adsense

23 April, 2007

Santapan Jiwa: FW: Forum Perdana - Kisah Benar dari Penjara Sg Buloh.


Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana
sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan &
Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg
bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita
semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah
agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan
menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan
Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua
Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat
beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain..
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau
telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba
masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak
patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga
selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih
masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar
spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk
spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil
nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

WALLAH HUALAM,

Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......

No comments:

Blog Widget by LinkWithin