Monday, 23 July 2007 | |
CARSON (California): David Beckham membuat penampilan sulung yang dinanti-nanti bersama Los Angeles Galaxy sebagai pemain gantian pada minit ke-78 dalam perlawanan persahabatan dengan Chelsea kelmarin. Sungguhpun pasukan barunya tewas 0-1 di tangan juara Piala FA England itu, Beckham tetap gembira muncul pada lewat permainan di hadapan para penyokong yang memenuhi stadium. Gol tunggal kemenangan Chelsea dijaringkan kaptennya, John Terry, pada minit ke-49. 'Suasana di stadium yang penuh sesak sungguh hebat. Sememangnya itulah yang mahu kami capai,' bekas kapten England itu memberitahu televisyen ESPN. 'Ini adalah hari gemilang bagi kelab ini kerana bermain menentang sebuah kelab handalan seperti Chelsea.' Bagaimanapun, beliau prihatin terhadap kecederaan pada buku lalinya itu. 'Saya gembira kerana dapat bermain tetapi saya tidak cergas. Saya belum berlatih sejak tiba di sini,' jelas bintang berusia 32 tahun itu. 'Buku lali saya bengkak dan ia tidak akan pulih dalam masa seminggu dua ini.' Presiden dan pengurus besar Galaxy, Alexi Lalas, memberitahu ESPN: 'Ia adalah proses jangka panjang dan kami mahu memastikan David cergas 100 peratus. 'Kami mempunyai perlawanan minggu depan, bulan depan dan seterusnya lima tahun akan datang. Semua orang akan berpeluang menyaksikan David Beckham di sini dan serata negara ini.' Galaxy membayar AS$32.5 juta kepada Real Madrid bagi kontrak lima tahun untuk membawa Beckham ke sini dan bintang England itu merupakan salah seorang daripada tujuh pemain gantian yang diturunkan ketua jurulatih, Frank Yallop. Isteri dan bintang pop Beckham, Victoria, turut menyaksikan perlawanan di tempat duduk korporat dengan ditemani aktres Katie Holmes, isteri aktor Tom Cruise. Selebriti lain yang turut menyaksikan perlawanan itu termasuk Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, aktres Amerika, Eva Longoria dan Jennifer Love Hewitt. Beckham tidak muncul di padang semasa rakan-rakan sepasukannya dalam Galaxy memanaskan badan mereka menjelang perlawanan. Beliau hanya menyertai rakan-rakannya di bangku simpanan sejurus sebelum perlawanan bermula dengan menerima sorakan gemuruh. Sebaik saja Beckham duduk di samping rakan-rakan simpanan, beliau di kelilingi 100 jurugambar bagi merakamkan gambar-gambar terbaik mereka. Beckham mengalami kecederaan buku lali semasa mewakili England dalam perlawanan Euro 2008 menentang Astonia bulan lalu, dan keadaannya bertambah buruk apabila membuat penampilan terakhir bersama Real 11 hari kemudian. BHS |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 July, 2007
27 ribu termasuk selebriti saksi aksi pertama Beckham bersama LA Galaxy
Malaysiaku..hiburan sana sini
Posted on Monday, July 23 @ 12:47:01 MYT by greenboc
Oleh Dr Fikrah
Glamor: KL tempat singgah artis antarabangsa
KUALA Lumpur terus menjadi destinasi persinggahan popular artis antarabangsa untuk menjayakan konsert, mahu pun siri promosi album di Asia Tenggara. Bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, kedatangan nama terkenal ini turut membantu memperkenalkan lagi negara ini sebagai antara destinasi pelancongan dunia yang menawarkan pelbagai keistimewaan.
Kestabilan politik serta sikap terbuka penggemar muzik tempatan terhadap pengaruh muzik luar meyakinkan nama besar yang sedang menyerlah di persada seni antarabangsa untuk memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi utama dalam siri konsert penjelajahan mereka.
Terbaru, penyanyi yang muncul dengan album solo keduanya, The Sweet Escape, Gwen Stefani bakal menghangatkan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 21 Ogos ini dalam rangkai konsert jelajahnya di seluruh dunia.
Dibawakan ke Kuala Lumpur oleh Hotlink, Gwen Stefani The Sweet Escape 2007 turut menyaksikan penyanyi yang melancarkan jenama pakaiannya sendiri, L.A.M.B itu beraksi di tiga lokasi Asia lain iaitu Singapura, Bangkok dan Hong Kong sebelum terbang ke Honolulu pada 24 Ogos.
Ikon pop dan fesyen ini bermula sebagai penyanyi utama kumpulan No Doubt. Bagaimanapun, pada 2004, dia mengambil keputusan untuk bergerak solo dengan menghasilkan album, Love. Angel. Music. Babe.
Album itu berjaya mencecah jualan melebihi tujuh juta salinan seluruh dunia dengan lagu popular seperti Rich Girl dan Hollaback Girl.
Bagaimanapun, lokasi konsert masih belum ditetapkan. MCR dibarisi Gerard Way (vokalis), Ray Toro, Frank Iero (gitar), Mikey Way (bass) dan Bob Bryar (dram). Kumpulan ini mula menerima perhatian peminat selepas album kedua mereka, Three Cheers for Sweet Revenge dipasarkan pada 2004.
Nama mereka semakin kukuh apabila lagu seperti I’m Not Okay (I Promise), Helena dan The Ghost Of You menjadi hit. Antara kumpulan rock terunggul dekad ini, MCR melakar pencapaian membanggakan apabila album mereka dijual melebihi dua juta salinan.
Oktober lalu, mereka sekali lagi mencetus fenomena dengan kelahiran The Black Parade. Meledak dengan lagu Welcome To The Black Parade, produksi itu turut menerima pencalonan daripada majalah Rolling Stone sebagai Top 50 Album yang dihasilkan pada 2006.Kali terakhir menjayakan persembahan di Arena Of Stars, Genting Highlands, dua tahun lalu, kumpulan yang begitu popular sekitar 1990-an, Michael Learns To Rock kembali menjadikan lokasi itu sebagai pilihan.
Bakal menjayakan dua siri persembahan pada 13 dan 14 Julai ini, Malaysia adalah destinasi persinggahan ketiga di Asia selepas Hong Kong dan Taiwan. Kumpulan popular Denmark ini bakal menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan mereka tahun depan.
Turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert ialah penyanyi pop opera, Josh Groban yang dijadualkan beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 Oktober ini. Penyanyi yang pernah membuat kemunculan dalam siri komedi popular, Ally McBeal, melahirkan album perdana pada 2001. Kehebatan vokal yang disalurkan lewat lagu To Where You Are, You’re Still You dan You Raised Me Up, Groban mengukuhkan penguasaan namanya di persada seni dengan kelahiran album kedua, Closer pada 2003.
Kedatangannya ke Kuala Lumpur adalah sebagai lanjutan daripada siri persembahannya yang bermula di empat bandar utama di Australia merangkumi Sydney, Melbourne, Brisbane dan Adelaide.
Turut digembar-gemburkan bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur ialah bekas anggota kumpulan remaja popular, N’ Sync yang sedang meniti kecemerlangan dalam kerjaya solonya, Justin Timberlake.
Raja pop generasi baru yang meraih dua trofi Anugerah Grammy menerusi album, FutureSexLoveSounds itu dijadualkan membuat persembahan sulungnya di Stadium Negara pada 27 Oktober depan.
Artis simbol seks keturunan Lubnan, Nancy Ajram juga menjadi pilihan promoter tempatan untuk mengadakan konsert sulungnya di negara ini. Bakal beraksi di Bukit Kiara Equestrian pada 4 Ogos depan, penyanyi yang baru menghasilkan album khusus untuk kanak-kanak akan mempersembahkan himpunan lagu popularnya dalam sebuah persembahan yang mengasyikkan.
Artis luar lain yang pernah mengadakan persembahan di negara ini sepanjang 2007 ialah Il Divo di KLCC pada 16 Januari lalu, Muse (25 Februari), 3 Diva membariskan tiga penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ (25 Mac), Earth, Wind & Fire (6 April), Kanye West (8 April), Good Charlotte (21 April) dan Agnes Monica (23 Jun).
Kajian Apek Ttg Couple
Sebuah Kajian di Pusat Membelibelah
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..
Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo.
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..
Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo.
