adsense

24 April, 2008

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR





Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel
dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:

Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

1 comment:

Anonymous said...

rasanya tak mungkin akan spark api...bukannyer ketok kuat pon....hohohoh

Blog Widget by LinkWithin