







ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
| | | |
| Monday, 02 July 2007 | |
| Oleh: Faisal Mustaffa Penggemar filem Melayu banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur budaya Hindustan. Sejak 70an lagi (mungkin sebelum daripada itu) filem-filem Melayu banyak diselitkan dengan adegan-adegan nyanyian di taman bunga, tempat peranginan dengan penari-penari yang ramai mengiringi nyanyian tersebut. Suka atau pun tidak, itulah hakikatnya; aku dibesarkan dengan filem-filem seperti itu. Justeru, ramai dari kalangan pengeluar-pengeluar filem membawa masuk pengarah-pengarah Bollywood untuk datang membuat kerjasama dalam pembikinan filem. Pada tahun ini, Grand Brilliance menjemput Kabir Bhatia untuk mengarah filem CINTA. Dan yang terbaru, DIVA terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd bersetuju untuk mempelawa Sharad Sharan bertujuan untuk menarik peminat-peminat filem beratur membeli tiket wayang mereka. (Sharad memiliki Trantella). Penerbit filem Diva ialah sebuah syarikat produksi bergelar Tarantella Pictures Sdn Bhd bersama dengan Nusantara Films Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Astro Shaw Sdn Bhd . Sharad pernah mengeluarkan beberapa drama siri TV Indonesia seperti Janjiku, Bidadari dan Istri Pilihan. DIVA banyak dipengaruhi dengan ciri hindustan. Seluruh krewnya datang dari India seperti Mithoon Sharma Naresh (Pengarah Muzik), Vikram Sood (Penulis, Caesar Gonsalves (Pengarah Lagu/Koreografer), Renu Sharan (Produser/Pengarah Produksi/Penulis) Sahay Rupa Dilip (Pencipta Pakaian), Manas Choudhury (Juru Audio/Jurutera Bunyi), Chirantan Das (Pengarah Fotografi/Sinematografi), Sayed Salim Abdulla (Make-up Artist), Biwajit Roy (Pengarah Seni), Sharmila Sankar (Penerbit Eksekutif/India), Sushil Kumar Shrikant (Ketua Pembantu Pengarah) dan Suresh Pai (Penyunting Filem). Persembahan ala-ratu draq maknyah DIVA mengisahkan mengenai seorang diva yang menempah nama di luar negara,Kartika (lakonan Ning Baizura) yang pulang ke tanahair atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Dalam mencapai impiannya sebagai penyanyi, Kartika melarikan diri meninggalkan ibubapanya dan teman yang paling rapat, Arman. Pihak media cuba menyungkil hasrat sebenar Kartika untuk pulang dan tidak lagi berada di luar negara namun, Kartika berjaya menyembunyikannya sehingga timbullah spekulasi bahawa Kartika sudah tidak laku di negara luar. Pihak pengurusan Kartika menganjurkan konsert yang besar-besaran buat peminatnya di Malaysia dan persembahan dan sambutan peminat terhadap konsert tersebut amat luar biasa. Penari-penari yang mengiringi persembahan itu tidak kurang dari 10 orang. Kadang-kadang tidak adil juga apabila dikatakan persembahan Ning dalam filem Diva itu berunsurkan Hindustan apabila Noraniza Idris pernah membawa penari-penarinya seramai satu bas untuk mengiringi persembahananya di Anugerah Juara Lagu. Ning pada ketika itu dilihat seperti over-dressed; dengan bulu ayam di kepala dan diselang-seli pula dengan tiara. Bajunya pula melabuh menyapu lantai. Memang seperti ratu-draq! Nasib baik DIVA tidak diselitkan dengan adegan-adegan ganas tumbuk-menumbuk yang bunyinya tidak setimpal dengan hentakan. Skrip dan dialognya hasil daripada tenaga-tenagai dari Indonesia manakala plot dan koreografinya dari India. Arman, seorang lelaki dari kampung kelahiran Kartika bercakap dalam loghat Indonesia. (Arman lakonan Jeremy Thomas, 37 berasal dari Indonesia). Beliau meneruskan usaha bapa Kartika yang mengusahakan sebuah sekolah nyanyian. Kartika kembali ke pangkuan ibunya dan kepulangan tersebut tidak dinanti-nantikan oleh Ibu Niken (lakonan biduanita Fauziah Nawi). Bagi, Niken, keluarganya semua sudah mati. Suaminya