ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
04 October, 2007
Uniknya kejadian buah kurma
(diceritakan oleh krew RTM)Wallahualam..
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang
paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure'
Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada
bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian
sains merupakan
buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam
tubuh.
Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s. a. w. dengan pohon tamar.
Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak
mengetahuinya.
Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk
mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang
bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua
krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul
kejad! ian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah
Pak Long Isa pernah
tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul
kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s. w. t.
ciptakan Nabi Adam
a. s.
Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam
melahirkan anaknya Nabi Isa a. s., Siti Maryam telah diminta oleh
Allah s. w. t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat
dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar,
tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s. w. t. dengan
kelahiran Nabi Isa a. s. itu juga, Allah s. w. t. telah tumbuhkan pokok
tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus
dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses
pendebungaan
betina
dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar
jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya,
berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit
dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan
berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga
jantan ia mengeluarkan debu-debu halus.
Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas
(terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar
betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua
tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang
terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasi! lkan buah tamar yang
elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak
boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar
tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan
manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah
musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi
sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan
berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada
satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses
pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu
yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.
Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk
kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
" Allah s. w. t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau
burung
yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah
s. w. t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan
manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan
turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman
ini.
Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak
Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long
Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,
"Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata
kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan
manusia, sebab pokok ini Allah s. w. t. jadikan dari lebihan tanah
kejadian Nabi Adam a. s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah
saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
Rasulullah s. a. w. dan
Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik
buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia
sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah
asal kejadiannya.
Buah ini tidak berbau kerana Allah s. w. t. nak pelihara kesuciannya
di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca
yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi
barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar. "Selamat Menunaikan
Ibadah Puasa."....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment