the past. And none of these Astronauts pay for the flight with their own money. It is all government sponsored. If you call Malaysia's Astronaut a space tourist, that means all these other astonauts from other countries are also space tourists in your eyes, which is simply incorrect. By the way, this is an encyclopedia, and not a coffee shop discussion forum where disgruntled citizens can voice their unhappiness and speculation. Please stick to the facts and provide supporting evidences to back up your facts. Sims2004 16:48, 17 October 2007 (UTC)
http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Sheikh_Muszaphar_Shukor


nasimento, petaling jaya

Anonymous said...

sepatutnye kite kenalah berbangga as malaysian..
buknnye mmikirkn negetifnye progrm tersebut...
and klu x ambil peluang ni...
bile lg malaysian nk smpi ke angkasa???
tunggu semua dh naik baru nk naik kerh??
kire untung per malaysia dijemput oleh russia untuk pergi ke angkasa...
lgpun ianya mendatangkn manfaat kepada kita untuk menjalankan beberapa eksperimen di sana....
klu x... tentu m'sia di anggap mundur.. s\

Anonymous said...

aper salahnyer org nk gi angkasa... pahal nk bangkng plak?
biar r pe amerika nk kate per??
skunk ni misi dh berjaya... kira ok r tuh...
malaysia byr kn naik atas tuh?? bukan nyer free2 jerk... klu free tu len r citer...

Unknown said...

memang betul kerajaan xtarik subsidi..tapi cuba kita fikir, kalau duit yang dibelanjakan ke angkasa tu,dijadikan biasiswa untuk mahasiswa kat universiti kan lebih elok..x payah la susah2 diaorang nak berhutang dengan ptptn..pembangunan modal insan kan penting bak kata Pak lah..Ibn sina pun ada memberi pendapat dalam kitab al-Siyasah, kalau kita nak membina tamadun, pembangunan modal insan perlu diberi keutamaan..bila generasi kita dah berilmu, bukan kata pergi angkasa, nak bina ISS malaysia sendiri pun kita mampu..banyak2 kan membaca kitab2 tokoh islam seperti Al-Kindi,Ibn sina, Al-farabi..akhir sekali fikir2 kan lah..

Blog Widget by LinkWithin