ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
30 June, 2008
Debat Pasal Minyak - Anwar Ibrahim - Shabery
Minyak: Pemuda Umno sambut baik debat Shabery-Anwar anjuran Agendadaily di DBP Cetak
Oleh Bernama
IPOH: Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.
Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.
"Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini.
Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.
Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.
"Saya rasa ini peluang baik untuk kerajaan membuat penjelasan serta bertanyakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai janji menurunkan harga minyak," katanya.
Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum pada Mac lepas bahawa pembangkang akan menurunkan harga minyak jika memerintah.
Technorati Tags: debat, debat perdana, debat minyak, debat Anwar, khairi, minyak, minyak naik, DSAI
New Edition - Satellite Tv For Pc
You don’t need a satellite dish, receiver, or any cable or satellite service! All you need is an internet connection and a computer.
Watch all these channels anywhere in the world. More than 100,000 users are already enjoying the incredible variety.
Penangan Lily
Lily adalah nama taufan yang melanda Mexico baru-baru ini. Dak Lily ni brutal tak selembut namanya.
Technorati Tags: lily, lily hurricane, hurricane, offshore hurricane, mexico lily, gambar taufan, taufan lily
Tokey kedai basikal
wa ngan basikal kesayangan wa ..wa sedang buat jualan murah untuk kawan2 yg ada masalah minyak...antara basikal terlaris dalam pasaran wa .......
khas untuk pegawai...gaji libu2..cepat n bergaya .....
untuk korang yg kurang mampu....wa kira murah..
kalu yang pakai drebar atau family besar wa cadangkan yg nie..murah je beb...
untuk bini yg suka g shoping bawak anak wa shorkan yg ini....
untuk mat rempit dan pakwe makwe yg suka berkepit dalm stok wa..
untuk anak2 pun ada lo....tapi wa galakkan kongsilah..kalu penat bole gilir2..
stok keluarga kalu nak balik kampung......
wa bagi tip cara2 nak parking....
kalu lu org dah talak suka lu org bikin ini macam saja..manyak senang lo....
atau lu olang bole bikin landskap.
lu olang sendiri pikirlah bila minyak naik kita lo yg susah...
Gambar Saiful Bukhari
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.
Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.
Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.
Technorati Tags: Anwar Ibrahim, kes liwat Anwar, DSAI, kes liwat, konspirasi, Najib, reformasi, keadilan, PKR, pakatan rakyat, saiful bahri, gambar saiful bahri, pembantu DSAI, gambar pembantu DSAI
Cari duit internet sambil cari kawan
Posted by blalang | 3:34 PM | Cari duit internet, ppl | 0 comments »
Myspace,friendster dan hi5,ekawan dan sebagainya mmg telah dikenali sebagai komuniti cari kawan cyber.
Kini komuniti terbaru frenzne.com sedang dalam proses mencari ramai ahli dalam komuniti mereka. Apa yang bestnya kita boleh cari duit dengan menyertai komuniti ini dengan mencari referrer atau pun dalam kata lain ajak kawan lain join frenszone ini.
Pembayaran adalah melaui paypal dengan minimum pendapatan yang boleh keluar ialah $50. Setiap seorang yang anda refer, anda akan dapat $0.50 ataupun RM1.50.
Tool untuk promosi pun telah disediakan dengan auto invite dari email gmail,yahoo,aol,hotmail dan msn. Juga dari teman-teman myspace,friendster dan hi5.
Untuk mula cari kawan sambil cari duit internet, jom join :
*Klik atas banner.
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT | |
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang. Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar. Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan. Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar. Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar. Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar. Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir. Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam. Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata. Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini. |