adsense

29 August, 2007

Menjawab hujah 'BABI' Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin



Gambar yang lebih jelas boleh klik di sini <--telah didelete kerana ramai sangat Mufti-mufti dan Ustaz-ustazah dsb yang memberi komen ntahapaapantah dan menjatuhkan hukum macam2...malas nak layan. Diharap semua pihak berpuas hati. Cari gambar awek dan babi tersebut di tempat lain ok.

~Aku bukan monyet!!!~




Posted on Tuesday, August 28 @ 13:32:19 MYT by greenboc

Respon @ Ulasan Oleh by2mie

" a
Pensyarah Melayu ini, iaitu Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenarnya di dalam tulisannya. Umat Islam marah bukan soal pegang, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.


Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram. Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk boleh faham orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana hukum agama Islam telah menetapkan begitu. Maka mereka perlu menghormati agama Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap kita.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh Islam.

Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah, jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan babi? Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja. Mana akhlak dan adab kita?

a Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat kajian.

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang ingin kita jadikan budaya?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa akan menyangkal. Tetapi soal bagaimana kita melayannya telah diajar oleh Islam. Syaitan ciptaan Allah tetapi dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan sekalipun apabila berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa yang lain ada batasnya.

Belajarlah sehingga PHD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik lupakanlah untuk merasa bangga dengan PHD yang dimiliki.

Percayalah jika trend ini berlarutan orang bukan Islam akan menganggap tiada apa larangan orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru mereka.

Ulasan Greenboc
petikan dari albalagh.net

fatwa

Jadi penggunaan sarung tangan adalah salah satu cara untuk tidak mewujudkan sentuhan secara terus kepada binatang itu. Sudahkah langkah itu dilaksanakan?

a b

Berdasarkannya kami membantah kenyataan Dr Dzulhamka Kamaluddin serta Prof. Dr. Rasedee Abdullah dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan meminta agar perkara ini dibawa ke pengetahuan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan Universiti Putra Malaysia.

Hal sensitif kepada umat Islam sebegini sewajarnya dirujukkan dahulu kepada pihak berwajib seperti JAKIM dan tidak sepatutnya pihak pensyarah dan fakulti tersebut terlalu cepat "menghalalkan" dan

8 comments:

Anonymous said...

aku rasa dr. zulhamka dan dr. rasheedi lebih baik check dgn jakim soal halal dan haram ni.. jakim lebih arif.. jangan keluarkan fatwa sendiri... nanti ada yg memesongkan pengertian anak2 muda...

EK9 said...

erm, apa salahnya kalau rujuk benda ni kepada yg lebih arif seperti ustaz-ustaz atau ulamak di negara kita...mmg la Dr Dr kat U tu belajar tinggi.. tp mcm biasa la, bila ilmu dunia lebih tinggi dari ilmu akhirat.. jadi camni lah.. pandai2 halalkan hukum.. jangan main2 benda ni..silap ckp, rosak akidah dan yg lebih dikesalkan, akan memesongkan akidah anak2 muda zaman sekarang... aku harap ada wakil wakil dari pihak agama boleh mengeluarkan kenyataan pasal benda ni..jangan dibiarkan mcm tu je..nanti ramai umat Islam yang lain akan keliru lama kelamaan benda2 mcm ni lah akan jadi benda biasa plak lps ni.. Tepuk dada, tanya IMAN

Anonymous said...

Dr Dzulhamka dan Dr Rasheede (jangan jadi Salman Rushdie) sebelum sewenang-wenangnya keluar statement dlm bab-bab yg berkaitan dgn akidah ni ada lebih baiknya rujuk dulu kpd mrk yg arif tentang hukum-hakam, halal-haram, dosa-pahala, syurga dan neraka. Ingat..ini membabitkan soal akidah umat Islam..
Kalau dah mcm tu komennya kenapa tak ambil bela aje babi dan anjing tu dlm rumah kalian ?
Justeru itu dah tak ada bezanya antara org Islam dan org kafir kalau babi dan anjing boleh peluk2 dan tangkap gambar sekali !!
Megah ke korang buat perkara yg tak senonoh dan tak tau adab tu ?
Mangkuk punya doktor....!!!!

Anonymous said...

Dah akhir zaman.....yg halal jadi haram...dan yg haram dah jadi halal....

Anonymous said...

To let you know, not all scholars regard dogs as impure.

For instance, the Malikite Jurists maintain that the dog is pure, even its saliva, and this is the predominant opinion. So, it is not obligatory to wash the body or the clothes, but one must still wash a bowl that touched or licked by dog.

The Hanafite Juristic School and some of Hanbali Jurists say that it’s only dog’s saliva that’s filthy and impure, but its body is not.

Imam Ibn Taymiyyah considers this view to be the most correct.

Thus, if a person’s clothes get wet from touching the dog's fur, this doesn't render them impure. Also, if one touches the dog's fur after making ablution (wudu'), this does not nullify the ablution, but if one gets touched with dog's saliva, then one has got tainted with impurity, and it must be removed.

Anonymous said...

Apa ni admin? delete pulak gambar yg clear tu? baru nak tunjuk ngan member.

Anonymous said...

yang jadi isu kat sini bukan bdk banggang tu pegang babi and anjing..tu hal dia dgn Allah..mslh besar kat sini aku rasa sbb diorg dengan 'bangga' bangang nye amik gambo ngan menatang haram tu..lagipun bukan xde menatang halal lain yg leh wat kajian..nape kena babi haram gak???

Have Fun In Life said...

Bagi saya.. pendapat dari Dr Dzulhamka adalah pendapat peribadi dari seorang yang berkecimpung dalam arena vet itu sendiri..

Mungkin apa yang dikata itu betul tapi mungkin juga kurang lengkap.. Tapi utk mengatakan beliau mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram agak keterlaluan lah... Tapi utk menyamakan beliau dengan Salman Rushdie tu dah keterlaluan lah

Apa yang penting kita sebagai manusia menerima dan meraikan keterbukaan sesiapa sahaja utk memberi dan menerima pendapat selagi ia terikat dengan nas quran, hadis, ijma' dan qias.…

Melayu penuh dengan ‘do and dont’ yang kadang-kadang melangkaui agama Islam itu sendiri… (Rasanya bersanding tu, adat atau ibadah) (haram atau halal)

Mungkin wanita itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat kita tapi apa yang penting binatang yang mereka pegang itu hanyalah najis dan boleh disamak.. Bagi setengah orang ia mungkin giler dan geli, mungkin juga tidak..

Tapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang sewenangnya-wenangnya ‘cium-mulut’, atas tiket pasangan kekasih berpeluk-peluk atas dasr shooting majalah.
(tangg nier nk minta pendapat JAKIM atau Jabatan Agama gak ker)

note: ada gaks gambar org MELAYU posing dan minum arak kat myspace account dll, tapi kenapa kita taknak komen bender yang dah memang jelas haram...

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
a.k.a Cousin to Dr Dzulhamka Kamaludin

BBA (HONS) TRANSPORT
KISAS SPM 2000

Blog Widget by LinkWithin