mati dalam Keadaan kempunan kerana tidak dapat bersama anaknya di saat-saat akhir. Bagi menebus kembali kesalahannya, Kartika menurut kata nasihat Arman bagi meneruskan perjuangan bapanya dalam mendidik anak-anak muda dalam bidang seni suara. Maka, tertubuhlah JIWA yang terdiri daripada Jay (lakonan Awal Ashari), Idit (Adam AF). Mera (Jessica Iskandar) dan Eja (Balkisy). Tiada antara mereka yang menunjukkan lakonan bersahaja. Kesemua lakonan pelakon-pelakon baru itu kaku sungguhpun ada di antara mereka yang sudah pun muncul dalam beberapa buah filem sebelum ini. Adam pernah berlakon dalam filem Razak Mohideen seperti Cinta Fotokopi dan Main-main Cinta manakala.Balkisym pula pernah muncul dalam filem Cinta Fotokopi, Tak Ori Tapi OK dan Dukun (belum ditayangkan). Ibu Adalah Segalanya Rakan-rakan baik Kartika mula mengetahui perubahan dalam Kartika apabila sering jatuh pengsan. Rupa-rupanya Kartika mengidap leukimia di tahap ketiga. (Tahap ketiga ialah tahap kritikal dalam leukemia). Jiwa yang pada mulanya merancang untuk meninggalkan Kartika akhirnya kembali. Perasaan insaf timbul apabila mengetahui bahawa motif utama mereka dibawa sehingga ke tahap tersebut bukanlah untuk mengejar glamour tetapi bagi mendidik ana-anak muda tentang profesionalisme dalam bidnag nyanyian. Para wartawan yang sering membawa keburukan terhadap karier Kartika rasa berdosa selepas mengetahui sebab sebenar Kartika kembali ke Negara asal; untuk menebus dosa terhadap ibu dan mengetahui hayat beliau yang tidak lagi lama. Kartika juga ingin melakukan sesuatu kepada negaranya sebelum mati. Pada saat-saat akhir nafas Kartika, beliau tidak mahu ke hsopital bahkan minta dihantar ke kampung untuk menyedut udara nyaman di kampung. Ibu akhirnya memaafkan Kartika dan pada saat itulah, Kartika menghembuskan nafasnya. Filem ini cuba menyelitkan adega-adegan lucu AC Mizal. Tetapi,kelihatan usaha itu gagal kerana gurauan yang berulang-ulang membosankan penonton. |
An empty can of gourmet dog food taken from Paris Hilton's trash fetched $305 in an eBay auction. The sellers were from the Web site HollywoodStarTrash.com, which also listed several other Hilton items for sale on eBay.| Minda Cina | | | |
| Thursday, 05 July 2007 | |
| Oleh: Khalid Jaafar SAYA dipelawa untuk menulis untuk surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah. Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana? Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina. Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina. "Orang Cina suka menipu" Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.” Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini. Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan. Perpecahan selalu dilihat dengan negatif. Perpecahan kadang-kadang ada juga baiknya kerana memberikan kemungkin-kemungkin baru pada masyarakat membuat eksperimen dalam kehidupan sosial dan pemikiran. Ada bidalan Melayu yang berbunyi: “Kalau tidak dipecah ruyung mana akan dapat sagunya.” Dan ada juga pepatah Inggeris yang bermaksud: “Kalau tidak dipecahkan telur omelette tidak boleh dibuat.” Benua Eropah suatu masa dulu bersaya di bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Holy Roman Empire. Tetapi perpaduan itu pecah maka lahirlah negera-negara Eropah seperti yang ada sekarang. Tidak ada orang Jerman, Perancis atau Italy hari ini yang mahu kembali kezaman seperti Holy Roman Empire. Bahkan kita tidak boleh memikirkan Eropah dan Barat mencapai tahap sekarang, iaitu dari segi perkembangkan pemikiran, falsafah, sains dan kemajuan politik tanpa perpecahan. Apakah perpecahan itu syarat untuk mencapai kemajuan? Ini adalah satu tesis besar yang memerlukan kupasan panjang lebar dan mendalam. Saya perlu membaca lebih banyak buku tentang tamadun, kebudayaan dan falsafah Cina kerana selama ini saya tidak banyak membaca buku-buku tentang tamadun Cina berbanding dengan pembacaan saya tentang tamadun Islam dan Barat. Tetapi dalam penerokaan saya tentang minda Cina saya terserempak sesuatu yang unik. Kesatuan Cina Cina satu-satunya tamadun yang berjaya mengekalkan kesatuan geografinya. Tamadun Yunani dan Rom yang menjadi asas kepada tamadun Barat tidak dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya. Kotaraya-kotaraya yang menampilkan kekuatan ekonomi dan kreativiti tamadun Barat kini bukan Athen atau Rom. New York, Paris, London dan Munich – inilah jatung-jantung kebudayaan Barat hari ini. Kotaraya Islam yang pertama adalah Madinah. Apabila kekuasaan politik berpindah kepada keluarga Bani Umayyah kota pentadbiran dipindahkan ke Damsyik (Damascus) di Syria. Apabila Bani Umayyah ditumbangkan oleh keluarga Bani Abbas dan membentuk dinasti Abassiah kota pemerintahan dipindahkan ke Baghdad. Dinasti dan empayar Islam yang terakhir, dinasti Uthmaniah, dimansuhkan oleh pemimimpin Turki Moden Mustafa Kemal dalam tahun 1924, menjadikan Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Islam pernah memerintah Sepanyol selama 300 tahun. Tetapi wilayah tersebut tidak dapat dikekalkan sebagai sebahagian dari dunia Islam. Nasib tamadun Islam sama lebih kurang dengan tamadun Barat. Wujud konsep kesatuan tamadun Barat dan kesatuan tamadun Islam. Bahkan wujud nostalgia terhadap kesatuan tersebut. Dan nostalgia ini lebih mendalam dikalangan orang Islam. Nostalgia terhadap kesatuan tamadun dan dunia Islam ini menjadi beban kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka belum sepenuhnya berdamai dengan realiti Negara bangsa. Maka wujud gerakan, meskipun amat kecil, untuk menghidupkan kembali khalifah Islam global. Nasib Tamadun Islam Mengapakah tamadun Cina dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya? Tamadun Islam hari ini bertaburan dengan entiti-entiti bernama Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Iraq, Malaysia, Palestin, Turki dan lain-lain. Tamadun Barat hanya tinggal pada semangat dan nilai. Tetapi kekuatan politiknya berpecah-pecah kepada Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom, Italy, Poland dan lain-lain. Tetapi sejak Qin Shi Huang menyatukan China dan menjadi maharaja pertama, dan dinasti Qin digantikan dengan dinasti Han Negara Cina mengekalkan kesatuan geografinya. Dinasti silih berganti namun Cina kekal kehari ini. Tidak ada negara baru yang muncul yang berpisah dari negara asal. Saiznya mungkin berubah-rubah. Tetapi wilayah utamanya kekal. Ini adalah satu misteri kepada saya. Saya sering mengajak kawan-kawan Melayu saya untuk melihat ke Utara – Ke Cina. Tetapi kawan-kawan saya lebih berminat untuk melihat ke Timur Tengah – ke Palestin. Bolehkah umat Islam belajar tentang perpaduan dan kesatuan dari Palestin? Palestin adalah contoh bagi umat Islam bagimana untuk berpecah, bukan untuk bersatu. Dan perpecahan tersebut adalah perpecahan yang menghancurkan, bukan perpecahan yang kreatif. Umat Islam perlu keluar dari kepompongnya dan melihat keluar. Mereka perlu bersedia untuk belajar dari orang kafir. Suatu ketika dulu umat Islam belajar flasafah dan sains dari orang Yunani, orang Parsi dan India. Umat Islam semasa telah banyak belajar dari Barat. Sekarang Cina sedang bangkit semula. Cina sudah bangkit sebagai kekuatan ekonomi. Dan saya yakin Cina akan bangkit semua sebagai kekuatan politik, ketenteraan dan kebudayaan. Bagaimana umat Islam dan orang Melayu dapat berhadapan dengan kebangkitan ini tanpa mengetahui minda Cina? Dan umat Islam masih melupakan sabda nabi mereka: “Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.” Penulis merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Rencana ini pertama kali disiarkan di dalam akhbar Orientel Daily- |
