adsense

25 July, 2007

Malaysiaku..hiburan sana sini



Posted on Monday, July 23 @ 12:47:01 MYT by greenboc
Komentar gOleh Dr Fikrah

Glamor: KL tempat singgah artis antarabangsa
KUALA Lumpur terus menjadi destinasi persinggahan popular artis antarabangsa untuk menjayakan konsert, mahu pun siri promosi album di Asia Tenggara. Bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, kedatangan nama terkenal ini turut membantu memperkenalkan lagi negara ini sebagai antara destinasi pelancongan dunia yang menawarkan pelbagai keistimewaan.


Kestabilan politik serta sikap terbuka penggemar muzik tempatan terhadap pengaruh muzik luar meyakinkan nama besar yang sedang menyerlah di persada seni antarabangsa untuk memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi utama dalam siri konsert penjelajahan mereka.

Terbaru, penyanyi yang muncul dengan album solo keduanya, The Sweet Escape, Gwen Stefani bakal menghangatkan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 21 Ogos ini dalam rangkai konsert jelajahnya di seluruh dunia.

Dibawakan ke Kuala Lumpur oleh Hotlink, Gwen Stefani The Sweet Escape 2007 turut menyaksikan penyanyi yang melancarkan jenama pakaiannya sendiri, L.A.M.B itu beraksi di tiga lokasi Asia lain iaitu Singapura, Bangkok dan Hong Kong sebelum terbang ke Honolulu pada 24 Ogos.
.\

Ikon pop dan fesyen ini bermula sebagai penyanyi utama kumpulan No Doubt. Bagaimanapun, pada 2004, dia mengambil keputusan untuk bergerak solo dengan menghasilkan album, Love. Angel. Music. Babe.

Album itu berjaya mencecah jualan melebihi tujuh juta salinan seluruh dunia dengan lagu popular seperti Rich Girl dan Hollaback Girl.

Kumpulan rock, My Chemical Romance (MCR) yang sedang meniti di bibir penggemar muzik menerusi album, The Black Parade bakal mengadakan persembahan di ibu negara pada 9 Disember depan.

Bagaimanapun, lokasi konsert masih belum ditetapkan. MCR dibarisi Gerard Way (vokalis), Ray Toro, Frank Iero (gitar), Mikey Way (bass) dan Bob Bryar (dram). Kumpulan ini mula menerima perhatian peminat selepas album kedua mereka, Three Cheers for Sweet Revenge dipasarkan pada 2004.

Nama mereka semakin kukuh apabila lagu seperti I’m Not Okay (I Promise), Helena dan The Ghost Of You menjadi hit. Antara kumpulan rock terunggul dekad ini, MCR melakar pencapaian membanggakan apabila album mereka dijual melebihi dua juta salinan.


Oktober lalu, mereka sekali lagi mencetus fenomena dengan kelahiran The Black Parade. Meledak dengan lagu Welcome To The Black Parade, produksi itu turut menerima pencalonan daripada majalah Rolling Stone sebagai Top 50 Album yang dihasilkan pada 2006.Kali terakhir menjayakan persembahan di Arena Of Stars, Genting Highlands, dua tahun lalu, kumpulan yang begitu popular sekitar 1990-an, Michael Learns To Rock kembali menjadikan lokasi itu sebagai pilihan.

Bakal menjayakan dua siri persembahan pada 13 dan 14 Julai ini, Malaysia adalah destinasi persinggahan ketiga di Asia selepas Hong Kong dan Taiwan. Kumpulan popular Denmark ini bakal menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan mereka tahun depan.

Turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert ialah penyanyi pop opera, Josh Groban yang dijadualkan beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 Oktober ini. Penyanyi yang pernah membuat kemunculan dalam siri komedi popular, Ally McBeal, melahirkan album perdana pada 2001. Kehebatan vokal yang disalurkan lewat lagu To Where You Are, You’re Still You dan You Raised Me Up, Groban mengukuhkan penguasaan namanya di persada seni dengan kelahiran album kedua, Closer pada 2003.

Kedatangannya ke Kuala Lumpur adalah sebagai lanjutan daripada siri persembahannya yang bermula di empat bandar utama di Australia merangkumi Sydney, Melbourne, Brisbane dan Adelaide.

Turut digembar-gemburkan bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur ialah bekas anggota kumpulan remaja popular, N’ Sync yang sedang meniti kecemerlangan dalam kerjaya solonya, Justin Timberlake.

\

Raja pop generasi baru yang meraih dua trofi Anugerah Grammy menerusi album, FutureSexLoveSounds itu dijadualkan membuat persembahan sulungnya di Stadium Negara pada 27 Oktober depan.


Artis simbol seks keturunan Lubnan, Nancy Ajram juga menjadi pilihan promoter tempatan untuk mengadakan konsert sulungnya di negara ini. Bakal beraksi di Bukit Kiara Equestrian pada 4 Ogos depan, penyanyi yang baru menghasilkan album khusus untuk kanak-kanak akan mempersembahkan himpunan lagu popularnya dalam sebuah persembahan yang mengasyikkan.

Artis luar lain yang pernah mengadakan persembahan di negara ini sepanjang 2007 ialah Il Divo di KLCC pada 16 Januari lalu, Muse (25 Februari), 3 Diva membariskan tiga penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ (25 Mac), Earth, Wind & Fire (6 April), Kanye West (8 April), Good Charlotte (21 April) dan Agnes Monica (23 Jun).

No comments:

Blog Widget by LinkWithin