adsense

03 October, 2007

Ejah



"ejAH...!!...EJah..!!!

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah
kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali
pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah,
mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di
pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat.
Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.

Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk
di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain
di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula
teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman
sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil
menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat.
Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Ani.
"Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok saja,"
jawabnya lagi.

Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman
yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

"Ejah!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam
rumah.

Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak
pinggang di depannya.

"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak
ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu
bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik
ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya.
"Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku,"
herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir
deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya
dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut
didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis
bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di
tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh
kecil itu menerima pukulan ayah.

Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara
baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik
sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum
manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah
berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun
lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek
dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau
mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang
selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.


BACA ARTIKEL PENUH<<<<<

No comments:

Blog Widget by LinkWithin