adsense

27 August, 2007

Apa motif 70 lelaki warga asing datang ke JPN Kelantan?


Citer politik ..

Posted on Thursday, August 23 @ 21:06:20 MYT by greenboc


KOTA BHARU, 23 Ogos (Hrkh) - Cukup memeranjatkan. Sekumpulan lelaki warga asing dilihat penduduk tempatan berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan 16 Ogos lalu.

Kata penduduk ruang menunggu pejabat itu dipenuhi mereka dan ramai lagi berada di bahagian tangga. Pejabat JPN terletak di tingkat satu Wisma Persekutuan, Jalan Bayam dekat sini.

Kehadiran lelaki asing itu disedari, Mohd Adzha Ismail, 41 dari Pantai Sabak yang kebetulan berada di JPN ketika kejadian iaitu jam 10 hingga 12 tengahari.

Ekoran melihat keadaan yang mencurigakan itu, seminggu selepas itu Adzha membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu kira-kira jam 1 tengahari, semalam.

Beliau mendakwa ketika kejadian beliau datang ke JPN dan terlihat sekumpulan lelaki warga asing berada di pejabat tersebut.

Katanya, kumpulan lelaki asing itu diketuai seorang lelaki yang mendakwa dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan dirinya sebagai Mansur dipercayai sedang mendaftar warga asing itu sebagai warga negara Malaysia.

“Bila saya tanyakan kepada Mansur, kemudian dia memberitahu mereka adalah warga Burma. Saya membantah tindakan tersebut kerana saya mendapat maklumat mereka akan didaftar sebagai pengundi untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional.

“Saya menganggap kes ini melibatkan keselamatan negara dan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Dalam laporan kepada BPR pula beliau menjelaskan kemungkinan berlaku korupsi di JPN Kota Bharu kerana membenarkan perkara itu berlaku.

Seorang lagi penduduk tempatan, Raja Roslan Raja Yaacob, 29 yang kebetulan berada di pejabat JPN mendakwa beliau melihat kumpulan warga asing itu dirakam wajah mereka oleh kakitangan JPN seperti hendak membuat kad pengenalan.

Katanya, berdasarkan kepada pertuturannya mereka bukan rakyat tempatan. Malah menurutnya seorang lelaki dipercayai membawa kumpulan lelaki itu, memberitahunya mereka berasal dari Burma. - mj

No comments:

Blog Widget by LinkWithin