| | | |
| Sunday, 08 July 2007 | |
| Oleh Ibrahim Yahaya SAYA menerima panggilan telefon bertanyakan mengenai tindakan penghuni pangsapuri membawa motosikal dalam lif setiap hari ke rumahnya di tingkat atas. Teman saya itu merasakan amat pelik kerana tidak masuk akal memandangkan ia satu tugas yang membebankan. Saya memberitahunya bahawa inilah yang berlaku di Malaysia. Pemilik bimbang motosikalnya dicuri atau disabotaj jika diletakkan di tempat meletakkan motosikal. Macam-macam boleh jadi. Antaranya motosikal dicuri atau beberapa bahagian motosikal akan "hilang" jika ditinggalkan semalaman. Tidak kecuali tindakan mensabotaj atau perbuatan nakal termasuk membuang angin tayar motosikal. Inilah Malaysia, negara serba boleh. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Persatuan Penduduk Pangsapuri menyediakan tempat meletak motosikal yang selamat daripada gejala kecurian. Ada pengawal yang membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa. Mungkin boleh dipasang CCTV untuk melihat kegiatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Persatuan Penduduk boleh menyediakan tiang-tiang untuk membolehkan pemilik motosikal merantaikan kenderaan mereka. Mereka juga boleh membeli rantai secara pukal dan menjualnya kepada pemilik pada harga berpatutan atau mampu beli. Bersatu mencegah jenayah. Kreatif menentang jenayah. - motto yang boleh digunakan PDRM. |
| Ibnu Wan Hussin Tue | Jul 03, 07 | 03:49:40 PM | |
| Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian. Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya; “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81) Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual. Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Di dalam kitab kanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37). Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi s.a.w.; “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810) Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi s.a.w. ; “Barang siapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38) Amalan seks sejenis boleh membinasakan negara Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini. Firman Allah; “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36) Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut. Firman Allah; “maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82) Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme. Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia . Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar. Penutup Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam. Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan. |
| Lidah Penghunus Sat | Jul 07, 07 | 07:47:17 AM | |
| Assalamualaikum, Dalam sebuah akhbar perdana semalam disiarkan rungutan daripada pengusaha kem PLKN yang menyifatkan pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem mereka. Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan. “Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan. “Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” Utusan Malaysia - 6 Julai 2007. Jika sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa PLKN yang mereka anjurkan semakin baik, ini adalah satu lagi bukti bahawa PLKN semakin bermasalah dan ianya diakui sendiri oleh pengusaha kem latihan. Sepatutnya PLKN ini mampu untuk mendidik anak-anak muda untuk berdisiplin, tetapi jika inilah yang berlaku baik dimansuh dan ditutup sahaja PLKN dan kem PLKN sama seperti kita menuntut untuk menutup kem tahanan ISA Kemunting. - mks. |