Pak Lah sendiri akan periksa sungai belakang rumah datuknya
Monday, 09 July 2007 | |
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau sendiri akan pergi melawat dan memeriksa tahap kebersihan sungai di belakang rumah datuknya di Kampung Perlis, Bayan Lepas di sini, untuk melihat bagaimana keadaan sungai itu sekarang. Katanya beliau diberitahu bahawa kerja-kerja di kuari berhampiran dengan sungai itu, yang dikatakan menjadi punca sungai berkenaan tercemar, sudah dihentikan. "Dahulu semasa saya pergi ke rumah datuk saya di Kampung Perlis, saya akan mandi di sungai itu, dan (sekarang) saya akan pergi lawat sendiri," katanya semasa berucap merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini hari ini. Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa sungai di belakang rumah asal ibunya Datuk Kailan Hassan di kampung berkenaan tercemar teruk akibat kerja-kerja di sebuah kuari berhampiran. Bagaimanapun beberapa hari selepas pendedahan itu, kerajaan negeri terus bertindak menghentikan kerja-kerja di kuari berkenaan, dan mula mengambil langkah segera membersihkan sungai itu. Abdullah seterusnya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang supaya meningkatkan usaha menjaga kebersihan bagi mengekalkan imej "Pulau Mutiara" sebagai destinasi pelancong dunia, dan menurutnya beliau dapati sudah ada perubahan dalam usaha-usaha menjaga kebersihan, dengan beberapa kawasan seperti Teluk Bahang kini sudah pulih dari pencemaran. - BERNAMA |
Zam cipta lirik lagu sebagai penghargaan kekuatan jiwa Saleem
Sunday, 08 July 2007 | |
MENTERI Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata beliau mencipta lirik lagu untuk Saleem sebagai menghargai kekuatan jiwa penyanyi itu untuk meninggalkan dadah. Katanya daripada pengamatan beliau sejak beberapa bulan lepas, Saleem kini berada pada peringkat yang meyakinkan untuk berpisah daripada dadah. "Dulu dua orang artis yang dikenalpasti sebagai penagih dadah telah ditemuramah oleh RTM, tetapi saya dapati Saleem telah menunjukkan sikap yang amat jelas sebagai seorang yang telah insaf. "Beliau telah menepati semua temujanji dengan RTM dan untuk mengadakan pertunjukan-pertunjukan yang dirancang untuknya oleh RTM," katanya kepada Bernama di sini. Zainuddin berkata bukan semua bekas penagih yang benar-benar boleh menepati janji kerana kebanyakan daripada mereka hanya dapat berjanji tetapi hasilnya adalah mengecewakan. "Saya yakin akhirnya Saleem akan berjaya keluar daripada perangkap dadah," katanya. Menteri itu berkata beliau menyedari bahawa masalah yang sering dihadapi oleh bekas penagih dadah ialah rasa terhina, seolah-olahnya mereka dipandang rendah oleh masyarakat. "Tetapi sebenarnya orang ramai memandang tinggi terhadap mereka yang menunjukkan komitmen untuk mengawal diri dan tidak kembali kepada dadah," katanya. Menteri itu berkata beliau telah berjanji kepada Saleem untuk akan memberi banyak peluang kepada penyanyi itu membuat rakaman TV di RTM serta menyertai pertunjukan konsert anjuran RTM termasuk di luar negara seperti di Singapura, apabila Saleem telah sampai ke peringkat yang meyakinkan. Beliau berharap orang ramai akan turut menyokong usaha bekas penagih untuk meninggalkan dadah dan kembali ke pangkuan masyarakat. Sebuah akhbar bari ini melaporkan bahawa Zainuddin telah mencipta lirik untuk dua buah lagu yang dimuatkan dalam album solo terbaru Saleem, yang dijangka dipasarkan menjelang sambutan Aidilfitri ini. Menteri itu mencipta lirik untuk lagu ciptaan komposer Datuk Ahmad Nawab dan Ketua Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail berjudul "Alam Cinta" dan "Sepi Sekali". - BERNAMA |
Dunia baru Mel selepas Wings
Sunday, 08 July 2007 | |
Mel dengan imej baru Salinan dari Berita Harian Singapura NAMANYA Ismail Zainuddin. Tentu ramai tidak kenal kerana beliau lebih dikenali sebagai Mel, bekas penyanyi utama kumpulan Wings yang menggantikan Awie ketika artis itu meninggalkan kumpulannya. Tapi dengan Wings pun tidak lama. Beliau tinggalkan kumpulan itu dan menyepi diri selama 10 tahun. Hari ini, Mel kembali memperkenalkan album barunya, sebuah album solo berjudul ‘Dunia Baru’.Menariknya tentang Dunia Baru, ia berkonsepkan rock tetapi sarat dengan mesej tentang ketuhanan. Wah, apa yang berlaku kepada anak Teluk Intan ini? Tentu anda ingin mengetahui apa yang merubah Mel menjadi orang baru? Sebentar lagi, saya akan berkongsi kisah menarik tentang Mel dengan ‘Dunia Baru’ bersama anda. Geng Batu Giling Productions Saya menemui Mel, yang kini bergerak secara berjemaah bersama beberapa rakannya dalam Batu Giling Productions termasuk penerbit eksekutif, Hussein Ali dan Shanazron, penerbit dan jurutera rakam yang pernah menerbitkan album Teacher’s Pet. “Jemaah itu rahmat, berpecah itu bala,” ujar penyanyi rock berusia 41 tahun itu membuka bicara. Beliau hanya mengenakan jeans dengan baju putih, menyerlahkan wajah bersihnya. Kebetulan pertemuan kami berlaku selepas solat maghrib. Setiap orang ada cara dakwahnya, seperti juga Akhil Hai dan Azmil Mustapha. Cara Mel adalah melalui lagu rock. Adalah tidak sukar sebenarnya untuk memahami mengapa beliau memilih untuk berdakwah melalui muzik. Cara beliau dibesarkan memungkin semua itu. Bapanya adalah imam masjid manakala ibunya mengajar kanak-kanak mengaji. Beliau sendiri selalu bersama-sama bapanya ke masjid, menjadi tukang azan bila masuk waktu. “Soal hidayah bagi saya ia datang pada 1996. Masa dengan Wings mengajar saya banyak tentang hiburan. Saya sendiri boleh rasa bezanya, mungkin masa itu saya sudah dapat hidayah. “Masa itu saya duda beranak dua. Saya terfikirkan apa akan jadi pada mereka berdua, tentu akan kecundang kerana hiburan ini boleh membawa kita dekat dengan maksiat. Kalau kita ini tidak pandai elak, kita akan sesat. Makin lama makin jauh dan bila kita sudah keras, kita jadi tidak ingat Tuhan. Di situlah bila tidak ada keyakinan, akan hanyut dan sesatlah hidup ini. Ini bukan pandangan fanatik saya, tapi inilah punca segala penyakit sosial kita hari ini. Seks bebas, rogol menjadi-jadi sebab perasaan takut pada Tuhan sudah tidak ada kerana kita tidak bersandarkan pada Allah,” kata Mel yang juga belajar tasauf. Menurutnya, selepas meninggalkan Wings, selama 10 tahun beliau berusaha membuat kerja lain. Beliau mencuba bermacam jenis perniagaan secara kecil-kecilan. Dari niaga batu cincin, kain pelikat dan jual durian di sekitar Ampang hinggalah membuka kedai makanan laut di Teluk Intan kerana beliau bukan saja suka bahkan pandai memasak. Hari ini, kedai makan di Teluk Intan masih kekal dikendalikan oleh kakaknya. “Yang penting adalah buat apa saja yang termampu, yang halal dan saya tidak malu melakukannya. Bayangkan dari penyanyi glamour menjadi penjual durian di kaki lima. Tapi apa salahnya, tidak ada apa yang mesti disegankan kerana segan itu, adalah pujukan syaitan, supaya kita jadi orang sombong.” Bersambung bahagian kedua Selasa 10 Julai 2007 Rencana ini adalah tulisan Saodah Ismail untuk kolum Salam dari KL yang disiarkan setiap Ahad oleh Berita Harian Singapura. - Pengarang |
Melabur Dalam Amanah Saham : Wajarkah Meminjam?
Salam sejahtera.
Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana amanah saham berharga tetap.
Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.
Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!
Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% ( 6.65% dengan KPA semasa 6.75%).
Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.
Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?
Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.
Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:
Jumlah pinjaman : RM 50,000.00
Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)
Bayaran balik sebulan : RM 377.22
Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)
Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?
Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :
Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )
Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80
Keuntungan bersih : RM 245,842.20
Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?
Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;
Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22
Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)
Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)
Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )
Perbezaan:
Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)
Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)
beza : RM 27,260.07
Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?
Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.
Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?
Tidak perlu bersusah payah.
Masih bank yang sama.
Masih kaunter bank yang sama.
Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.
CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman
Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!
Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!
CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.
UNTUNG: RM 27,260.07 !!!
Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?
*dipetik dari blog Pelaburan Amanah Saham
Source
Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana amanah saham berharga tetap.
Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.
Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!
Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% ( 6.65% dengan KPA semasa 6.75%).
Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.
Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?
Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.
Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:
Jumlah pinjaman : RM 50,000.00
Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)
Bayaran balik sebulan : RM 377.22
Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)
Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?
Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :
Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )
Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80
Keuntungan bersih : RM 245,842.20
Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?
Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;
Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22
Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)
Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)
Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )
Perbezaan:
Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)
Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)
beza : RM 27,260.07
Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?
Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.
Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?
Tidak perlu bersusah payah.
Masih bank yang sama.
Masih kaunter bank yang sama.
Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.
CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman
Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!
Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!
CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.
UNTUNG: RM 27,260.07 !!!
Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?
*dipetik dari blog Pelaburan Amanah Saham
Source
Renung-renunglah dan selamat beramal..
renungkan lah kawan2 ku sekalian:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)......
TETAPI...
KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... .
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan
pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang
kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga
kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang
pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang
40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
infiniti...
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di
dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada
hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
p/s: Kalau rajin...hmmm. .kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini
kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Risiko berkahwin dengan programmer
Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "
Kenderaan exco ditahan, penduduk bantah cadangan ternak ayam
Salman Hussin Tue | Jul 24, 07 | 05:52:00 PM | |
LABIS, 24 Julai – Lebih 10 ribu penduduk di beberapa kampung dekat sini, mendakwa Kerajaan Negeri telah membenarkan sebuah syarikat ladang ternakan ayam beroperasi secara besar-besaran di atas tapak seluas 200 ekar berhampiran kampung mereka. Dakwaan penduduk ini tambah berasas lagi apabila Exco Kerajaan Johor, Ahmad Zahri Jamil, mengadakan lawatan ke kawasan terbabit di Kampung Tenang, baru-baru ini, turut mengiringi beliau Adun Tenang, Dato’ Sulaiman Taha serta beberapa pegawai kerajaan lainnya. Penduduk yang mendapat maklumat berhubung lawatan ini telah berkumpul sejak awal pagi menunggu kehadiran rombongan diketuai Ahmad Zahri yang akan melawat ke tapak tersebut. Kehadiran berpuluh-puluh penduduk yang mewakili beberapa kampung terbabit telah menahan kenderaan dinaiki beliau, ini memaksa beliau turun dari kenderaan dan bersemuka dengan penduduk. Beliau yang ditanya penduduk berhubung cadangan pembinaan ladang ternakan ayam ini bagaimana pun telah menafikan perkara ini. Beliau memberitahu, "Kerajaan Negeri telah pun menolak permohonan syarikat ini, isu ladang ternakan ayam ini tidak timbul lagi kerana kerajaan telah pun membatalkan cadangan ini. Bagaimanapun timbul rasa sangsi di kalangan penduduk apa tujuan sebenar beliau melawat tapak ini jika tiada tujuan tertentu. Ketika diajukan persoalan ini, Ahmad Zahri memberitahu, lawatan ini dibuat untuk mempastikan tapak ini digunakan sebagai padang ragut untuk ternakan lembu sepenuhnya, bukan untuk kegunaan lain seperti tanaman kelapa sawit atau lain-lainnya. Difahamkan tapak seluas 200 ekar milik Jabatan Haiwan ini telah diberikan kepada seorang pengusaha ternakan lembu sejak tujuh tahun lalu, dianggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 100 ekor lembu milik pengusaha ini. Pengusaha ternakan lembu ini sudah tentu akan berhadapan dengan masalah sekiranya tapak ini diberikan kepada pengusaha ladang ternakan ayam ini. Sementara itu rata-rata penduduk yang ditemui bimbang sekiranya projek ini diteruskan juga sudah tentu akan mengundang berbagai masalah kepada penduduk beberapa kampung berhampiran. Selain kedudukannya yang terlalu hampir dengan rumah penduduk yang jaraknya cuma sekitar 100 meter sahaja, ianya juga akan menyebabkan pencemaran air sungai berhampiran sekiranya sistem rawatan air kumbahan najis ayam ini tidak dilakukan dengan betul. “Kami juga bimbang suatu hari nanti kampung kami tidak lagi ‘tenang’ disebabkan lalat yang berpunca dari reban ayam ini,"jelas seorang penduduk yang ditemui. Sehubungan itu penduduk mendesak kerajaan membatalkan projek ini, walaupun penduduk dijanjikan dengan peluang pekerjaan namun ianya tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana pengusaha ayam ini sudah tentu lebih berminat untuk mengambil pekerja asing yang boleh dibayar gaji pada kadar yang rendah berbanding rakyat tempatan. - mks. |
Eropah, AS bertembung isu sekatan Iran
Tue | Jul 24, 07 | 11:59:33 AM
Rusia dan China, dua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini tidak sehaluan dan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam cara menangani Iran, menghalang sekatan lebih komprehensif terhadap Tehran.
Moscow dan Beijing masih menjadi penghalang utama kepada Washington dalam usahanya mengenakan sekatan lebih menyeluruh ke atas Iran.
Kini, AS terpaksa berdepan cabaran baru dalam kempennya meningkatkan tekanan ke atas Iran. Di Eropah, beberapa institusi kewangan dan bank semakin tertekan dengan desakan AS supaya mengurangkan atau menamatkan aktiviti di Iran.
AS telahpun mempunyai undang-undang yang membolehkan tindakan dikenakan ke atas syarikat asing yang melabur melebihi AS$40 juta dalam pembangunan sumber petroleum di Iran. Kini, kongres AS sedang berusaha meningkatkan lagi tekanan ke atas syarikat yang berurusan di Iran.
Majlis Keselamatan PBB telah mengenakan sekatan ekonomi dan perjalanan ke atas Iran yang agak terhad. Sekatan yang lebih menyeluruh sehingga kini tidak dapat dikenanakan kerana tidak dipersetujui Rusia dan China.
Melalui undang-undang baru yang sedang dicadangkan, Iran boleh menghadapi tekanan teruk walaupun tanpa sekatan PBB. Tom Lantos, pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Dewan Perwakilan AS dilapor berkata, "Matlamat kita ialah pelaburan asing sifar (di Iran.)"
Cadangan baru itu menimbulkan kemarahan institusi kewangan dan bank Britain dan Eropah yang telah menjadi mangsa tekanan Washington itu. isu ini mungkin boleh berlanjutan sehingga mendorong Eropah bertindak balas.
Tindakan keras ini mampu menjejaskan hubungan AS dengan sekutunya di Eropah, terutama Britain yang marah kerana aktiviti banknya di Iran diambil alih oleh syarikat Eropah lain yang tidak tunduk kepada tekanan AS. Eropah kini sedang melobi menentang rang undang-undang itu daripada diluluskan. Kempen mendesak bank asing berurusan di Iran ini juga dilakukan secara senyap-senyap oleh Washington, untuk cuba tidak menjejaskan hubungan dengan Eropah.
Tekanan Washington telah terbukti mampu mendatangkan kesan yang dikehandaki, lebih daripada apa yang mampu dihasilkan daripada sekatan PBB. Beberapa institusi kewangan dan bank Eropah telah mengurangkan atau menamatkan aktiviti mereka di Iran. Tetapi Washington mahu tekanan lebih kuat dikenakan.
Kebanyakan bank terbabit turut mempunyai cawangan di AS, yang tertakluk kepada tindakan yang boleh menjejaskan mereka.
Mei tahun lalu, semasa kempen ini baru dimulakan, empat bank terbesar Eropah, UBS, Credit Suisse, ABN Amro dan HSBC mula mengurangkan aktiviti di Iran, dan mendedahkan aktiviti mereka di negara itu. Bank-bank tersebut berdepan risiko dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang antiterorisme dan perbankan. Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, institusi kewangan terbabit boleh dikaitkan dengan bekerjasama dengan rejim yang menyokong terorisme.
UBS dari Switzerland dan ABN Amro dari Belanda pernah didenda masing-masing AS$100 juta dan AS$80 juta kerana berurusan dengan Iran dan Libya, melanggar sekatan ke atas negara tersebut.
Sejak itu, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara AS meneruskan dan meningkatkan kempen menghalang institusi kewangan dan bank Eropah daripada berurusniaga di Iran, walaupun dilaporkan Jabatan Negara tidak bersetuju dengan langkah terbaru meningkatkan tekanan terhadap Eropah.
Sekarang, lebih 40 institusi kewangan dan bank dari seluruh dunia termasuk bank besar Eropah seperti Standard Chartered dari Britain dan Commerzbank dari Jerman telah menghentikan atau mengurangkan operasi di Iran, dan mendatangkan kesan yang dikehendaki AS.
Menurut laporan media, ada pemerhati berpendapat disebabkan harga minyak tinggi yang merupakan sumber pendapatan kerajaan Iran, kesan halangan itu tidak seberapa. Tetapi, kemudian dilaporkan tindakan itu telah menyukarkan import dan menghalang kemasukan pelabur ke Iran.
Pentadbiran George W Bush juga pernah mengeluarkan amaran kepada syarikat yang melabur dalam sektor minyak dan gas di Iran. Peminggiran Iran dari sistem perdagangan global melalui cara ini mampu mendatangkan kesan, antaranya kerana melibatkan banyak pihak.
Bagaimanapun, Iran tidak berdiam diri menghadapi tekanan AS ini. Satu tindakan Tehran ialah mengurangkan peranan dolar AS sebagai matawang perdagangan minyak. Terbaru, sebuah syarikat Jepun telah bersetuju untuk berurusniaga dengan Iran menggunakan matawang yen, mengurangkan pegangan dolarnya. Iran sebagai salah sebuah negara pengeksport minyak utama dunia mampu mengajak negara yang membeli sumber minyaknya untuk tidak menggunakan dolar.
Walaupun berdepan tekanan, Rusia, China dan beberapa negara lain seperti Perancis terus mahu terlibat dalam sektor tenaga Iran, atas alasan keselamatan bekalan tenaga yang perlu diutamakan untuk kepentingan negara. Walaupun dikenakan sekatan, banyak pihak mahu melabur di Iran kerana sumber minyaknya yang banyak.
Hal ini memperlihatkan cabaran kepada AS yang sering mengaitkan perdagangan dengan politik, dan negara-negara sekutunya yang mahu bekerjasama dengan AS tetapi tidak mahu mengorbankan terus peluang pelaburan di Iran.
AS telah berjaya mencapai beberapa matlamat melalui kempen ini, tetapi turut disertai tentangan yang semakin kuat dari sekutunya di Eropah. Masa akan menentukan setakat mana tentangan Eropah ini. - mks.
Anti-virus percuma mana yang terbaik?
Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.
Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.
Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.
Saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana ia tidak termampu oleh kebanyakan pengguna dan saya tidak menggalakkan sebarang penggunaan perisian yang di"crack"kan kerana pada bila-bila masa perisian yang di pecahkan koding itu boleh berinteraksi dengan pemiliknya melalui fail rahsia yang tidak disedari oleh penggunanya.
Saya membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang berisi lebih 15GB data setiap satu.
Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang kurang saya gemari.
AOL ACTIVE VIRUS SHIELD
Site: http://www.activevirusshield.com
Saiz : 14,263 kb
Nilai :
Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.
Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.
AVAST 4 HOME EDITION
Site: http://www.avast.com
Saiz : 13013 kb
Nilai :
Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.
BITDEFENDER 8 FREE EDITION
Site: http://www.bitdefender.com
Saiz : 13493 kb
Nilai :
BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.
AVIRA ANTIVIRUS
Site: http://www.free-av.com/
Saiz : 14076 kb
Nilai :
Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.
AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com
Nilai :
Ukuran : 12.7 MB
Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.
Source
Luar Negara: Kemenangan AK di Turki hasil sokongan padu rakyat
Zaini Hashimi Tue | Jul 24, 07 | 02:54:49 PM | |
Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen yang telah diadakan pada 23 Julai lalu. Kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat Turki yang keluar mengundi tidak ragu-ragu untuk memastikan Parti AK mencapai kememangan mutlak agar sistem pentadbiran negara dapat dijalankan berasaskan Islam walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak yang cuba menggagalkan kemenangan AK. Pelbagai lapisan rakyat sokong kemenangan AK Dalam laporan akhbar arus perdana Turki, Cumhuriyet menyebut, bahawa pilihan raya kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang Yahudi, Kurdis, golongan remaja dan penyokong Parti Saadat memberi undi buat AK untuk menang besar dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun. Menurut laporan itu lagi, terdapat sebelas parti yang bertanding dari pelbagai aliran kefahaman setelah berjaya mengikut peraturan sistem pilihan raya Turki yang mewajibkan setiap parti yang bertanding meraih sokongan sepuluh peratus dari suara pengundi. Calon setiap parti dipilih oleh pucuk pimpinan masing-masing untuk bertanding atau calon-calon itu dipilih berdasarkan pemilihan dalam pertandingan antara anggota parti masing-masing, bagi yang menang barulah dicadangkan untuk mewakili parti dalam pilihan raya peringkat kebangsaan. Keputusan penuh pilihan raya parlimen yang diumumkan SPR Turki semalam yang menawarkan 550 kerusi untuk dipertandingkan, tetapi hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi, Parti Republik Rakyat (Sekular) - 112 kerusi, Parti Gerakan Perkauman (Nasionalis) - 70 kerusi dan Parli Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) sebanyak 27 kerusi. Kemenangan AK tanda sokongan rakyat kepada Islam Dalam sidang akhbar sejurus pengumuman keputusan, Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan berjanji kepada para pengundi dan penyokong parti AK khasnya, bahawa pihaknya tidak akan berganjak dari merealisasikan prinsip asasi bagi sebuah negara republik, terutamanya bagi memulihkan sistem ekonomi dan demokrasi dalam pelbagai aspek. Keyakinan itu disampaikan kepada para pengundi bagi menyatakan bahawa parti AK akan terus memelihara nilai dan penghormatan kepada semua rakyat berasaskan semangat republik yang bertunjangkan aliran Sekular, namun kenyataan beliau itu hanyalah sebagai satu cara bagi meredakan kemarahan para pengundi dari berbagai-bagai aliran kefahaman, kaum dan pegangan yang menyokong AK. Perangkaan analisa keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa parti AK pimpinan Erdogan mendapat sokongan tambahan yang memberangsangkan berbanding pilihan raya 2002 yang hanya meraih 90 kerusi parlimen di banyak wilayah yang melayakkan AK membentuk kerajaan baru yang lebih mantap. Keputusan pilihan raya 2007 menunjukkan bahawa AK memperolehi kenaikan sokongan 12 peratus berbanding pilihan raya 2002, ini menunjukkan bahawa imej isteri Erdogan dan Abdullah Gul yang bertudung tidak menghalang sokongan pengundi kepada Islam walaupun rakyat Turki umumnya mendapat pembelajaran sistem Sekular sejak puluhan tahun selepas Turki jatuh ke tangan pengkhianat Islam Mustafa Kamal Attartuk pada 1924. Kemenangan AK juga terserlah di beberapa wilayah yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam seperti di wilayah Samsun dengan meraih 57 peratus, Ordu 54 peratus, Rize 53 peratus, Kastamonu 39 peratus dan Sinub 43 peratus. Peranan media yang adil beri kemenangan pada AK Media di Turki sama ada yang bersifat cetak atau eletronik mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat di Turki, ia dianggap oleh para pemerhati politik sebagai kuasa keempat selepas presiden, perdana menteri dan timbalannya. Media di Turki juga dianggap mempunyai kuasa yang amat berkesan seperti al-Quran oleh sesetengah individu masyarakatnya, justeru tidak hairanlah ia ditatap setiap hari seperti kitab suci al-Quran itu sendiri. Di Turki, terdapat kira-kira 3,500 akhbar cetak dan lebih 300 stesen televisyen dari pelbagai aliran dan pendekatan, masing-masing menyiarkan laporan berita yang penuh dengan semangat keadilan dan jauh dari sifat penipuan, ini kerana apabila bahan yang disiarkan itu tidak tepat atau terdapat penyelewengan, maka ia akan dipulaukan, akibatnya ia tidak akan disokong oleh orang ramai dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian kos serta membayar gaji pekerja. Dalam isu pilihan raya, setiap media menyediakan bahan segar dan tepat buat pengetahuan orang ramai, mereka melakukan pertimbangan wajar hingga kebenaran berpihak kepada Perdana Menteri, Erdogan yang banyak melakukan perubahan sepanjang lima tahun pemerintahan, jika terdapat laporan yang tidak tepat, maka media yang menyediakannya mendapat kritikan dan menanggung risiko. Dalam laporan mengenai sepanjang perjalanan pilihan raya, setiap media melaporkan kebaikan Parti AK pimpinan Erdogan yang peka dan prihatin terhadap isu rakyat dalam pelbagai aspek, ia bukan sahaja menjadi bahan kempen pilihan raya oleh media, malah sebagai realiti yang telah dibuktikan sepanjang memerintah selama lima tahun, laporan berkenaan menjadi batu loncatan kepada kemenangan AK. Justeru, menurut beberapa ketua pengarang media cetak terkemuka di Turki, menyebut bahawa bedah siasat yang dijalankan pada pilihan raya kali ini, mendapati bahawa laporan media cetak dan eletronik telah menjalankan tugas media sebenar dalam laporan yang dihasilkan, ia bukan sahaja memenuhi berita atau kempen parti memerintah, malah semua parti yang bertanding juga mendapat liputan meluas dilakukan oleh pihak media dengan adil dan saksama walaupun kelemahan Erdogan terpaksa didedahkan tanpa sebarang ugutan. Masa depan Islam di Turki cerah Menurut para pemerhati politik, Islam akan kembali cerah dengan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK), walaupun Erdogan terpaksa menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan tetap menerapkan sistem sekular dalam pentadbiran negara, namun ia sebagai satu kaedah bagi meredakan kemarahan rakyat yang sudah sebati dengan fahaman tersebut yang disifatkan sebagai tidak Islam dalam semua hal. Cabaran yang menanti calon-calon AK amat berat dalam menyampaikan risalah Islam selepas dibentuk kerajaan baru, persoalannya di sini, apakah benar semua calon-calon AK mempunyai wawasan yang sama seperti yang dimiliki oleh Erdogan, Abdullah Gul atau Dr Nejmetin Erbakan. Jika masing-masing berperanan dan memahami tanggungjawab selepas dipilih dalam pilihan raya, maka tugas untuk mentarbiah rakyat sedikit demi sedikit ke arah memahami Islam akan dapat diterima, tidak mustahil satu hari nanti Islam akan dapat diterima sebagai cara hidup rakyat Turki secara menyeluruh, tidak kira dari golongan yang mahukan Islam, Sekular, Yahudi, golongan remaja, wanita yang tidak bertudung dan lain-lain, kerana Allah SWT menjanjikan yang terbaik kepada hamba-Nya yang mahukan agama-Nya tertegak di muka bumi ini. - mks. |
Subscribe to:
Posts (Atom)