adsense

30 June, 2008

Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib



Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

ImageGambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

ImageSumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

3 comments:

Anonymous said...

Haha..Menggelabah dah nuar sodomy,apsal sembunyi?Nak jadi misha omar ngan andy flop popy ke?Kalo tak salah keluar la,kesian kak wan,dpt suami aljuburi,sapa nak bunuh ko?Najib?Haha,sian2,laung kuat REFORBASI dan takbir tu..Lagu Sembunyi ditujukan khas buat anwar berahi..

Anonymous said...

mm...abis2 kes liwat ngn anwar..asal ade je kes liwat nape mesti dikaitkn ngn anwar..xpfaham la..betul jugak..klu xsalah nape nk sembunyi..nape isteri dan penaungnye sendiri yg mtk anwar sembunyi?x ke perbuatan 2 makin menampakkn kesalah?klu betul xbuat,jgn la sembunyi..tmpil kehadapan dan wat serangan balas pade bende yg xbetul..and jgn digembar gemburkn pasal gambar c saiful 2..bukti 2 xkuat...sesiape pun boleh bergambar dengan org2 kuat kerajaan..gambar 2 xptt dijadikn alasan serangan balas...sy xde sebelah mne2..cume bagi pendapat sahaja...dlm kead dunia skg nie..susah nk tentukn sape betul and sape salah..hanye DIA yg berkuasa...

Anonymous said...

LAKI KAKI JUBUR...BINI MULA CARI ORG.LAIN UNTUK DIPERSALAHKAN...JIJAH OOOO JIJAH...NAPE LAK NAK KAITKAN ORG.LAIN NGAN ISU NI...PERIBADILA KES LIWAT MELIWAT NI...SUME ORG.YG CERDIK BOLEH NAMPAK LAKONAN LAKI HANG...MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI LAK...HENTIKANLAH SANDIWARA YG. TAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT...BALIK KPG.TANAM JAGUNG...BUANG TABIAT SUKA JUBURRRR...

Blog Widget by LinkWithin