Bagaimana saya mula bertudung- Noor Kumalasari |ISUHANGAT

ISU HANGAT



(Noor Kumalasari, Peragawati dan Penyanyi)

Profesion saya sekarang ialah pengurus rumah tangga. Dahulunya saya penghibur, artis, penyanyi, bintang filem, pelakon drama televisyen dan peragawati. Saya bersekolah di Singapura kemudian di Happy Garden, Petaling Jaya sehingga Tingkatan Lima aliran Perdagangan.
Saya mula berhijab pada usia 40 tahun. Bagi saya kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Saya sentiasa bertudung walaupun di dapur! Inilah yang sebenarnya, bukan lakonan lagi. Sungguh menakjubkan bagaimana kita dapat ketenangan hanya dengan mematuhi perintah Tuhan. Tidak perlu berdalih-dalih lagi. Faktor yang mempengaruhi keputusan saya supaya bertudung ialah sebuah hadis yang mengatakan bagi setiap helai rambut yang terdedah kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Walaupun saya maklum ini hadis daif tapi ia menjadi perangsang kepada saya. Pastinya sumber yang pertama ialah daripada ayat 31 Surah An-Nur yang diterangkan oleh suami saya. Memandangkan ini perintah Tuhan, siapalah kita hendak menyangkalnya.

Suami saya menasihatkan saya supaya menetapkan tarikh untuk mula bertudung. Katanya, “Awak tentukan bila, tapi pohonlah kepada Tuhan semoga dipanjangkan usia sehingga tarikh itu.” Saya memilih saat pulang daripada mengerjakan haji tahun 1997. Saya bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan kesihatan bagi saya mengerjakan umrah pada tahun 1994 dan seterusnya haji di mana saya terpaksa meninggalkan anak keempat saya yang berusia 6 bulan. Pada masa itu, semuanya berlaku dengan pantas, ayah saya telah meninggal dunia di Mekah pada tahun sebelumnya.

Oleh kerana saya dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan seorang artis yang sentiasa berani mencuba gaya baru, tidak ramai yang mengendahkan perubahan itu. Lagipun kami mula kurang menghadiri majlis-majlis, tidak seperti sebelumnya. Jadi tidak ramai yang sedar perubahan ini. Saya jauhi publisiti. Saya telah jalani kehidupan penuh glamour dahulu, cukuplah. Tidak perlu lagi kita mengulangi cara hidup seperti itu lagi. Ada juga yang menganggap perubahan itu disebabkan kami baru balik daripada umrah dan itulah alasannya. Keputusan saya bertudung menerima maklum balas yang negatif, kecuali daripada suami saya. Semua yang lain menganggap saya dipaksa oleh suami saya. Jauh sama sekali! Cara suami saya mengajar saya mengenai Islam membuat saya bertambah-tambah cinta kepada Tuhan. Jika dia memaksa saya membuat sesuatu, mungkin saya akan buat juga tetapi perasaan cinta tentu tidak ada. Sampai setahun jugalah sebelum mereka itu berhenti daripada bertanya saya, “Awak tidak ho’ah?”
Bukan sahaja saya bertudung malah saya rasa saya perlu berpakaian seperti yang dituntut Tuhan. Bajunya mestilah longgar, daripada kain berwarna suram dan tidak jarang, akhirnya muncullah fesyen yang menjadi identity saya – jubah hitam dengan tudung hitam lebar seperti yang dipakai wanita Arab. Kadangkala saya menambah lagi dengan mengenakan abaya pula. Mestilah berani untuk menjadi lain daripada yang lain. Memang dari dulu lagi saya terkenal dengan selalu berpakaian hitam. Jadi saya lakukan semua ini kerana Tuhan, di samping gembira melakukannya.

Salah satu kelebihan berpakaian begini ialah saya sentiasa siap sedia untuk ke masjid. Di mana saja saya berada, apabila terdengar seruan azan, saya terus ke masjid terdekat dan bersembahyang walaupun tidak membawa telekung. Ianya mudah sehinggakan sekarang ini saya sentiasa berwuduk.
Ada juga mereka yang ikhlas yang sukakan penampilan saya sekarang, peminat saya akan datang memeluk saya apabila ternampak saya di tempat awam. Tentulah ini tidak akan berlaku jika saya tidak berubah. Seorang ahli perniagaan memberitahu suami saya, dia merasa terharu apabila saya berkata di televisyen, “Mujurlah Tuhan tidak mencabut nyawa saya semasa saya di kemuncak karier sebagai artis.” Sesetangah rakan selebriti juga ada yang minta saya doakan supaya mereka juga berubah seperti saya suatu hari nanti. Insya Allah, bukan sahaja saya mendoakan mereka, saya juga menangis untuk mereka. Tidak ramai yang tahu impian-impian mereka ini. Di hati mereka, mereka juga insan yang baik.
Saya tidak menerima reaksi negatif daripada yang bukan Islam kerana mereka menghormati agama kita sebagaimana kita menghormati sami-sami Budha yang memakai jubah kuning dalam mencari kesucian. Tidak pula begitu halnya dengan reaksi daripada semua Muslimah kita. Sesetengahnya suka menganggap mereka lebih baik daripada yang lain. Saya tidak memandang rendah kepada mereka. Saya hanya kasihan kepada mereka dan berharap Tuhan akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka supaya mereka sedar apa yang terlepas.

Saya tidak merasa kurang diterima oleh masyarakat umum berbanding wanita yang tidak bertudung. Saya boleh ke mana sahaja dengan bertudung. Tetapi mungkin juga kerana mereka mengenali saya lalu memberikan layanan yang baik. Tetapi sebenarnya personaliti di sebalik tudung itulah yang ‘berinteraksi’ dengan manusia. Tidak ada sesiapa yang menekan saya supaya bertudung, ia datang daripada desakan hati saya sendiri, bukannya tekanan luaran. Sebaliknya saya ada menerima tekanan supaya tidak bertudung, iaitu daripada pengeluar filem dan adik- beradik perempuan saya.
Jenis pakaian pilihan saya ialah jubah hitam seperti wanita Arab. Sebelum ke Mekah saya tidak sukakan tudung. Waktu itu saya anggap cara wanita kita bertudung nampak tidak menarik. Saya tidak ingin langsung untuk bertudung. Kita mestilah selesa dengan pakaian kita, barulah timbul keyakinan diri.
Saya tidak pernah menerima apa-apa ajaran mengenai tudung daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Tidak ada, baik di sekolah mahupun daripada keluarga. Tidak terlintas langsung apa yang kami lakukan itu salah. Aneh, bukan? Dulu ahli keluarga saya tidak bertudung, sekarang ini ibu saya dan seorang saudara perempuan yang kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Dalam keluarga betul saya yang satu ibu dan satu bapa, hanya saya seorang sahaja anak perempuan, alhamdulillah. Apabila saya mula bertudung, saya berasa malu dan rendah diri, kedua-duanya sifat mulia dalam Islam.
Akibat keputusan saya bertudung tidak ada sesiapa yang mahu menawarkan saya kontrak berlakon melainkan saya buka tudung ‘hanya di depan kamera’. Saya dapat menolaknya kerana Tuhan. Tudung memberikan kesan yang besar dalam kehidupan seharian saya di rumah, di tempat kerja dan persekitaran. Ia menjadi sebahagian daripada diri saya, seperti kulit kedua. Ia sesuai dengan hajat saya untuk membersihkan hati daripada segala penyakit. Saya rasakan Tuhan sangat dekat daripada petunjuk-petunjuknya dan saya tidak ingin kehilangannya. Orang ramai memberikan komen mengenai tudung saya, mereka ingin tahu bagaimana saya mengikat tudung tanpa menggunakan pin. Yang muda kata, “Awak kelihatan bergaya,” yang tua kata, “Alhamdulillah” dan orang Arab ingat saya orang Arab! Saya masih mendapat perhatian, di mana mereka mahukan autograf saya.

Saya tidak merasakan perbezaan layanan pada diri saya kerana hijab, kecuali pernah dalam satu majlis, seorang lelaki Saudi nampaknya tidak selesa dengan penampilan saya kerana ia mengingatkan beliau yang dia tidak sepatutnya berada di dalam suatu majlis dengan orang-orang yang ajnabi. Ada beberapa wanita yang tidak bertudung dan beliau mulanya biasa sahaja sehinggalah saya memasuki majlis itu. Jadi, ini membuktikan yang orang lelaki akan menjaga tingkah laku mereka di hadapan wanita yang bertudung. Bagi saya tudung itu melambangkan kesucian dan kekasih Tuhan.

Apa yang saya mahu orang ramai fikirkan apabila melihat saya bertudung, hendaknya mereka melihat makhluk ciptaan Yang Maha Esa, walaupun ada yang melihat saya sebagai orang yang fanatik. Oleh kerana dulunya saya tidak bertudung, pada hari ini, saya lebih toleran kepada wanita yang tidak bertudung. Lagipun kita seharusnya mendoakan yang baik buat mereka dan tidak buruk sangka.

Bagi saya, tudung bukanlah cara kaum lelaki mengawal wanita daripada segi pergerakan dan keseksualan mereka, bahkan sebaliknya, ramai lelaki yang melarang isteri mereka daripada bertudung. Saya kasihan kepada wanita yang mendapat kesedaran lebih awal daripada suami mereka. Daripada segi keseksualan, lagi banyak sesuatu itu ditutup maka lagilah minat ingin tahu terhadapnya. Tetapi biasanya kaum lelaki tidak berani memandang wanita yang bertudung dengan cara kurang ajar kerana mereka tahu perbuatan itu memalukan kita dan bukannya disebabkan mereka tidak ingin lihat.

Dengan bertudung saya tidak merasa kurang kebebasan berbanding mereka yang tidak bertudung. Jika saya seorang pelari pecut 100 meter mungkin saya ingin berlawan dengan kaum lelaki. Tetapi saya bukan seperti itu. Saya merasa bebas hanya apabila saya dapat memenuhi semua tuntutan Tuhan. Saya tidak setuju dengan pendapat Fatima Mernissi, feminis Maghribi, yang mengatakan dengan bertudung bererti kaum wanita tidak seharusnya banyak keluar rumah.

Pada zaman Nabi Muhammad, kaum wanita bebas ke mana-mana dengan izin suami mereka. Kenyataan wanita pada zaman itu diminta supaya bertudung menunjukkan mereka bebas keluar rumah. Kaum wanita boleh keluar rumah jika ada mahram menemaninya, jika beliau pergi bekerja tanpa ditemani mahram, beliau tidak mengikut sunnah. Jika dia berdosa maka dia mestilah meminta ampun. Kaum lelaki pun melakukan dosa setiap hati. Para Orientalis suka mencemarkan pandangan terhadap Islam sehingga menjadi tidak menarik kepada kaum wanita.

Kalaulah mereka tahu hanya wanita yang bebas (merdeka) dan dihormati yang diminta bertudung sebagai tanda yang membezakan mereka daripada hamba-hamba (zaman dululah, zaman sekarang tiada hamba lagi, semua dah merdeheka). Sebenarnya tudung untuk menutup tubuh adalah suatu penghormatan. Wallahua’lam.

(Ir. Endok Sempo Mohd. Tahir. 2005. BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA BERTUDUNG. Pahang : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. m.s 1-7)

Related Posts by Categories



7 comments

  1. Anonymous  

    April 8, 2008 at 10:04 AM

    ALHAMDULLILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH SYABAS NOORKUMALASARI AWAK LAH PENEGAK HUKUM ALLAH PADA ZAMAN INI KERANA SETIAP HELAI RAMBUT YANG NAMPAK API NERAKALAH AKAN MENJILATNYA.AURAT MESTILAH DIJAGA DENGAN SEMPURNANYA BAGI WANITA DAN JUGA LELAKI.

  2. Anonymous  

    April 8, 2008 at 12:53 PM

    Sape norr kumalasari? aku tak kenal..

  3. Lisa Wan  

    April 8, 2008 at 12:55 PM

    Subhanallah... Maha Suci Allah

    Allahu Akhbar... Allah yang Maha Besar

    Alhamdullillah... Segala puji hanya bagi Allah

    Sesungguhnya ISLAM itu indah dan Allah amat menyukai yg indah... oleh itu peluklah ISLAM seluruhnya dan bukan secara separuh atau setengah sahaja. Semoga usaha murni kita untuk mendekatkan lagi diri kita yg hina lagi daif ini pada Allah mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

    - lisa wan

  4. kimizana  

    May 16, 2008 at 4:51 PM

    Allahamdulillah kak Noor dah bertudung. Moga kita sama-sama berada di jalan yang benar. Ingat akan kebesaraan ALLAH S.W.T.

  5. nor  

    August 4, 2012 at 6:38 PM

    http://archive.k4health.org/popline/aishah-bte-abd-rauf-v-wan-mohd-yusof-bin-wan-othman-10-august-1990

    Takyah keja hang dah sambar big fish..runtuh mesjid kenalah tunjuk alim gn minta ampun ...layan laki org.

  6. Nuriz Nuriezain  

    June 17, 2013 at 12:24 PM

    Saya pminat noorkumalasari dari kecil hinggalaa dewasa skg nii...sukor semuayee...kak noor doakan saya juga..

  7. Nuriz Nuriezain  

    June 17, 2013 at 12:24 PM

    Saya pminat noorkumalasari dari kecil hinggalaa dewasa skg nii...sukor semuayee...kak noor doakan saya juga..

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates