adsense

02 October, 2007

Nama cucu lelaki Pak Lah dan cucu perempuan Anwar




Monday, 01 October 2007

Oleh Wartawan KLpos.com

Eksklusif KUALA LUMPUR: Cucu lelaki Perdana Menteri dinamakan Jibrael Ali Jamaluddin Abu Bakar manakala cucu perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri dinamakan Raja Nur Safiah.

the Star melaporkan Khairy Jamaluddin menamakan anaknya lelaki sulungnya dengan nama panjang iaitu Jibrael Ali Jamaluddin Abu Bakar.

Manakala anak perempuan sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Nurul Izzah memberitahu KLpos.com bahawa beliau dan suami memutuskan untuk menamakan anak perempuannya Raja Nur Safiah.

Nurul Izzah memberitahu bahawa kini beliau masih di hospital dan bayinya lahir normal dengan berat 3.06 kilogram.

Carian KLpos.com mendapati makna Nur Safiah adalah 'cahaya orang yang jujur" manakala Raja di panggal nama itu merupakan kesinambungan daripada suami Izzah, Raja Ahmad Shahril Iskandar Raja Salim.

Manakala, Khairy memberitahu the Star hari ini bahawa nama anaknya itu memberi makna yang istimewa kerana Jibrael adalah salah satu ikon Islam yang penting, terutama dalam bulan Ramadan.

Khairy berkata Abdullah juga setuju dengan Jibreil, sesuai dengan tarikh kelahirannya, 13 September, hari pertama umat Islam berpuasa tahun ini.

Gambar anak mereka yang merupakan cucu kelima Datuk Seri Abdullah Badawi, masih belum dikeluarkan. Difahamkan pasangan ini enggan mengeluarkan gambar anak mereka atas sebab peribadi.

Nori melahirkan bayi lelaki, seberat 3.3kg di Pusat Perubatan Pantai secara pembedahan (caesarean) dan Khairy berada bersamanya untuk memotong pusat anak pertamanya itu.

Khairy berkata dia gembira menjaga anaknya dan seronok memandikan bayi itu. "Itu keistimewaan saya, Nori menyusukanya,"

Nurul Izzah dan Nori selamat melahirkan bayi mereka pada awal dan pertengahan Ramadan ini.

Source: klpos.com

No comments:

Blog Widget by LinkWithin