adsense

14 April, 2008

Kisah seorang gadis yang dulunya suka berseronok



Dulu..

Saya hanya seorang gadis yang tahu nak seronok-seronok, langsung tak
terfikir yang banyak lagi masalah agama yg perlu diberi perhatian
penuh oleh setiap orang yg bergelar khalifah.

Window shopping, tonton wayang, melepak buang masa dengan kawan-kawan
dah macam hobi. Tambahan pula memang persekitaran disekeliling
langsung tak membantu untuk saya belajar erti sebenar tujuan hidup
ini. Hinggalah kakak angkat saya masuk matrikulasi dan dia banyak
berubah ke arah yang lebih baik. Dia banyak memberi nasihat terutama
tentang aurat dan solat. Pada mulanya saya tak boleh terima perubahan
dia yg mula nak bercakap pasal agama dengan saya. Saya rasa
kehilangan kawan yang boleh diajak membeli-belah dan menonton wayang.

Saya tak faham kenapa pula nak kena pakai baju labuh-labuh dan
berlengan panjang..Bagi saya itu semua tak ikut trend masa sekarang
yg lebih up-to-date. Saya fikir, walaupun saya tak pakai skirt tapi
bukan ke lebih cantik dan bergaya pakai blaus dan jeans. Setiap kali
apabila kami bertemu mesti bergaduh. Saya masih degil dan memang
langsung tak boleh terima setiap nasihat dia..

Sampaikan saya rasa macam nak putuskan persahabatan dengan dia kerana
dia suruh saya pakai stokin lengan dan stokin kaki. Sebenarnya kakak
angkat saya tak pernah memaksa tapi lebih pada mengingati. Itupun
saya nak marah-marah.

Tapi..

ALLAH tu memang Maha Pengasih. Saya tak tahu apa yang lebihnya saya
pada pandangan ALLAH hinggakan DIA sudi untuk memandang dan mengutip
saya yang tersungkur dilembah kelalaian tersebut. Saya tak tahu bila
bermulanya perasaan itu sudah mula lembut dan rasa macam nak cari
sesuatu. Sesuatu yang boleh membuatkan saya rasa puas dan bila saya
perlukan dia, dia ada. Tak kira bila-bila pun. Atau dimana-mana pun.

Dan Alhamdulillah sekarang setelah ke universiti dan dah berjumpa
dengan pelbagai orang dan perbagai ragam, saya mula sedar terlalu
banyak tanggungjawab yg perlu dibereskan sebagai hamba ALLAH.
InsyaALLAH saya istiqamah dalam solat, dalam dakwah dan menutup
aurat. Baju kurung sudah menjadi pakaian harian dan kadang-kadang
jubah. Tudung pula alhamdulillah tudung labuh menutup dada walaupun
bukan tudung labuh bulat (moga ia bukan riak). Sesungguhnya terlalu
indah rupanya apabila segala perkara kita sandarkan hanya pada ALLAH.
Bertapa syahdunya apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Pencipta
cinta. Apabila saya ingati kembali siapa saya yang dulu, saya terlalu
sedih. Bertapa banyak masa yang saya abaikan untuk perjuangan ini
tetapi saya tetap bersyukur kerana saya yang dulu telah melahirkan
saya yang sekarang. Alhamdulillah.

Ya ALLAH..
Izinkan aku mencintaimu melebihi segala yang ada didunia ini,
Izinkan aku mencintai orang yang mencintaiMu,
Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk
mencintaiMu,
Izinkan aku untuk hidup dan mati hanya keranaMu,
Ameen.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin