adsense

29 August, 2007

Koleksi lawak



1. Taulah akibatnya

"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!".

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".

Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."


2. Penerbangan

Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.

"Ini Kapten Kamal berbicara".

"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia".

"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".

"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar"

"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut"

"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"

"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilo! t dan seorang pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"
3.Dah masuk lapan bulan ni...

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...

Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya...

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.


4. Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah,
semuanya sudah berlalu..."

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"

Yusril yang berada disebel! ah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di
dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"
5.Kurang ajar!

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen
dengan menggunakan parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda ti dak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin