ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
23 April, 2007
Isu Hangat: Najib tegaskan beliau tidak pernah bertemu Altantuya
KUALA SELANGOR, 22 April (Hrkh) - Bernama melaporkan Dato' Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh hujung tahun lalu.
"Saya hanya lihat gambarnya yang disiarkan oleh akhbar," kata Timbalan Perdana Menteri sambil menegaskan beliau tidak takut untuk menjawab tuduhan parti pembangkang yang cuba melibatkan beliau dalam kes wanita itu.
Berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat di Kampung Bukit Badong di sini malam ini, Najib meminta pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok, menyokong calon MIC, K. Parthiban yang akan mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan itu.
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu tidak mahu melihat BN tewas semata-mata calon yang bertanding bukan daripada kaum pengundi majoriti di kawasan terbabit.
"Sikap ini bukanlah sikap yang boleh diamalkan kerana Umno sebagai tunggak BN adalah tunggak kerajaan dan kekuatan kerajaan adalah atas sokongan Melayu dan bukan Melayu," katanya.
Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi menaik taraf masjid di kampung itu.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Parthiban dengan calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam kempen pilihan raya kecil Ijok yang sedang berlangsung, hangat diperkatakan bahawa Najib mempunyai kaitan dengan kematian model Monggolia tersebut. - mns
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment