adsense

25 July, 2007

Pak Lah sendiri akan periksa sungai belakang rumah datuknya




PDF Print E-mail
Monday, 09 July 2007

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau sendiri akan pergi melawat dan memeriksa tahap kebersihan sungai di belakang rumah datuknya di Kampung Perlis, Bayan Lepas di sini, untuk melihat bagaimana keadaan sungai itu sekarang.

Katanya beliau diberitahu bahawa kerja-kerja di kuari berhampiran dengan sungai itu, yang dikatakan menjadi punca sungai berkenaan tercemar, sudah dihentikan.

"Dahulu semasa saya pergi ke rumah datuk saya di Kampung Perlis, saya akan mandi di sungai itu, dan (sekarang) saya akan pergi lawat sendiri," katanya semasa berucap merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini hari ini.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa sungai di belakang rumah asal ibunya Datuk Kailan Hassan di kampung berkenaan tercemar teruk akibat kerja-kerja di sebuah kuari berhampiran.

Bagaimanapun beberapa hari selepas pendedahan itu, kerajaan negeri terus bertindak menghentikan kerja-kerja di kuari berkenaan, dan mula mengambil langkah segera membersihkan sungai itu.

Abdullah seterusnya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang supaya meningkatkan usaha menjaga kebersihan bagi mengekalkan imej "Pulau Mutiara" sebagai destinasi pelancong dunia, dan menurutnya beliau dapati sudah ada perubahan dalam usaha-usaha menjaga kebersihan, dengan beberapa kawasan seperti Teluk Bahang kini sudah pulih dari pencemaran. -
BERNAMA

No comments:

Blog Widget by LinkWithin