ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 June, 2008
Kisah bomoh
Dari inbox email admin
Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubill ah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC......
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa...... hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment