adsense

25 July, 2007

Zam cipta lirik lagu sebagai penghargaan kekuatan jiwa Saleem




PDF Print E-mail
Sunday, 08 July 2007


MENTERI Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata beliau mencipta lirik lagu untuk Saleem sebagai menghargai kekuatan jiwa penyanyi itu untuk meninggalkan dadah.
Katanya daripada pengamatan beliau sejak beberapa bulan lepas, Saleem kini berada pada peringkat yang meyakinkan untuk berpisah daripada dadah.

"Dulu dua orang artis yang dikenalpasti sebagai penagih dadah telah ditemuramah oleh RTM, tetapi saya dapati Saleem telah menunjukkan sikap yang amat jelas sebagai seorang yang telah insaf.

"Beliau telah menepati semua temujanji dengan RTM dan untuk mengadakan pertunjukan-pertunjukan yang dirancang untuknya oleh RTM," katanya kepada Bernama di sini.

Zainuddin berkata bukan semua bekas penagih yang benar-benar boleh menepati janji kerana kebanyakan daripada mereka hanya dapat berjanji tetapi hasilnya adalah mengecewakan.

"Saya yakin akhirnya Saleem akan berjaya keluar daripada perangkap dadah," katanya.

Menteri itu berkata beliau menyedari bahawa masalah yang sering dihadapi oleh bekas penagih dadah ialah rasa terhina, seolah-olahnya mereka dipandang rendah oleh masyarakat.

"Tetapi sebenarnya orang ramai memandang tinggi terhadap mereka yang menunjukkan komitmen untuk mengawal diri dan tidak kembali kepada dadah," katanya.

Menteri itu berkata beliau telah berjanji kepada Saleem untuk akan memberi banyak peluang kepada penyanyi itu membuat rakaman TV di RTM serta menyertai pertunjukan konsert anjuran RTM termasuk di luar negara seperti di Singapura, apabila Saleem telah sampai ke peringkat yang meyakinkan.

Beliau berharap orang ramai akan turut menyokong usaha bekas penagih untuk meninggalkan dadah dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Sebuah akhbar bari ini melaporkan bahawa Zainuddin telah mencipta lirik untuk dua buah lagu yang dimuatkan dalam album solo terbaru Saleem, yang dijangka dipasarkan menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Menteri itu mencipta lirik untuk lagu ciptaan komposer Datuk Ahmad Nawab dan Ketua Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail berjudul "Alam Cinta" dan "Sepi Sekali". - BERNAMA

No comments:

Blog Widget by LinkWithin