adsense

07 November, 2007

Adakah kita akan berPUTIH mata?



KOTA TINGGI: Sebarang keputusan Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutan bertindih Pulau
Batu Putih dengan Singapura dalam perbicaraan di The
Hague, Belanda dari Selasa ini hingga 23 November ini,
harus diterima dengan hati terbuka oleh kedua-dua
negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata
barisan peguam negara akan membuat yang terbaik dan
berharap rakyat negara ini berdoa supaya keputusan
menyebelahi Malaysia.

"Bagaimanapun, rakyat perlu bersabar jika keputusan
tidak menyebelahi kita kerana apa jua keputusan
mahkamah, inilah yang akan diterima kedua-dua negara
tanpa ada tindakan seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis
rumah terbukanya di Jalan Lombong, Kampung Jawa, di
sini, semalam.

Perbicaraan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih,
Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan
Singapura berlangsung di Peace Palace, The Hague
selama 17 hari di depan Naib Presiden ICJ, Hakim Awn
Shawkat Al-Khasawneh.

Delegasi Malaysia diketuai Penasihat Hal Ehwal Luar
kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad
dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida
Ariffin bertindak sebagai wakil bersama.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengetuai
barisan enam peguam yang akan membentangkan hujah
secara lisan bagi mempertahankan tuntutan Malaysia
terhadap ketiga-tiga pulau berkenaan.

Syed Hamid berkata, perbicaraan pusingan pertama akan
dimulakan Singapura yang membentangkan hujah secara
lisan sebelum dijawab Malaysia dalam pusingan kedua

No comments:

Blog Widget by LinkWithin