ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
04 October, 2007
Siapakah Qarin
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
nice articles..i just didn't ever heard of this things ever in my life..it's just enlighten me..thanks..
As salam..saya nak ambik artikel ini boleh,saya nak letak dalam blog..saya nak kongsi dengan rakan yang lain
saya pernah dipulaukan rakan2 semasa di asrama sekolah, disebabkan oleh mereka nampak saya berseorangan di bilik kosong pada waktu tengah malam, walhal,saya tidak pernah ke bilik kosong itu, mereka juga pernah nampak saya bangun di tengah malam dan termenung di tepi tingkap sebelah katil saya, walhal pada hari kejadian, saya tidur di bilik rakan saya yang lain,dan mereka pernah nampak dan sapa saya, walhal saya tidak menemui mereka pada hari tersebut.. disebabkan hal2 itu, saya dipulau, dihina, sehingga saya terpaksa bertukar sekolah yang lain.. adakah yang menyerupai saya itu 'qarin'? saya pernah bertanyakan hal ini kepada seorang ustazah, dan jawapannya:ia bukan 'qarin'. dan saya simpulkan hal saya ini sebagai dengki, khianat dan fitnah dari 'manusia' yang tidak berpuas hati dengan saya.. :)
saya mintak izin copy article ni..nak share kt my blog.thank u very much..
assalamualaikum,.sy nk mnx permission copy post ni yw..nk share dgn rkn2 juga..thanx,..ilmu ni sgt berguma :)
syukran alaik..
istakzin li akhuz haza article
Saya nak copy mengenai qarin ni...a
Sye nak copy artikel boleh...?
Sy nk minta izin utk copy artikel nie..tq
Berilah perhatian lebih pada qarin yg mengajak kebaikan.
Nice article..
Artikel yang sangat menarik. Membuka wawasan kita mengenai apa itu qarin dan penjelasannya. Saya juga pernah membuat artikel mengenai "Cara Melihat Qorin Diri Sendiri". Silahkan dikunjungi jika ada waktu. Salam.
Mohon keizinan @ ijazah untuk dinsalin/copy artikel ini.
Post a Comment